Mar 31, 2011

LUCAS MASIH DIPERLUKAN



Berita terbaru, Lucas telah sain kontrak yang lama dengan kita. Saya anggap Lucas adalah pemain bagus tapi saya mahu lebih daripada bagus yakni hebat. Tapi memandangkan kebagusan beliau boleh mencecah tahap hebat, jika dia berusaha kearah Dunga bukannya Kleberson, saya rasa beliau patut diberikan kontrak. Mana nak cari pemain yang tak cakap banyak walaupun dicerca peminat. Bukan macam Konchesky, siap suruh emak marah balik peminat yang kutuk dia. Jadi dengan kematangan beliau dan dah jadi pemain utama Brazil, saya harap musim depan Lucas mesti beri 110 %. Tahniah juga sebab jadi bapa.

Mar 30, 2011

GOL TERHEBAT


szólj hozzá: Netherlands 5-3 Hungary

Gol paling cantik Kuyt jaringkan. Memang dia lob untuk hantaran kepada penyerang, tup-tup masuk. Memang dah rezeki. Pening Dalglish musim depan. Man U, Chelsea, Real Madrid, Barcelona dan Selangor akan beratur nak beli pemain hebat kita ini. Torres mesti jeles.

GOL SULUNG CARROLL



Aku tengok sekerat-sekerat sampai habis perlawanan persahabatan England lawan Ghana. Tapi gol sulung Carroll memang aku sempat tengok. Klasik nasional betul, memang dia punya penyepak macam peluru. Boleh dikatakan bek Ghana terkapai-kapai menjaga Carroll. keluar saja Carroll, masuk Defoe langsung tak rancak serangan England. Akhirnya pemain Sunderland, Gyan Asamoah meledakkan gol penyamaan diaakir masa tambahan untuk membuatkan peminat England terkedu. Bagi saya gol Gyan lebih cantik dari Carroll.

AFUNDI SUAREZ

Ini bukan sunat lagi, tapi dah jatuh wajib. Pergi ke pautan kat bawah dan undi luis Suarez sebagai calon anugerah pojaan peminat PFA untuk bulan Mac. Kita dah buat Meireles klasemen bulan Februari dan bolot untuk Suarez pula kali ini. Apalagi bukan kena duit macam afundi AF pun.

http://fansaward.givemefootball.com/vote





Mar 29, 2011

CARRA BUAT LAWAK



Selain Hyppia dan Riise, Carragher juga merupakan penjaring gol terbanyak bagi golongan pertahanan. Malang sekali 7 darinya bubuh dalam jaring sendiri.

Mar 26, 2011

BERITA ANTARABANGSA



Sepanjang rehat Liga Perdana, segelintir pemain Liverpool terbabit dengan bolasepak negara masing-masing dalam kelayakan Piala Eropah 2012. Semalam pemain yang terlibat adalah seperti Kuyt, Jovanovic dan Aquilani. Reina masih dibangku simpanan. Paling menyerlah Dirk Kuyt apabila menjaringkan salah satu gol setelah Belanda membelasah Hungary 4-0. Jovanovic masuk sebagai pemain simpanan membantu Serbia menang 2-1 keatas Ireland Utara. Aquilani yang dipinjamkan ke Jubentus (masih pemain kita)bermain 90 minit apabila Itali menang tipis 1-0 keatas Slovenia. Manakala Reina sekadar jadi tukang sorak dan mengharap Cassilas cedera, tapi doanya tak termakbul. Tapi sekurang-kurangnya Sepanyol menang juga 2-1 keatas Republik Czech. Pagi nanti boleh layan England lawan Wales. Johnson pasti main penuh, tapi Carroll mungkin akan masuk separuh masa.

Gol Kuyt

PINJAMAN MEMINJAM


sekadar gambar hiasan

Akhirnya Dani Pacheco dipinjam kepada pasukan hijau kuning, bukan pasukan Kedah no, tapi Norwich City, yang pernah ditaja oleh Proton/Lotus tak lama dulu ingat lagi tak. Bagi saya pemain ini memang patut diberikan peluang untuk bermain kerana kualiti dah ada cuma tiada pengalaman membuatkan Dani kurang menyerlah untuk dimasukkan sebagai pemain gantian. Memang sudah 3 pengurus telah melihat prestasi pemain akademi Barcelona ini tapi tak reti nak guna, walaupun mereka tahu kebolehan beliau semasa ditonjolkan dengan pasukan remaja Sepanyol. Jadi platfom Liga Kejuaraan (Championship) adalah jalan terbaik bagi kelab dan Pacheco sendiri. Malah Norwich juga sedang memburu slot untuk kelayakan playoff ke Liga Perdana. Harap-harap beliau akan diberikan peranan utama macam Daniel Ayala di Derby, bukannya jadi pemain simpanan sahaja. Lain pula dengan Brad Jones, dia dipinjmakan ke Derby County setelah tewas untuk menjadi goli no.2 kita, kepada Peter Gulasci. Nampaknya Jones boleh terus sarung jersi Derby kerana kemasukan beliau hanya untuk memenuhkan kuota pemain tempatan.

Mar 21, 2011

LIVERPOOL 2-0 SUNDERLAND



Karma buat Sunderland kerana gol belon setahun baru dibalas. Kali ini penalti sonsang diterima kerana penjaga garisan lupa pakai kanta lekap. Spearing dijatuhkan berbatu-batu jauh dari kotak penalti tapi apa nak buat dah orang kasi takkan nak tolak ye idak. Silap Mensah juga, konon nak buat skil, nak dada bola pun tak reti, dah kantoi apa lagi pangkas kaki lah. Nasib baik Bramble ada kalau tak lagi awal beliau keluar. Kuyt yang memang pakar gol mudah tak bagi peluang kepada orang lain untuk buat nama untuk gol pertama. Patutnya kasilah dekat Carroll, biar dia ada semangat sikit, sebab dia dan Torres nak kejar gol pertama untuk kelab masing-masing.

