Pada mulanya saya sangka Suarez bakal KO dan tak dapat bermain, tapi lain pula yang terjadi. Kapten Gerrard dan timbalannya Carragher telah cuti sakit dan disahkan sebelum perlawanan bermula. Taktik menyorok kecederaan ini memang amat licik dan mengakibatkan West Brom mungkin tersilap percaturan. Pepe Reina telah dengan pertama kalinya diberi amanah menjadi kapten pasukan musim ini. Dia memang calon cocok kerana tahap profesional dan tahap modal insan beliau amatlah tinggi.
Reina
Johnson Skrtel Agger Enrique
Henderson Lucas Adam Downing
Suarez Carroll
Tengok barisan diatas. Formasi 4-4-2 yang bagi saya banyak senget sebelah kiri yang menjadi tumpuan serangan. Bermain dengan penyerang kembar Suarez Carroll bagi saya amatlah janggal tambahan pula bermain digelanggang lawan. Taktikal melawan sunnah akademik bolasepak terkini diterapkan Kenny ternyata ada baitul hikmahnya. Ditambah pula dengan kembalinya penggasak kental Lucas, barulah rasa konfiden timbul kerana Adam kurang bakat bertahan.
Gandingan Skrtel dan Agger adalah rahmat tersembunyi disebalik kecederaan Carragher. Siapa cakap mereka tidak punyai ketokohan dan keserasian bersama. Kompilasi mereka dengan seorang agresif tanpa belas kasihan dan seorang lagi boleh mememgang bola membaca permainan amat cocok untuk memudahkan kerja pemain tengah. Tiada sebarang kebocoran dan kesilapan mudah dari aspek taktikal bertahan diperhatikan. Mereka makan semua bola tinggi dan bola bawah hingga Odemwingge dan Tchoyi jadi lauk makan malam mereka.
Kalau tak cakap pasal Suarez memang bukan Liverpool namanya. Tak pasal-pasal Kenny dan cop dia lagenda, padahal baru setahun jagung disini. Tapi gaya permaian beliau malam ini masih flip-flop didepan gawang kerana peluang bertimpa-timpa macam perlawanan Norwich. Nasib baiklah dia buat dua perkara yang membatalkan kecacatan beliau yakni menjatuhkan badan, eh maksud saya dikasari dan mendapat penalti dan satu lagi hantaran untuk gol Carroll. Tapi pemain ini teramat penting walaupun tanpa buat gol kerana dia bikin bek lawan tak makan gaji buta.
Persmbahan Carroll harus dipuji walaupun dia tak berikan persembahan yang memberangsangkan sangat. Bak kata pepatah baik main buruk janji ada gol dan begitulah Carroll yang memadamkan kritikan (buat sementara) tentang keberkesanan beliau sebagai penyerang ortodok. Saya harap dia boleh tiru bagaimana Edin Dzeko yang flop musim lepas namun meletop musim ini. Bukan peminat mahu Carroll buat perkara yang dia tak mampu buat, tetapi gunakan kebolehan sindiri seperti tandukan dan rembatan deras beliau.
Tapi dalam semua pemain tunjukkan kehebatan, saya masih nantikan Downing yang macam saya lihat di Aston Villa. Bukan dia main tak bagus tapi dia boleh lebih baik dari apa yang kita tengok dari awal musim ini. Amat jarang sekali dia buat cobaan dari luar kotak yang merupakan hikmat keramat beliau. Lagi satu Downing punya hantaran lintang amat tidak memuaskan kerana dulu di Villa, Darent Bent buat banyak gol asbab dari hantaran yang menakjubkan dari beliau. Mungkin dia kena buat latih tubi atau mainkan semua video nostalgia beliau di Villa untuk mengembalikan Downing yang betul-betul bernilai 20juta pound.
Kita dah panjat tangga ke-5 dan hanya satu mata dibelakang Chelsea. Walaupun dihambat Spurs dan Arsenal, saya rasa kita mesti teruskan kebangkitan walaupun selepas Swansea, lawan kita ialah pasukan Man City yang ganas. Tahniah buat semua pemain dan pihak kejurulatihan yang telah mengembalikan Liverpool kembali kelandasan kemenangan.
YNWA!
ReplyDeleteAku ingt,aku sorang ja nmpak yg si Downing belom smpai tahap mcm dia ngan Villa dlu,rupanya admin pun nmpak juga..aku setuju ngan Admin,Downing masih belom guna 100% kelebihan yg dia da seperti try dri luar kota penalti & lintang yg menarik & bagus utk striker score..harap2 dia dpt k'bali kelebihan yg dia da 2 secepat mungkin...
ReplyDeleteSemua pemain di barisan hadapan mestilah lebih bernafsu untuk merobek gawang lawan terutama ketika berada di dalam kotak penalti. :YNWA!
ReplyDelete