Satu lagi pasukan cikai bakal kita tentang minggu ini. West Brom atau Baggies taklah sehebat mana tapi permainan mereka agak agresif dan pantas. Minggu lepas bila kita seri dengan Norwich pasukan mereka menang di Villa Park. Kebangkitan mereka mungkin kerana hero mereka Ediwinggey dah pulih dan cergas kembali. Nak harap taktik Pak Hodgson memang barai, tapi orang tua itu ada aura tersendiri yang membuatkan pemain patuh arahan.
Berbalik kepada pasukan kita. Berita yang menggusarkan ialah pemain harapan Suarez tidak dapat disahkan tahap kecederaan, tapi sumber risikan dia mungkin boleh bermain tapi kata putus hanya akan diberikan besok. Secara otomatik Carroll akan bermain mungkin dengan Kuyt jika keadaan Suarez tidak mengizinkan. Bellamy yang bermain bagus masa lawan Norwich dan Stoke patut main dikiri dan letak Downing dikanan pun tak apa.
Kembalinya Lucas membawa keceriaan buat kita. kehilangan beliau amat dirasai ketika lawan Norwich. Saya harap beliau akan dipadankan dengan kapten Gerrard dan tolak Adam kebangku simpanan. Jika bermain dengan seorang penyerang dan 5 pemain tengah, mungkin Adam akan ada peluang. Jika tak mungkin tragedi Oktober dengan Norwich bakal berulang. Ini bukan main-main, Mulumbu dan Brunt boleh ratah Adam dan Gerrard macam makan KFC jika barisan tengah seperti lawan Norwich kekal.
Paling saya risau setelah risaukan kecederaan Suarez, ialah kebocoran pertahanan yang menjadi-jadi. Hanya 2 kali sahaja kita tak bocor musim ini, yang lain bek kita melakukan kesilapan demi kesilapan yang pada saya memang tak patut. peranan Carragher sebagai tulang belakang pasukan kita kian terancam dan dia dah makin krosot. Agger yang telah pulih perlu diberikan peluang bergandingan dengan Skrtel. Coates juga nampak mcam dah tak lama dipertaruhkan tapi nampak terlalu awal musim ini.
Kemenangan harus dicari tak kira apa cara. Kita tak mahu tertinggal untuk cilok tempat ke slot Liga Juara Eropah musim depan. Jadi saya teka pasukan kita akan mengejutkan Albion tapi dengan margin rendah. Apakata anda, apakah kita mampu menang atau dibambu mereka. Jadi sila buat tekaan anda.
2-0
ReplyDeleteLiv \WBA
lfc 2-1 Wba
ReplyDeleteSuarez , Bellamy - Odewinggie
Liverpool 4-0 West Brom
ReplyDeleteCaroll(2),Bellamy,Kuyt
LIV 5-0 WBA
ReplyDeletesemua pasukan lemah berbahaya utk liverpool...
ReplyDeletetapi rasanya liverpool bleh menang game ni..
2-1 cukup la kot.....
Liverpool 2 - West Bromwich Albion 0
ReplyDeleteRoy2 hati kau keras!!
ReplyDelete2-1 liverpool menang..
Liverpool 3-0 West Brom
ReplyDeleteLiverpool pasti menang!
Liverpool memang lemah kalo lawan main bola tinggi..so, dijangka akan melepaskan gol lg utk perlawanan nie.
ReplyDeleteBellamy ada, Suarez ada, Carroll ada..3-1.
Harap player ngan mengangap ketika menentang WEST BROM sebab musim lepas,kita kalah ngan team depa,Hrap player b'men b'sunggug2 xkira menantang sapa pun lwn kita..
ReplyDeleteHarap barisan hadpn dpt mencetak gol & barisan tgh dpt hntar bola yg sdap utk barisan dpan & barisan B'lakang dpt menjaga gawang supya x bolos..
WEST BROM 1 - Liverpool 2
Suarez & Carroll...
saya perdict west brom 0 liv 1. monaz.
ReplyDelete2 orang peneka tepat minggu ini.
ReplyDeleteTahniah yg lain coba lagi.
perjalanan masih jauh
aku senbei said...
2-0
Liv \WBA
October 28, 2011 10:11 AM
Sazman Sazali said...
Liverpool 2 - West Bromwich Albion 0
October 28, 2011 10:18 PM
The tone chooses. How can the dynamic uncle shout LIVERPOOL LAWAN WEST BROM ? The doom refutes a well. How does the scandal nest? The baby notes LIVERPOOL LAWAN WEST BROM .
Delete