Pemain terbaik kita musim ini, Suarez, menjadi duri dalam daging buat pertahanan Sunderland. Mereka bergilir-gilir membantai Suarez. Tapi nasib tak baik apabila sampai giliran Mensah, dia tibai Suarez dari belakang dan pengadil tanpa belas kesian bagi kad merah. Setiap gerakan dan larian Suarez dijejaki pertahanan Sunderland, tapi apa boleh buat, gol kedua muncul apabila Kuyt seakan ada kuasa telepati melakukan hantaran kepada Suarez dan pemain itu memintas Bardsley dan merembat masuk dari celah sisi gawang. Siapa sangka yang dia akan rembat kerana dalam kedudukan sukar dan ruang sebegitu.

Namun sebaliknya berlaku dengan Carroll, dia masih belum temui rentak dan tempo rakan-rakan. Bukan apa, tak banyak bola tinggi sampai macam sebelum ini. Malah saya rasa dia agak kekok untuk main atas sendirian, kerana di Newcastle Ameobi akan main atas dan beliau agak kebelakang. Tapi masih awal lagi untuk kita menilai pemain yang baru pulih dari kecederaan. Tapi ada sekali apabila kamera fokus kemuka beliau setelah direhatkan, kekecewaan nampak jelas. Tapi jangan risau saya yakin Carroll akan sumbat gol sebelum Torres sempat berbuat demikian. Sekejap tadi Torres masih belum buat gol walaupun helsea menang 2-0. Padan muka.

Dari andaian sebelum ini, saya pasti Maxi akan main, tapi meleset sungguh. Spearing lagi sekali dapat tempat. Legalah sikit berbanding kalau Pulsen main, ngeri. Tapi dah main 4-4-2, Spearing berganding dengan Lucas dan Meireles terpaksa main dikir. Kuyt turun pangkat dikanan. Kiranyanya ekperimen kali ini agak berjaya walaupun pasukan kita main berterabur cam taik kuda. Kemasukan Agger juga membuatkan pertahanan kita lebih mantap dan Skrtel tak buat haru lagi. Johnson tetap mantap walaupun dikiri dan kapten Carragher sudah kurang lambung bola tinggi setelah main di bek kanan. Dan beliau juga tak segan silu turut serta melakukan serangan, tapi masih dalam mod berhati-hati.

Posisi ke-6 mungkin lebih realistik untuk kita walaupun masih ada 8 perlawanan lagi selepas ini. Spurs masih ada baki 1 perlawanan, walaupun hanya berbeza 4 mata dihadapan. Tapi jangan dilupa, Bolton dan Everton tetap mengejar kita dengan 5 mata. Setiap perlawnanan selepas ini teramat penting dan saya harap pasukan kita perlu mendapat mata penuh untuk memberi tekanan buat Spurs serta menjauhkan diri dengan 2 pasukan bawahan. Kalau nasib baik, masih ada sisa peluang ke Eropah, tapi kita jangan bergantung harap dengan keputusan Spurs kerana keputusan sendiri juga teramat penting. Jangan risau peluang masih terbuka walaupun misi kali ini agak sukar. Dengan adanya Suarez saya yakin kita didalam landasan yang betul.


SU0v2LP by FootballSoccerHighlights

Mar 19, 2011

LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND



Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kombinasi terhangat yang menjadi buah mulut orang bakal bergandingan bersama dalam kesebelasan utama. Carroll-Suarez atas kertas adalah gandingan klasik pemain tinggi-rendah dan gagah-pantas. Bagi saya unit serangan tiada masalah kerana mereka berdua sangat digeruni lawan dengan keupayaan individu mereka. Carroll mempunyai kehebatan tandukan serta dapat mengawal bola dalam perebutan diudara. Suarez pula dan mempunyai teknik dan akal yang licik. Boleh kata macam gandingan klasik Heskey-Owen tetapi versi yang dipertingkatkan.

Jika penyerang kita digeruni, lain pula dengan pemain sayap kiri dan kanan. Dengan kemasukan Suarez, Kuyt pasti akan kembali keposisi asal sayap kanan. Dan Maxi pula seperti biasa dikiri. Macam kita tengok lawan Braga, tiada sumbangan langsung pemain sayap untuk melakukan larian ke tepi, melainkan cuba bergerak ketengah. Lucas-Meireles pula perlu lebih aktif meminta bola dan menggunakan ruang kerana acapkali mereka dipintas oleh pertahanan kita dan banyak bola lambung dari pertahanan cuba mencari Carroll. Macam kenny cakap, kelebihan Carroll diudara tapi jangan pula berlebih-lebih kerana lawan mudah membaca taktik lapuk itu.

Bab pertahanan juga amat leceh sekali. Saya tak yakin langsung dengan Wilson, sebab dia tak beri sumbangan langsung ketika serangan. Memang dia cakap boleh main, tapi setakat bagi cukup korum, kualiti yelek. Lebih baik bagi Agger main disana jika beliau pulih ataupun main Carragher di kanan dan Johnson sebelah kiri. Pertahanan tengah dengan gandingan Agger-Skrtel lebih ampuh untuk hadapi Gyan dan Welbek yang panntas. Jangan letak Kargiakos, bahaya. Nanti senjata makan tuan. Kepantasan dua penyerang Kucing hitam itu mesti kuncio oleh pemain pantas, walaupun serangan udara akan digunakan oleh Steve Bruce.

Teakhir sekali,saya harap pengadil kena adil. Tanda-tanda dendam pemain Ghana terhadap Suarez jangan diambil mudah. Muntari dan Gyan pasti takkan duduk diam, walaupun buat kenyataan sudah lupakan insiden Piala Dunia tempohari. Mereka akan kenakan Suarez, dengan apa jua cara. Tapi saya harap juga Suarez jangan bertindak jika ada provokasi dari negro Gahana itu. Saya juga harap pemain kena main dengan keupayaan sebenar dan kurangkan bola lambung. Nak terlampau yakin menang pun tak berani, tapi dengan adanya Suarez, saya boleh rasakan pasukan kita boleh menang tetapi dalam margin yang kecil. Yakin Boleh, YNWA.

Mar 18, 2011

LIVERPOOL 0-0 BRAGA



Ini bukan sumpahan Torres, tapi kenyataan sebenar yang harus peminat telan. Pasukan kita tak seperti 5 tahun lalu. Muda dan dahagakan kemenangan. Kalau dilihat pada kesebelasan utama Kuyt, Maxi, Cole, Carragher telah berada dalam penghujung karier. Hanya Carroll, Lucas , Meireles, Skrtel, Wilson dan johnson serta Reina masih banyak tahun untuk digunakan. Jengok kat bangku simpanan kita nampak hanya ada dua pemain pengalaman dari 7 pemain simpanan (Gulacsi, Pacheco, Kyrgiakos, Ngog, Spearing, Poulsen, Flanagan.) Tapi kedua-duanya tak boleh pakai. Kalau nak banding bangku simpanan pesaing bawahan kita macam Spurs atau Man City, mereka lebih mantap.

Permainan usah bincang, memang serabut perut kita tengok berbanding lawan Man U haritu. Memang faktor Suarez dan Gerrard merupakan salah satu perubahan ketara corak permaian, jangan lupa juga dengan ketiadaan Kelly dan Agger yang bagi saya dah jadi pemain utama. Main apa 4-4-2 jika tak ada pemain sayap laju. Maxi dan Cole sudah macam roti tamat luput, nampak sedap tapi lemau. Sama juga dengan Kuyt kerana sudah tak terbilang dia offside, dan berjangkit juga dengan Carroll. Tapi paling malang, Carragher macam gila isim dok lambung bola tinggi kat Carroll, sama macam mula-mula Crouch main dengan kita dulu. Cuma Skrtel bukan Terry, kalau dia dapat sudahkab peluang, pasti saya akan lupa dia memang hampeh sebelum ini.

Jadi selamat jalan pada kejuaraan Eropah musim depan, kerana Birmingham dah cop satu dan Stoke atau Bolton tengah berebut. Macam saya kata sebelum ini, terima kesalahan dan perbaiki semuanya dari bawah. Maksud saya, pasukan kita perlu dirombak besar-besaran tanpa bagi peluang nak kesian-kesain pada pemain yang dulunya memang dasat sangat. Baik kita mulakan dengan pemain muda yang belum kenal erti ego berbanding pemain lagenda yang cuma mahu gaji lumayan. Cuma yang penting FSG mesti kota apa yang dikata. Beri apa yang Kenny mahu dan pastikan tiada sasaran utama yang mampu menguatkan kita terlepas.

PEMAIN PALING BANGSAT PERNAH AKU LIHAT


R.MADRID VS LYON (PEPE EN SU LINEA) CHAMPIONS... by bnooman

Kalau boleh janganlah ada pemain sebangsat macam ini dalam pasukan kita. "Fighter" kepala bapak dia. Memang adik angkat Metarazzi betol. Kesian aku tengok Lisandro Lopez yang muka macam geng tabligh tu, kena lutut dan pijak perut dengan pemain keji ini. Patut-patut kad merah dah. Ali Cissokho kena sepak muka tapi pengadil dan penjaga garisan macam tak wujud. Dalam kocek ada kepala agung kot.

Mar 17, 2011

LIVERPOOL LAWAN BRAGA SIRI 2

Kali ini pasukan kuari Bukit Broga akan bertandang ke Anfield dengan bawa mangkuk bekal 1-0 dari sana. Mereka yakin benar nak teruskan ke pusingan separuh akhir. Sebab mereka akan main bertahan sedaya upaya kerana tak heran dengan serangan kita yang tumpul sebelum ini. Tapi mereka tak sedar yang Andy Carroll masih belum menemui rentak dan pastinya dia akan mempamerkan siapa dirinya yang sebenar. Lagi satu Kenny dah beri tahu Carrol kalau nak balas dendam dekat Kaka (sepupu Kaka Real kot) jangan balas balik macam Rooney main siku-siku. Gunakan akal untuk membuatkan pemain itu gabra. Saya pernah main sebagai penyerang untuk kompeni saya dulu, cara terbaik ialah dengan alih perhatian bek dengan tarik telur atau raba bontot, pasti Kaka akan geli geleman dan elak dari duduk berdekatan (tip ini hanya berkesan bagi liga amatur kot).

Lagi penting Agger sudah pulih begitu juga Shevley. Maka pasti tempat untuk Poulsen dan Kargiakos akan digantikan mereka. Semak perut tengok aksi Poulsen, ada macam tak ada. Nasib baik Kenny insaf dan tukartiub terus dengan Carroll, barulah menjadi permainan. Kargiakos memang bagus diudara tapi dia memang kelam-kabut kalau orang potong dia, nak pangkas saja. Saya ingat ada baik Carragher main tengah balik tolak Johnson kanan dan Wilson main dikiri. Biarlah Skrtel dan Agger bergandingan semula. Lucas dan Shevley atau mungkin Spearing akan diberiakn tugas ditengah sementara Kuyt, Meireles dan Maxi akan membantu Carroll untuk serbu pertahanan lawan. Tapi sayang sekali Kenny tak mahu guna Pacheco sebab pemain sebegini lebih baik berbanding Ngog yang statik dan tak berkesan. Layak tak layak belakang kira janji pasukan kita main sehabis baik pagi esok. YNWA

Mar 16, 2011

JANGAN KACAU KAMI



Kepada Torres yang kami sayangi, sayangilah mulut anda sebagaimana anda sayang isteri anda dirumah. kami dah maafkan anda dan tak perlu anda buka cerita tentang bekas kelab anda itu-ini. Adapun lebih baik anda periksa samada ada kereta Kapten kelab baru anda kot-kot ada dekat seberang rumah. Kalau terbaik letak CCTV kat rumah dan sedia alat pengesan GPS dalam beg bini anda.

Yang benar,
Armando Torres aka amberan

Mar 15, 2011

PELUANG TERTUTUP KE EROPAH ?



Finalis Piala FA sah akan pergi ke Piala Europa, samada Stoke atau Bolton. Kebetulan pula finalis satu lagi sukar digugat untuk ke Liga Juara-Juara musim depan. Maka kalau nak ke Piala Europa musim depan kita kena menang Piala itu musim ini. Kalau tak terpaksalah bersaingan dengan Chelsea atau Spurs untuk posisi ke 5 sekurang-kurangnya. Memang musim ini saingan sangat sengit dan pasukan kita terpaksa bergantung pada nasib pasukan lain juga.

Tak perlu nak pulun medal Eropah kerana pasukan kita masih tak terkalah dengan Man U apatah lagi Arsenal dan Chelsea. Jika tak layak sekalipun kita boleh tumpukan perhatian kepada kejuaraan Liga Perdana dan juga medal tempatan iaitu Piala FA atau Piala Liga. Saya lebih seronok jika pasukan kita tak terganggu dengan perlawanan lewat khamis sehingga selalu main lewat ahad atau isnin. Memang menyusahkan bagi orang yang nak kerja pagi isnin.

Cuma yang kontranya mungkin usaha menarik pemain bertaraf bintang agak sukar, maklumlah mereka nak muka mereka dalam persaingan Eropah. Tapi apa hal nak kesah, banyak pemain yang baru nak naik kita boleh dapat kerana reputasi kita masih hebat. Malah pemilik baru dah janji akan membina Liverpoolfc yang lebih mantap dan kompetetif. Maka kita boleh bermula tanpa gangguan perlawanan Eropah yang pasti membuatkan pemain keletihan dan cedera. Tapi sesudah berjaya naik dalam kelompok 4 terbaik, maka barulah berbaloi untuk main di Eropah.

LIVERPOOL DAH 119 TAHUN



Liverpoolfc telah menyambut ulangtahun ke 119 tahun hari ini. Namun diharap ulangtahun yang ke 120 tahun depan kita akan lebih mantap dari kedudukan sedia ada. YNWA semua.

Mar 14, 2011

SERIK DENGAN BARANG PERCUMA



Kadang-kadang barang percuma amat disukai oleh pengguna, macam beli sabun basuh baju pek besar dapat pinggan atau gelas. Tapi ramai yang tak tahu jika pergi ke-kedai pinggan tu hanya berharga beberapa puluh sen, namun syok habis dapat benda macam tu. Kalau nasib baik boleh pakai bertahun-tahun, kalau nasib tak baik tak sampai rumah dah pecah. Perbandingan itu saya kiaskan dengan perpindahan percuma pemain. Peratusan berjaya amat tipis, tapi ramai yang tak boleh belah dan menyakitkan hati. Voronin dan Jovanovic adalah contoh pemain bertaraf antarabangsa tapi main macam angsa sembelit. Voronin telah pergi, cuma tinggal Jovanovic sahaja saya pasti tak punya masa depan dibawah kelolaan Kenny.

Yang terbaru ialah pemain sayap kiri dari kelab Rennes, Sylvain Marveaux cakap sendiri dia hampir setuju untuk jadi pemain Liverpool. Walaupun terma hampir tidak boleh dijadikan hujah yang dia akan memakai jersi kita musim depan, namun saya amat dukacita jika pemain ini dibawa masuk hanya kerana dia percuma. Kualiti beliau dalam Youtube mungkin mengkagumkan tak disangkal, dan saya tak risau langsung. Tapi bab kecederaan "groin" atau pangkal peha yang beliau alami sekian lama paling saya takut. Tengok Gerrard dan Agger. Mereka ada rekod kecederaan ini dan ianya akan berulang dan berulang jika tak bernasib baik.

Sebab itulah saya syorkan pilih pemain yang sihat dan kebal macam Kuyt tapi lincah dan licik macam Suarez bagi posisi sayap. Calon ramai tapi kalau nak yang ada kualiti macam saya cakap itu, kena melabur lebih sedikit. Kita tak mahu terpaksa tanggung biawak sakit yang menghabiskan masa dikatil pesakit dari atas padang. Kita kalau boleh nak pemain macam Nani yang kaki hampir putus dibentes Carraghedr, tapi masih boleh bangun protes pengadil. Itu barulah pemain hebat yang kita harus cari.

Mar 13, 2011

JAWATAN SEPENUH MASA



Peminat bakal terima berita gembira apabila grup FSG bakal memberikan kontrak sepenuh masa kepada Kenny Dalglish. Kontrak yang bakal diberikan selama dua tahun dengan pakej bonanza dana beli pemain. Pembantu beliau Steve Clarke pula diberikan kontrak 3 tahun apabila pihak FSG berpuashati dengan sumbangan beliau walaupun singkat tapi memberikan impak drastik. Tahniah untuk kedua mereka dan sudah pasti Mourinho akan sedih mendengar berita ini. Jadi Jose terpaksa tunggu berjanggut samada Ferguson atau Wenger keluar dari kelab masing-masing. Kalau beliau sanggup tebus talak dengan Chelsea, mungkin Abramovich tak payah pening nak cari pengganti Ancelotti musim depan.

Mar 12, 2011

SKUAD TAK DALAM



Apa maksud skuad kita tak dalam sangat? Dalam bahasa bola "Squad Depth". Cakap senang kat bangku simpanan tak ada pemain kualiti. Contoh terbaik bila Gerrard cedera, siapa yang masuk ganti, Kaka... eh Poulsen rupanya. Memang itulah penyebabnya pasukan kita hampir saja boleh menang EPL dua musim lepas dek kerana tiada pemain gantian yang berkualiti. Satu lagi dengan adanya pemain sebegitu, barulah persaingan sihat yang lebih produktif dalam kekuatan pasukan. Contoh lagi saya ambil pasukan Spurs. Cuba kira berapa penyerang utama mereka ada , pemain tengah, bek dan goli. Saya ingat walaupun terdapat krisis kecederaan pasukan mereka tiada masalah untuk memasukkan pemain gantian yang hampir sama dan mampu bermain walaupun tak sebagus kesebelasan utama. Jadi untuk musim ini dah terlambat buat kita, namun saya harap pemain sedia ada macam Spearing, Poulsen, Jovanovic dan Cole serta Ngog dapat berikan persembahan sebaik mungkin walaupun saya anggap musim ini adalah musim terakhir buat mereka.

TAK TAHAN SEJUK



Snoods atau kain pelindung sejuk kat tengkuk dah jadi tren pemain di England semasa musim sejuk tempohari dan ianya telah diharamkan kerana merbahaya. Apa yag bahaya entah tapi benda alah ni dah jadi macam fesyen untuk pemain bolasepak. Iayalah dulu ada pemain pakai ikat kepala, ikat pergelanga ntangan , baju fit hitam, tuala kat leher, spek mata dan macam-macam lagi benda yang bukan dikategorikan pakaian sukan. Tapi bagi saya nak haram kena tengok cara mana bahaya itu, adakah ianya boleh buat pemain mati sesak nafas. Salah seorang pemain yang selalu pakai kat Liverpool ialah Reina dan dia mungkin pakai sebab dulu selalu selsema dan ketat hidung. Ini adalah salah satu undang-undang bodoh FIFA dan sepatutnya mereka lebih fokus kepada penggunakan teknologi dalam bolasepak, macam penggunakan video untuk tengok gol masuk tak masuk serta hukum pemain yang suka guna siku bukannya kaki.

Mar 11, 2011

LIVERPOOL 0-1 BRAGA



Kembali ke realiti. Pasukan kita tiada Suarez apa nak heran kalau kalah. Poulsen ganti Gerrard, memang dah nampak dah apa bakal terjadi jika pemain yang tak boleh belah main. Boleh dikatakan pasukan kita tak ada pemain laju dan kreatif. Penalti Kargiakos memang wajar, tetapi kalah dengan penalti tak sebak sangat. Carroll masih belum serasi dan masih baru pulih, namun masuk menggantikan Poulsen, bek lawan agak gelabah juga. Jadi perlawaan selepas ini kena menang 2-0 atau lebih kalau tak tak ada harapan piala lagi musim ini

Mar 9, 2011

JERSI KEDUA MUSIM DEPAN YANG ORI



Ini kali betul-betul punya, bukan cobaan macam entri sebelum ini. Kilang kat Siam dah telefon pihak pengurusan Liverpoolkita yang barang akan sampai kat Padang Besar dan Rantau Panjang bulan depan. Kat Al-Ikhsan lambat sikit, sebelum mula musim 2011/2012.

FAKTA BUAT FERGIE

tengok muka Carragher ada bibit keinsafan

Sejak kes Carragher koyak kaki Nani, pihak kami (Liverpool) bertubi-tubi diejek menggalakkan kekasaran bukannya main adil (fairplay). Jadi untuk menjelaskan bahawa pihak kami bukan seperti dinyatakan dan adalah sebaliknya mari kita lihat fakta. Jabatan Statistik Liverpoolkita telah membuat kaji selidik (padahal plagiat je macam sesetengah Profesor kangkung buat PhD), tentang kes main kasar atau baik bangsat dalam bolasepak Inggeris. Iya kan dulu orang (Wenger) selalu tuduh Bolton selalu main bangsat, main ragbi, buli budak kecil (Arsenal), padahal kalau ikut statistik rujukan FA Inggeris semenjak awal Liga Perdana dikenalkan, rupa-rupanya paling bangsat ialah Sunderland. Bolton sekadar tempat keempat.

Dan yang paling membuatkan semua harus akur ialah kelab kamilah yang paling bersopan dan baik budi pekerti dari Pengurus, pemain, peminat sehingga makcik pembancuh air, semuanya baik-baik belaka. Ditolak Blackpool yang masih mumayiz dalam Liga Perdana, mata terendah dari kad kuning dan merah milik kami. Jadi buat Nani dan Fergie silalah maafkan Carragher kerana dia tak bermaksud nak koyakkan kaki Nani. Kelab kami tidak mempunyai pemain yang mentaliti bangsat macam perangai seorang budak gemuk suka main siku-siku. Moga fakta ini akan meredakan kemarahan dan kebencian kalian peminat Man U terhadap Carragher dan Liverpool amnya.






Mar 8, 2011

NANI JACKSON



Buka lagu versi karaoke Smooth Criminal - Arwah Michael Jackson dan nyanyikan lirik kat atas kuat kuat.

MACAM TAK BERBALOI



Sememangnya siapa boleh sangkal kemampuan Aurelio sebagai bek kiri mantap selepas Riise. Namun khidmat beliau bersama pasukan kita hanya ciput berbanding Riise, 129 berbalas 252 jika dikira dalam 5 tahun perkhidmatan. Selebihnya Aurelio banyak menghabiskan masa mengambil cuti sakit. Walaupun tak siapa mahu sakit dan cari penyakit, saya rasa keputusan Hodgson mengambil Aurelio kembali saja cari sakit. Dalam perlawanan dengan Man U dia sekali lagi cedera dan keluar padahal ini adalah penampilan pertama setelah MC hampir dua bulan tak sepak bola.

Nak tahu kenapa dia dilepaskan oleh Rafa Benitez sebelum ini. Sebabnya Pak cik Rafa dah nampak yang Aurelio sudah jadi liabiliti dek kerana kecederaan, walaupun memiliki abiliti yang hebat. Jadi dia memberikan kepada Aurelio, kontrak ada main ada duit (pay as you play). Namun ditolak dan terpaksalah Aurelio balik kampung tanam jagung selama hampir 3 bulan. Tak tau kat bomoh urut mana Aurelio pergi berubat, tup-tup dia lulus ujian kesihatan lantas Pak Hodgson terus memberikan kontrak 2 tahun.

Namun musim ini, dikala bek kiri yang dibeli tak boleh pakai yakni Konchesky dan dilepaskan ke Nottingham Forest sampai habis musim. Insua juga dipinjamkan ke Galastasaray dari awal musim, Aurelio pula jadi macam ini. Nasib baiklah Kenny ada opsyen dengan mainkan Johnson dikiri dan agak mantap walaupun tak secekap Aurelio bertahan. Wilson juga diberikan peluang namun dia sekadar bagi cukup korum kerana dia sebenarnya bek tengah. Jadi bagi saya sememangnya kehebatan masa lampau Aurelio tak boleh jadi ukuran, dan dia saya kategorikan tak berbaloi. Maaf jika saya agak keterlaluan tetapi ianya pahit tapi benar. Sila lihat statistik dibawah sebagai panduan.

Mar 7, 2011

LIVERPOOL 3-1 MAN U



Tiada hadiah yang paling istimewa buat Kenny Dalglish sempena hari lahir ke 60 iaitu hadiah kemenangan keatas Man U di Anfield. Kalau dilihat dari awal sebelum perlawanan kebanyakan pengulas sukan akan menjangkakan Man U akan mengayamkan pasukan kita, namun sangkaan mereka meleset. Pasukan Arsenal patut berterima kasih kepada kita kerana memudahkan kembali kerja mereka dalam perebutan takhta Liga Perdana Inggeris

Dirk Kuyt telah mempamerkan aksi unggul dengan jaringan hatrik, walaupun kesemua gol tersebut mudah bak makan kacang. Tapi hero belakang tabir yang patut diberi pujian ialah Luis Suarez. Ketiga-tiga gol Kuyt itu adalah berpunca dari beliau. Gol pertama bermula dengan Suarez dirasuk saka Messi dengan menggelecek 4 bek ayam Man U, dan melorongkan kepada Kuyt. Gol kedua mungkin silap Nani, tapi hantaran lambung Suarez ditanduk Nani kebelakang dan Kuyt menyambutnya dengan tandukan mudah kedalam jaring. Gol ketiga Kuyt dengan menyudahkan bola muntah setelah Suarez mengambil sepakan percuma yang gagal Van Der Sar selamatkan.

Tapi insiden buruk tak dapat dielakkan. Carragher sepatutnya dibuang padang, tapi apa nak buat Phil Dowd hanya memberikan kad kuning setelah Nani mati dibunuh Carragher. Cuba selak baju pengadil itu mesti dia pakai jersi Liverpool kat dalam. Tapi Rafael juga terlepas sama macam kes Carragher, setelah membantai Lucas sampai nak koma. Pengadil mungkin nak berlaku adil atau nak tutup malu insiden terdahulu dengan sekadar beri kad kuning. Paling saya tak puas hati ialah ramai pemain yang cuba melingkupkan kaki Suarez tapi dibiarkan pengadil. Sokong Liverpool apa macam ni Encik Dowd oi.

Bak kata Kenny, menang dengan Man U bukan segalanya. Tapi bagi peminat menang dengan Man U sama seronok umpama menang Liga. Tambah pula seronok kacau daun takkala mereka berusaha mendapatkan 19 kali kejuaraan liga untuk menandingi pasukan kita. Namum kita jua kena kembali ke realiti yang pasukan kita belum sampai ketahap yang diharapkan. Menang dengan pasukan kuat tapi kantoi dengan pasukan corot. Kita mahu selepas ini dengan adanya Carroll dalam pasukan serta Suarez yang kian menjadi aset penting dalam pasukan, pasukan kita boleh menang dalam apa jua keadaan. Tahniah semua.YNWA.

Mar 6, 2011

LIVERPOOL LAWAN MANCHESTER UNITED



Dalam banyak-banyak lambang, kenapa lambang Setan yang dipilih. Tak bolehkah guna lambang berhemah macam singa, meriam, burung atau babun. Ini tak dipilihnya pula lambang kejahatan. Bila ditegur sama perangai dengan budak Black Metal mereka marah. Nak marah apa kan sama-sama jadi pemuja Setan. Cuma beza antara mereka adalah peminat Man U adalah dari kultus Setan Merah. Merah bermaksud berani tak macam geng Black Metal penakut, jumpa JAKIM lari berterabur.

Seperti yang saya bebelkan sebelum ini. Pasukan mereka hanya bernasib baik kerana naik selepas kejatuhan pasukan dari Merseyside selepas era 90an. Kalau tak kerana menang Piala FA 1989, Ferguson dah kena pecat dah dan mungkin mereka tidak berada dalam keadaan selesa sekarang. Ferguson merupakan seorang manusia yang mempunyai tuah yang banyak mengatasi Hang Tuah. Apatidaknya tanpa keris, sekadar kunyah gula-gula getah ,dia mampu membuatkan pengadil tunduk layu dengan maki seranahnya.

Tak pasti kali ini orang tua itu akan dapat mengelak dari dikenakan tatatertib dari FA Inggeris. kalau terlepas juga maknanya kabel yang ditanam dalam badan bolasepak Inggeris itu masih kuat dan masih dapat menghasilkan kuasa dan aura kesetanan. Kalau pengurus atau pemain lain yang mulut tak berinsuran macam itu pasti kena gantung tak bertali. Lihat sahaja kes Rooney, pengadil ingat dia tengah adili perlawanan Tomoi kot atau pun dia nampak isyarat RM atau nyawa dari bangku simpanan Man U.

Persetanlah mereka, yang penting pasukan kita sudah bersedia dengan kekuatan dari pemain utama dan juga bangku simpanan. Mungkin kita takkan lihat Suarez-Carroll bergandingan sehingga 90minit, namun mungkin dihujung permainan, mungkin. Kuyt mesti main penyerang utama macam lawan Chelsea kerana barisan pertahanan Man U tak sekuad mana kerana ketiadaan Rio dan Vidic. Suarez disebelah kiri dibantu Meireles dan Maxi. Gerrard dan Lucas akan mengawal ditengah. Barisan pertahanan akan lebih matap jika Agger dan Carragher ditengah dengan Johnson dan Wilson disebelah meraka. Reina yang belum komited dengan kelab masih digawang.

Saya menjangkakan kali ini banyak aksi dan kad berterbangan. Kad kuning sudah pasti dan merah menanti. Namun saya harap pemain kita ambil iktibar jangan jadi macam kapten Gerarrd, terbang sambil membentes adalah kesalahan mandatori. Jangan terlalu ikut perasaan tetapi guna akal untuk mengalahkan Setan yang guna semua jentera kerajaan untuk mengalahkan kita termasuk, pengadil, penjaga garisan, penjaga masa dan juga SPR (FA inggeris). Nak kata pasukan kita tak kuat tetapi pasukan Setan hebat bukan boleh dibandingkan dengan 2 kekalahan terdahulu. Di Anfield, hanya pasukan corot sahaja boleh menang (sedih tapi benar), namun tidak bagi pasukan kuat lain.

Nak tulis banyak pun dah malas sebab kepala masih penuh dan pening dek penangan ubat selsema. Saya harap diberikan kesihatan untuk sama-sama menyaksikan perlawanan di Kedai Mamak esok malam. Sambil pekena roti tisu dan teh tarik, dapat juga melihat dan mendengar sorakan serta laungan kedua-dua peminat setia yang pasti akan datang dengan pakai jersi tak ori pasukan kegemaran masing-masing. Disamping itu saya rasa akan ada sebilangan peminat Arsenal yang akan masuk menyusup macam Pegawai Cawangan Khas bukit Aman (SB) menyokong Liverpool dan berharap pasukan kita menang untuk kesenangan pasukan mereka juga dikemedian hari.

Mar 4, 2011

HARI BERTUAH SANG RAJA



Sebagai sebahagian daripada perayaan ulang tahun Kenny Dalglish 60, kami telah mencatat karier dalam bentuk aksara .

£ 440,000. Itu berapa banyak Bob Paisley bayar Celtic pada bulan Ogos 1977. Dalglish dibawa ke kelab untuk menggantikan Kevin Keegan yang berpindah ke Hamburg

30.461 peminat hadir menyaksikan testimonial di Anfield pada tahun 1990, membantu mendapatkan wang derma £ 150,000 dari duit tiket. The Reds mengalahkan Real Sociedad 3-1

9.394 hari selepas pertama kali dilantik sebagai bos Liverpool dan memenangi Kejuaraan Eropah

837 perlawanan untuk Liverpool (lihat nombor 321)

515 Penampilan untuk Liverpool

339 gol untuk Liverpool

322 penampilan bersama Celtic (menurut otobiografinya)

318 perlawanan sebagai pengurus di Anfield (terkini)

259 penampilan untuk hasilkan 100 gol

192 kemenangan sampai saat ini sebagai pengurus Liverpool

180 berturut-turut kesebelasan utama antara 1977-78 dan 80-81

172 gol untuk Liverpool

167 gol untuk Celtic

102 penampilan untuk Scotland dan pemain pertama untuk membuat satu abad penampilan, Dalglish disajikan dengan topi perak oleh Franz Beckenbauer

97 minit untuk jaringkan gol pertama Liverpool. Setelah gagal untuk jadi penjaring dalam Charity Shield melawan Man Utd, King Kenny terjaring hanya tujuh minit gol sulung lawan Middlesbrough

61 penampilan untuk The Reds sebagai pemain-pengurus

60 Tahun usia

41 gol bagi Celtic dalam 1972-73

38 tahun ketika ia bermain perlawanan terakhir untuk Liverpool, yang datang sebagai sub untuk Jan Mølby melawan Derby County Mei 1990

37 gol untuk Cumbernauld Syarikat, kelab nerseri Celtic, selama musim 1967-68.

31 gol di musim pertamanya di Anfield

30 gol untuk Scotland - rekod bersama-sama dengan Denis Hukum (law)

23 gol hanya dalam 49 penampilan di musim pertamanya sebagai kesebelasan di Celtic

19 Bilangan Trofi di Anfield, akumulasi hanya dalam 13 musim

15 penampilan di Wembley sebagai pemain Liverpool

15 tahun ketika ia pertama kali uji coba di Liverpool tahun 1966. Ia bermain di perlawanan menentang pasukan B Southport, tetapi pemindahan tidak tertuang

10 piala dengan Celtic

10 gol untuk Liverpool di Piala Eropah

8 kumpulan kejohanan dengan Liverpool, lima sebagai pemain, tiga sebagai pemain / pengurus

7 adalah nombor Sang Raja

4 Pengurus Terbaik Liga Inggeris dengan Liverpool dan Blackburn

3 Trofi Piala Eropah

3 Piala Dunia. Dia akan bermain empat perlawanan kecederaan lutut membuatnya keluar dari Mexico '86

2 final Piala FA kemenangan atas Everton

2 Pemenang Football Writers 'Player of the Year

2 hat-trik untuk Liverpool, melawan Wrexham dan Man City

1 MBE

1 kad merah, melawan Benfica di 1984-1985

1 Kenny Dalglish

(Liverpoolkita ingin mengucapkan terima kasih Ged Rea untuk mengesahkan statistik)

ANALISA TAKTIKAL : FORMASI 4-4-2



Salam sejahtera semua. Sudah lama Unit Teknikal Bolasepak Liverpoolkita goyang telur makan gaji buta. Kajian dan tesis nampaknya sudah lama tak dianjurkan, almaklumlah sama macam bolsepak Malaysia yang diterajui FAM, lapuk dan pemalas serta tak boleh ditegur. Jadi pihak kami telah ditegur oleh FIFA kerana tidak memaparkan artikel berbentuk ilmiah bukan macam blog yang suka hanjung menghanjing ntah apa-apa parodi tak habis-habis. Lantak kat depa lah.

Kali ini dengan bakal berlangsungnya perlawanan hebat, perlawanan terpanas bagi kita musim ini melawan Skuad Syaitan Merah (bukan saya yang reka nama ni diorang yang sendiri gelar), Liverpoolkita akan menjangka yang Sultan Kenny pasti menggunakan formasi agung 4-4-2. Ingat saja-sajakah saya tulis jika tiada asbab yang berfakta. Ini kerana beliau telah mempunyai set pemain yang boleh digunakan untuk formasi klasik itu dan juga lawan yang gunakan oleh Syaitan.

Dengan adanya Carroll dan Suarez ianya sesuai gandingan kecil-besar ikut skema bolsepak Inggeris. Gerrard @ Lucas @ Meireles @ Spearing boleh digunakan ditengah. Kuyt @ Meireles @ Maxi @ Cole @ Jovanovic bakal bersaing diposisi sayap kanan dan kiri. Bek tengah Carragher @ Skrtel @ Agger @ Kargiakos boleh main disana. Johnson dikanan dan Wilson dikiri. Reina di gawanng. Jadi tak lengkap lagi formasi dengan set pemain sedia ada.

Persoalannya sekarang adakah kesemua pemain yang saya senaraikan mempunyai kualiti untuk posisi masing-masing. Untuk penyerang saya rasa sudah lengkap tapi tiada gantian ideal kecuali Kuyt. Ngog tak boleh harap. Bahagian tengah pula agak memeningkan kerana jika nak kekalkan Gerrard pemain macam Lucas diperlukan namun mana nak letak Meireles yang suka buat gol. Pemain sayap sedia adansemuanya tiada yang berkualiti menjadi pemain sayap yang berkualiti. Faham tak, maksud saya buat cukup korum, nak pintas bek dan hantar lintang pon tak cun.

Bahagian pertahanan buat masakini lengkap kecuali bek kiri sahaja tanpa pemain berkaliber. Dengan cederanya Kelly, Johnson kembali ke Kanan dari kiri. Makannya Wilson mungkin Agger akan diletakkan ikut situasi. Bek tengah amat ok jika Skrtel tak main. Sekarang pilihan adalah antara Kargiakos atau Agger, dan jika Agger ditolak kekiri maka Kargiakos saya syorkan kerana Skrtel telah conteng arang dimuka Kenny acap kali sebelum ini. Reina yang sedang terima tawaran 100K seminggu masih ditiang gol, musim depan tak tahu pula siapa.

Jadi formasi ini adalah yang paling klasik, asas, lapuk, skema dan apasaja istilah kamus FIFA, yang mudah diguna pakai dan banyak kelebihan, namun paling saya nampak kelemahannya diatas pasukan kita ialah kawasan bertanda xxx dalam gambarajah diatas (kartun hitam kita, merah-putih lawan). Banyak kali kita lihat, pemain tengah kita terkapai-kapai mengekang pergerakan lawan dikawasan bertanda xxx. Gol pertama West Ham, berpunca dari kawasan xxx. Saya anggap xxx adalah kawasan Segitiga Bermuda kita.

Jadi untuk membuang masalah itu musim ini (musim depan kira lain), saya syorkan Lucas kena main macam Hamann yang tercongok depan 2 bek tengah. Mampus pi lah kerja menyerang biar Gerrard dan pemain lain fikirkan masalah itu. Lucas tak perlu susah susah nak naik keatas wa'imma lawan main dengan 10 orang. Sebab apa pemain pertahanan kita nampak saja otot berketul tapi nak kejar lawan cam siput. Itulah saja caranya nak gunakan formasi 4-4-2. Kalau tak lebih baik main formasi lain yang lebih banyak pemain tengah atau pertahanan risiko kurang tapi nampak tak gah ke Inggerisannya.

Mar 2, 2011

PEMAIN KE 13

sempena kecoh-kecoh tentang pemain ke 13 (yakni pengadil), gambar fotokedai gambar pengadil dengan kelab peliharaan mereka timbul selepas babel menmaparkan gambar Webb dalam twitternya. Semalam peminat Man U pula mendakwa Atkinson menjadi barua Chelsea. Tak mengeluarkan David Luiz tapi memberikan kad merah pula kepada Vidic.

Man U ada Howerd Webb.


Chelsea ada Martin Atkinson (sepupu Rowan Mr Bean)



kita pun tak mau kalah, nasib baiklah kita ada awekz cun, Sian Massey.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails