Oct 31, 2011

Right Side

Our Left Side is one of the best combinations in EPL.. Jose Enrique, Stewart Downing dan Craig Bellamy. Ditambah pula dengan pemain muda berbakat, Jack Robinson yang giat meningkatkan mutu permainan. Pandangan saya , tiada masalah di sini.

Yang menjadi masalahnya adalah barisan tentera sayap kanan REDS. Seakan² tidak berfungsi sepenuhnya. Dirk Kuyt, Jordan Henderson, Glenn Johnson dan Martin Kelly. Tidak di lupa pemain muda iaitu John Flanagan. Seakan² tidak ada keserasian pada mereka untuk bermain seperti apa yang terjadi di barisan sebelah kiri. Bagi saya tiada banyak masalah bagi Glenn dan Kelly kerana saya yakin mereka sedia untuk bermain dengan corak permainan pantas dan menarik. Namun tidak buat Kuyt dan Hendo.

Sedia maklum Kuyt adalah seorang striker namun ketika Rafalution, beliau ditugaskan untuk mengisi kekosongan yang dirasai Rafa di posisi sayap kanan. Ternyata dengan strategi Rafa ketika itu, Kuyt menjalankan tugas beliau dengan baik. Kerana apa yang saya perhatikan, corak permainan yang di terapkan oleh Rafa adalah lebih tertumpu kepada bahagian tengah padang seterusnya mencari target man (Torress) pada ketika itu. Jadi serangan dari bahagian sayap tidak banyak dilakukan, dan Kuyt lebih banyak masa untuk membantu Torress di posisi penyerang biarpun kadangkala Kuyt akan melakukan cross² yang normal dan tidak membahayakan. Juga membawa bola hingga ke penjuru padang sebelum cuba memecah benteng untuk masuk ke dalam kotak penalty lawan.

Bagi Jordan Henderson pula, beliau adalah seorang attacking midfielder. Corak permainan beliau yang sebenar ketika menyarung jersi REDS adalah ketika masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Manyoo. Biarpun hanya bermain pada beberapa minit terakhir, beliau seakan² ingin memberitahu King Kenny bahawa beliau bersedia mengambil tempat El Capitano- Stevie G sebagai pemain tengah menyerang bukan sebagai pemain sayap. Namun Ingatkah anda bahawa Stevie G juga pernah mengisi kekosongan di posisi ini. Mungkin itu apa yang King Kenny ingin cuba lakukan kepada Hendo. Who knows..

Apa yang saya lihat pada waktu ini sayap kanan sering di bantu oleh “our 2nd Mr Duracell- Luis Suarez”. Seringkali beliau turun membantu pemain pemain sayap bagi memulakan serangan. Ini adalah jalan terbaik hanya jika Andy Carroll turut diturunkan. Bayangkan jika tiada Andy Carroll atau penyerang lain di atas padang. Suarez perlu memintas pemain pertahanan lawan yang di lihat sentiasa mengikut beliau macam belangkas. Atau pun menunggu rakan² lain ke hadapan untuk melakukan hantaran. Sedangkan Suarez yang sepatutnya menunggu hantaran sebelum melakukan penyudah kerana Suarez adalah pemain penyerang. Hmm…

Jadi ,di harap King Kenny & Mr Comolli bakal melakukan sesuatu di bahagian sayap kanan ini bagi mendapatkan combo menarik kepada Glenn @ Kelly. Dalam banyak² players yang di’rumours’kan dgn REDS, Adam Johnson menjadi pilihan saya, biar pun terdapat pemain lain yang lebih berpengalaman beliau. Pada pandangan saya, Adam Johnson seakan² jelmaan Steve Mcmanaman yang sedikit tegap dan sedikit pantas. Hantaran beliau boleh di’polish’kan lagi..Larian beliau juga boleh mengelirukan pihak lawan. Cuma penyudah beliau yang mungkin belum sampai ke tahap Steve McManaman. Namun di bawah bimbingan King Kenny, saya yakin beliau pasti akan berjaya sampai ke tahap itu tambahan beliau masih muda.

“So, Lord Henry, 20+ million euro for Adam Johnson.. or more.. Roberto Mancini won’t sell him on cheap price…”

Adam Johnson hanyalah pilihan saya. Pandangan anda…?????
YNWA~

Singa Biru di Jambatan Stamford

Amacam.. gempak tak Carling Cup draw.. Jumpa Chelsea..? Another away game..? Tidak perlu gusar dengan ngauman singa biru di “kandang” mereka sendiri. Yakin dengan kebolehan pasukan kita. Kita pernah menang di sana.. Impossible is nothing..!!! We’re the mighty REDS..!!! Walk on..!!!!!

YNWA~

Oct 30, 2011

LIVERPOOL 2-0 WBA



Pada mulanya saya sangka Suarez bakal KO dan tak dapat bermain, tapi lain pula yang terjadi. Kapten Gerrard dan timbalannya Carragher telah cuti sakit dan disahkan sebelum perlawanan bermula. Taktik menyorok kecederaan ini memang amat licik dan mengakibatkan West Brom mungkin tersilap percaturan. Pepe Reina telah dengan pertama kalinya diberi amanah menjadi kapten pasukan musim ini. Dia memang calon cocok kerana tahap profesional dan tahap modal insan beliau amatlah tinggi.

Reina
Johnson Skrtel Agger Enrique
Henderson Lucas Adam Downing
Suarez Carroll

Tengok barisan diatas. Formasi 4-4-2 yang bagi saya banyak senget sebelah kiri yang menjadi tumpuan serangan. Bermain dengan penyerang kembar Suarez Carroll bagi saya amatlah janggal tambahan pula bermain digelanggang lawan. Taktikal melawan sunnah akademik bolasepak terkini diterapkan Kenny ternyata ada baitul hikmahnya. Ditambah pula dengan kembalinya penggasak kental Lucas, barulah rasa konfiden timbul kerana Adam kurang bakat bertahan.

Gandingan Skrtel dan Agger adalah rahmat tersembunyi disebalik kecederaan Carragher. Siapa cakap mereka tidak punyai ketokohan dan keserasian bersama. Kompilasi mereka dengan seorang agresif tanpa belas kasihan dan seorang lagi boleh mememgang bola membaca permainan amat cocok untuk memudahkan kerja pemain tengah. Tiada sebarang kebocoran dan kesilapan mudah dari aspek taktikal bertahan diperhatikan. Mereka makan semua bola tinggi dan bola bawah hingga Odemwingge dan Tchoyi jadi lauk makan malam mereka.

Kalau tak cakap pasal Suarez memang bukan Liverpool namanya. Tak pasal-pasal Kenny dan cop dia lagenda, padahal baru setahun jagung disini. Tapi gaya permaian beliau malam ini masih flip-flop didepan gawang kerana peluang bertimpa-timpa macam perlawanan Norwich. Nasib baiklah dia buat dua perkara yang membatalkan kecacatan beliau yakni menjatuhkan badan, eh maksud saya dikasari dan mendapat penalti dan satu lagi hantaran untuk gol Carroll. Tapi pemain ini teramat penting walaupun tanpa buat gol kerana dia bikin bek lawan tak makan gaji buta.

Persmbahan Carroll harus dipuji walaupun dia tak berikan persembahan yang memberangsangkan sangat. Bak kata pepatah baik main buruk janji ada gol dan begitulah Carroll yang memadamkan kritikan (buat sementara) tentang keberkesanan beliau sebagai penyerang ortodok. Saya harap dia boleh tiru bagaimana Edin Dzeko yang flop musim lepas namun meletop musim ini. Bukan peminat mahu Carroll buat perkara yang dia tak mampu buat, tetapi gunakan kebolehan sindiri seperti tandukan dan rembatan deras beliau.

Tapi dalam semua pemain tunjukkan kehebatan, saya masih nantikan Downing yang macam saya lihat di Aston Villa. Bukan dia main tak bagus tapi dia boleh lebih baik dari apa yang kita tengok dari awal musim ini. Amat jarang sekali dia buat cobaan dari luar kotak yang merupakan hikmat keramat beliau. Lagi satu Downing punya hantaran lintang amat tidak memuaskan kerana dulu di Villa, Darent Bent buat banyak gol asbab dari hantaran yang menakjubkan dari beliau. Mungkin dia kena buat latih tubi atau mainkan semua video nostalgia beliau di Villa untuk mengembalikan Downing yang betul-betul bernilai 20juta pound.

Kita dah panjat tangga ke-5 dan hanya satu mata dibelakang Chelsea. Walaupun dihambat Spurs dan Arsenal, saya rasa kita mesti teruskan kebangkitan walaupun selepas Swansea, lawan kita ialah pasukan Man City yang ganas. Tahniah buat semua pemain dan pihak kejurulatihan yang telah mengembalikan Liverpool kembali kelandasan kemenangan.







Oct 28, 2011

LIVERPOOL LAWAN WEST BROM



Satu lagi pasukan cikai bakal kita tentang minggu ini. West Brom atau Baggies taklah sehebat mana tapi permainan mereka agak agresif dan pantas. Minggu lepas bila kita seri dengan Norwich pasukan mereka menang di Villa Park. Kebangkitan mereka mungkin kerana hero mereka Ediwinggey dah pulih dan cergas kembali. Nak harap taktik Pak Hodgson memang barai, tapi orang tua itu ada aura tersendiri yang membuatkan pemain patuh arahan.

Berbalik kepada pasukan kita. Berita yang menggusarkan ialah pemain harapan Suarez tidak dapat disahkan tahap kecederaan, tapi sumber risikan dia mungkin boleh bermain tapi kata putus hanya akan diberikan besok. Secara otomatik Carroll akan bermain mungkin dengan Kuyt jika keadaan Suarez tidak mengizinkan. Bellamy yang bermain bagus masa lawan Norwich dan Stoke patut main dikiri dan letak Downing dikanan pun tak apa.

Kembalinya Lucas membawa keceriaan buat kita. kehilangan beliau amat dirasai ketika lawan Norwich. Saya harap beliau akan dipadankan dengan kapten Gerrard dan tolak Adam kebangku simpanan. Jika bermain dengan seorang penyerang dan 5 pemain tengah, mungkin Adam akan ada peluang. Jika tak mungkin tragedi Oktober dengan Norwich bakal berulang. Ini bukan main-main, Mulumbu dan Brunt boleh ratah Adam dan Gerrard macam makan KFC jika barisan tengah seperti lawan Norwich kekal.

Paling saya risau setelah risaukan kecederaan Suarez, ialah kebocoran pertahanan yang menjadi-jadi. Hanya 2 kali sahaja kita tak bocor musim ini, yang lain bek kita melakukan kesilapan demi kesilapan yang pada saya memang tak patut. peranan Carragher sebagai tulang belakang pasukan kita kian terancam dan dia dah makin krosot. Agger yang telah pulih perlu diberikan peluang bergandingan dengan Skrtel. Coates juga nampak mcam dah tak lama dipertaruhkan tapi nampak terlalu awal musim ini.

Kemenangan harus dicari tak kira apa cara. Kita tak mahu tertinggal untuk cilok tempat ke slot Liga Juara Eropah musim depan. Jadi saya teka pasukan kita akan mengejutkan Albion tapi dengan margin rendah. Apakata anda, apakah kita mampu menang atau dibambu mereka. Jadi sila buat tekaan anda.






Oct 27, 2011

SUAREZ 2-1 STOKE



Dendam dah terbalas dan rekod kebal Stoke lebur. Walaupun mereka gah dengan gol Jones pada lewat separuh pertama, namun Liverpool tak mengalah untuk menjadi mangsa buli Stoke lagi. Suarez menjadi wira kerana dua gol beliau amat bermakna untuk kita. Walaupun separuh pertama dia macam biasa melepaskan peluang untuk hasilkan gol namun separuh kedua, Suarez merupakan ancaman yang tak bisa dikekang lagi.

Gol pertama Suarez merupakan gol tercantik dari beliau dengan lencongan dari sebelah kiri menewaskan Sorenson. Setakat bola biasa memang Sorenson boleh tangkap tapi bola lencong sebegitu memang goli kuasa Gaban pun tak boleh menyelamatkan keadaan. Gol kedua juga lencongan juga tapi kali ini dengan kepala. Suarez terlepas dari perangkap curi ayam dan mencari sudut kiri Sorenson untuk dipanah.

Kebocoran pasukan kita memang lumrah alam. Tapi kalau dah terbiasa sangat, memang boleh jadi bencana. Gandingan Coates Carragher tak berpa cun, namun pertukaran Srtel dengan Carragher menjadikan pertahanan kita nampak kental dan mantap. Mungkin Srtel dan Coates gandingan masadepan, sebab keagresifan Skrtel dan kehebatan pintas serangan udara Stokes dari Coates menjadikan sistem pertahanan kita lebih ampuh.

STOKE CITY (4-4-2):
Sorensen 7; Huth 6, Woodgate 6, Shawcross 7, Wilson 6; Shotton 6 (Pennant 60), Whelan 6, Delap 6, Etherington 7 (Jerome 64, 6); Jones 7, Walters 8. Subs not used: Nash, Diao, Upson, Crouch, Palacios.
Penjaring: Walters 44
Denda: Shawcross, Whelan

LIVERPOOL (4-4-2):
Reina 6; Kelly 6, Carragher 5 (Skrtel 46, 6), Coates 5, Agger 6; Henderson 6, Lucas 6, Spearing 6, Maxi 6; Suarez 7, Carroll 5. Subs not used: Doni, Aurelio, Kuyt, Adam, Bellamy, Flanagan.

Penjaring: Suarez 54, 85
Denda: Carragher
Pengadil: Lee Probert
Pemain Terbaik: Jon Walters



szólj hozzá: Sto 1-2 Liv


szólj hozzá: Sto 1-1 Liv

Oct 26, 2011

PIALA LIGA : LIVERPOOL LAWAN STOKE



Reina
Kelly Coates Agger Aurelio
Lucas Spearing
Maxi Henderson Downing
Carroll

Kalau nak harap nak kejar Man Citeh untuk kejuaraan liga macam mimpi disiang hari. Tapi medal Piala Liga masih boleh dikutip walaupun ianya cikai. Man U dan Arsenal pun tengah pulun piala ini, apa salah kita coba menang. Walaupun kita tak pernah menang di gelanggang Stoke namun rekod masih boleh dicipta, bak kata pepatah usaha tangga kejayaan. Tak gitu Yob.

Oct 24, 2011

PELUANG YANG SIA SIA



Tengok fakta statistik diatas. Antara penyudah, buat peluang dan lepas peluang, pasukan kita antara pasukan yang melakukan penyudah terbaik dalam kelompok 6 terbaik Liga Perdana. Tapi masalahnya pasukan kita banyak buat peluang dan juga terlepas peluang. Maksudnya selain dari Suarez, pemain lain tak banyak buat cubaan gol.

Sepatutnya permainan lebih lain kena aktif dan berusaha juga kearah menghasilkan gol. Tengok penalti berapa kali kantoi. Sepakan percuma berapa kali saja masuk. Sepakan penjuru pun tak banyak yang digunakan untuk hasilkan gol. Apatah lagi percubaan luar kotak dari pemain tengah, tak ada pakar nak buat sebegitu.

Cakap lebih mudah, Ya. Tapi statistik ini perlu diselidik oleh Kenny dan Clarke kerana ianya adalah petunjuk prestasi kita masakini. Kalau zaman Pak Long Rafa dulu saya ingat semalaman dia tak tidur untuk mengkaji dan menggunakan teknologi video dan perisian untuk memperbaiki taktikal pasukan. Saya cadangkan Rafa jadi penasihat Teknikal. Apa macam ada berani

Oct 23, 2011

LIVERPOOL 1-1 NORWICH



Perlawanan ini macam ulangan perlawanan pembukaan lawan Sunderland, peluang banyak tapi masih tak boleh menang. Banyak iktibar yang perlu diambil terutamanya oleh Kenny dan Clarke. Terutamanya krisis ketidakupayaan barisan hadapan menghasilkan gol. Saya tidak menunding jari kepada Suarez. Walaupun kerana beliau terlepas banyak peluang untuk menjaringkan gol, namun bagi saya Suarez amat penting untuk menjadi pemangkin serangan bukannya perobek gawang kerana itu tugas Carroll.

Gol Bellamy bagi saya amat baik namun ianya hasil kelicikan taktik kotor Suarez yang menghalang bek Norwich dari mengejar Bellamy. Saya amat mengkagumi Suarez kerana beliau akan melakukan apa sahaja termasuk menjatuhkan badan walaupun asakan minimal dari lawan. Sebab itulah pengadil sukar buat keputusan jika Suarez dikasari. Lagipun lumrah hidup di EPL, kalau nak main macam pondan kena sikit meraung baik main kat La Liga.

Gol penyamaan Norwich bagi saya adalah nasib dan kerjakeras mereka. Tapi apa yang sedih ialah 3 pemain kita meluru untuk memenangi bola itu, tapi yang berjaya ialah pemain Norwich. Saya tak boleh nak salah Reina kerana dia hanya boleh menepis bola itu tapi ianya kesalahan pertahanan kita yang tak mampu menjaga dan berada diposisi terbaik untuk mematahkan serangan udara. Teringat masa Hyppia ada, bola sebegitu ibarat kacang goreng bagi beliau. Diharap Coates akan dibentuk menjadi Hyypia versi baru.

Yang berlalu biarlah berlalu, namun iktibar perlu diambil ialah pasukan kita perlu bunuh perlawanan awal-awal lagi. Jangan harap 1-0 itu boleh selamat sampai akhir perlawanan. Walaupun nampak pasukan kita tak bernasib baik kerana banyak peluang kena tiang dan diselalmatkan lawan, namun pemain kena lebih cermat dan tak pentingkan diri. Lagi satu saya tengok pemain tengah kita juga perlu buat cubaan luar kotak untuk mempelbagaikan cara untuk dapatkan gol. Apa pun kita cuba lagi minggu depan.


Oct 20, 2011

LIVERPOOL LAWAN NORWICH



Tak sangka minggu ini Liverpool ada perlawanan persahabatan. Pelik bin ajaib, kenapa buat perlawanan ini, padahal selalunya perlawanan sebegini hanya untuk testimonial . Tapi apa baiknya pemain simpanan dapat juga peluang untuk beraksi. Walaupun tewas kepada Rangers 1-0, saya harap moral pemain tetap mantap untuk hadapi perlawanan minggu ini menentang Norwich atau panggilan manja, Sang Kenari.

Walaupun Sang Kenari akan berkunjung ke Anfield, pasukan mereka tak boleh dipandang enteng oleh kita. Mereka bisa beri kejutan, jika pasukan kita tak ambil peluang untuk mengasak mereka dari awal hingga habis wisel. Jadikan perlawanan dengan Man U sebagai iktibar kerana peluang yang terhidang mesti digunakan sebaiknya dan jika tidak keputusan luar duga pasti akan terjadi.

Barisan Liverpool mungkin ada sikit rombakan kerana penggantungan Lucas serta kembalinya Johnson untuk posisi bek kanan. Kenny ada dua pilihan untuk ganti Lucas samada menggunakan Henderson yang lebih tuntas menyerang atau gunakan Spearing yang lebih agresif bertahan. Bagi saya Henderson lebih afdal, namun Spearing memberikan peluang untuk Adam dan Gerrard lebih keatas. Kelly mungkin direhatkan untuk beri peluang Johnson kembali ke posisi bek kanan.

Oleh kerana serangan Norwich tak berapa cun dan akan main agak bertahan, saya harap pasuka kita dapat menggunakan taktik gung-ho dan mengasak mereka tanpa belas kasihan. Bek Norwich bakal merantai Suarez sebaik mungkin dan saya harap gandingan beliau samada Kuyt, Carroll atau Bellamy boleh bergerak bebas untuk mencuri ruang dan menghasilkan gol. Mungkin pemain tengah juga perlu lebih berambisi dan opurtunis untuk melakukan percubaan dari luar kotak yang amat jarang dilakukan dewasa ini.

Ramai yang bakal menjangkakan kita bakal menang besar.Malah saya yakin ianya boleh jadi kenyataan jika kena dengan taktik dan bermain dengan penuh semangat. Oleh itu mesti ramai yang akan teka pasukan kita paling koman boleh bubuh Sang Kenari minimum 3 biji. Ada berani, ayuh teka jangan tak teka.





Oct 16, 2011

Left Side

Jose Enrique telah membuktikan kepada semua penyokong tegar REDS bahawa beliau adalah seorang pertahanan kiri yang superb. Beliau telah berjaya menahan dan menyerap segala tekanan dan serangan dari bahagian kiri. Jadi saya tidak terlalu risau ketika beliau bertahan malahan hingga tersenyum apabila beliau memperkotak-katikkan pemain pasukan lawan setelah bola berjaya dirampas. Sama ada mengacah atau pun clear ball. Dengan larian pantas beliau dengan mudah beliau kembali ke posisi bertahan. Ditambah pula ketika melakukan serangan, beliau akan melakukan larian² pantas sehingga ke kawasan D lawan.

Bagi Stewart Downing pula seakan² beliau masih lagi belum betul² panas lagi.. namun sedikit sebanyak beliau perlahan² telah blend ke dalam pasukan. Dengan crossing menarik, passing yang cantik, larian sedikit mengelirukan dan rembatan beliau juga agak menarik. Namun prestasi yang naik turun dari beliau masih lagi diragui. Beliau seakan² bermain mengikut mood biarpun bukan itu yang sebenarnya berlaku. Namun bagi saya masih lagi menarik.

Bercakap mengenai Craig Bellamy pula, biarpun beliau adalah favourite player saya Namun posisi sebenar beliau adalah striker bukannya leftwing (walaupun beliau terbaekk di posisi leftwing..) Tidak banyak boleh diperkatakan. He's just the best. Seperti kata rakan REDS senior.. "Rafa's wrong to sell Craig.."

Berlandaskan persembahan pada perlawanan menentang pasukan Setan Merah pada malam tadi , bagi saya Enrique dan Downing telah menjalankan tugas mereka sebaik yang mungkin. Malahan lebih dari apa yang saya jangkakan. Hantaran pendek satu dua, Through ball pantas, Chip pendek, Menggelecek lawan dan Cross² yang agak menarik ke dalam kotak penalti lawan. Terserlah kombinasi mereka berdua semakin menjadi cuma ketiadaan Andy Carroll sukar untuk mereka mencari target man. Dengan Suarez di kawal ketat dan Kuyt sedikit ke belakang di tambah pula dengan aksi agak cemerlang "one man team" -De Gea. Jelmaan goal yang di cari tidak juga muncul.

Namun apa yang menarik bagi saya adalah keserasian Downing dan Enrique adalah di tahap yang terbaekk pada perlawanan tersebut. Tidak hairan mengapa King Kenny tidak mengeluarkan Downing untuk digantikan dengan Craig Bellamy. Kerana Downing deserve untuk bermain sehingga tamat.. biarpun saya mengharapkan sesuatu dari Bellamy ketika pasukan Setan menyamakan kedudukan dengan jaringan Mr. Potato.

Jadi keputusan 1-1 di Anfield muktamad dan diharapkan Downing dan Enrique dapat meneruskan rentak permainan menarik sebegini kerana itu apa yang sering ingin kita lihat. Good Combo.. Pujian juga harus diberi untuk pemain² yang lain...

*Pass & move, Liverpool way yang ingin dibawa kembali oleh King Kenny, perlahan² kian berhasil.. Keep the faith.. IKKWT...


YNWA~~~

LIVERPOOL 1-1 MAN U



Tengok barisan Man U saya agak hairan, kerana tiada Rooney, Cicakrito dan Nani dalam skuad utama dan mereka masukkan Jones ditengah. Dalam hati saya amat konfiden yang pasukan kita boleh menang selesa, kerana Tok Fergie main bertahan sejak awal permainan. Tapi sayang Kenny pula main 5 pemain tengah dan letakkan Suarez keseorangan. Nampak macam jauh sangat dia nak terima dan mainkan bola bila berada dalam kedudukan serangan.

Separuh pertama agak muram, walaupun pasukan kita mengguguli permaianan. Nampak serangan berat sebelah kiri. Downing dan Enrique nampak mantap tapi mereka agak susah melepasi Smailing. Peluang pertama yang dimiliki pasukan kita bilamana Adam merembat dan bola sangkut dipertahanan Man U, Suarez merampas bola namun rembatan beliau ditampan De Gea. De Gea sekali lagi jadi penyelamat apabila berjaya tepis sepakan percuma Adam.

Separuh kedua masih dengan barisan yang sama. Namun Liverpool macam biasa mengasak dan terus mengasak. Gol yang dicari tiba apabila Adam melakukan larian solo ala Maradona dan dibentes Ferdinand. Sepatutnya Rio kena kad merah tapi pengadil takut nak beri mungkin sebab Tok Alex dok jegil mata kat luar. Sepakan percuma Gerrard adalah kerana Giggs yang amat ketakukan bila bola meluru kearah telur beliau dengan kadaran 180km/j.

Mendaului dengan gol Gerard, pasukan kita dah mula main lengai. Tok Alex telah buat penukaran dan masukkan Rooney, Cicakrito dan Nani untuk kasi sengat bek kita yang agak riles sebelum ini. Tak sempat menyempat, Cikcakrito menghasilkan gol akibat kealpaan pertahanan mengawal beliau. Memang cicak koben punya budak. Tapi saya nampak Skrtel terlalu tumpu untuk ikut pemain lawan hingga ada ruang untuk dimaipulasi lawan.

Liverpool tidak putusa asa, apabila Kuyt berjaya melakukan rembatan hasil lorongan cantik Downing, namun De Gea memang kool dan mantap menepis. Henderson yang masuk menggantikan Lucas telah melakukan voli cantik, tapi malam ini adalah malam keramat De Gea yang terbang ala superman menepis bola lambung itu. Dan peluang disaat akhir dipersia-siakan oleh Skrtel yang merembat tinggi keudara macam pemain Rugbi pula.

Kesimpulan yang kita dapat ialah pemain serangan gagal sempurnakan gol dan bek kita masih kurang kemas. Inilah punca kita masih lagi belum mencapai tahap untuk menjadi juara. Nasib dan keputusan pengadil juga menjadi asbab sampingan kerana kalau Ferdinand dibuang padang selepas mejatuhkan Adam mungin nasib Man U macam Everton kot. Lagipun badi kad merah Everton sebelum ini menjadi pengadil risau buat keputusan yang silap walaupun ianya patut.

Namun saya memang tak puashati dengan Evra yang menuduh Suarez menghina beliau dengan ucapan rasis. Evra sebelum ini dah 2 kali membuat tuduhan tapi kedua-duanya kantoi. Zaman sekarang bukan zaman Klu Klax Klan lagi, berlambak omputih kawen dengan Negro benda rasis-masis ni semua orang tak layan. Lagipun ramai rakan Suarez berketurunan negro seperti Pereira dan Rios dalam skuad Uruguay tak ada pun mereka komplen pasal rasis. Pi mampuih la Evra.

Oct 13, 2011

LIVERPOOL LAWAN MAN U



Memang jadi kepuasan bagi peminat jika pasukan kita boleh menibai pasukan Setan Merah walaupun kita tak mampu nak menang liga. Kita memang berpijak pada bumi yang nyata bahawa pasukan kita masih jauh ketinggalan dari segi kualiti pemain dan juga fulus yang kurang. Sebab itulah Ian Ayre buka cerita yang Liverpool berura-ura mahu ikut tren di La Liga sebagaimana Real dan Barca perolehi ongkos berganda-ganda akibat penjualan perlawanan langsung secara sendiri.

Namun jika kita petik mutiara kata Ayahanda Shankly, perbuatan tersebut adalah diluar rona-rona etika kontrak sosial kerana bolasepak adalah hiburan kepada marhaen dan bukannya kepentingan uang semata-mata. Sebenarnya salah satu pasukan yang tamak sejak diawal penubuhan Liga Perdana Inggeris, 1992 ialah Man U. Merekalah yang telah mengeluarkan ciri-ciri kemarhaenan bolasepak dan menjadi kelab tamak. Sejak Rupert Murdoch dari SkyTV beli siaran langsung EPL, Man U dapat durian runtuh dan makan ufti itu untuk kuatkan pasukan serta memonopoli pasaran pemain.

Minggu sepanjang perlawanan antarabangsa adalah minggu rehat bagi para blogger Liverpool, tapi bagi pemain harapan kita Luis Suarez tiada istilah rehat baginya. Kenapa saya fokuskan kepada beliau, sebabnya dalam pertembungan dengan Man U sebelum ini Suarez adalah pemusnah Setan Merah. Hatrik Kuyt semuanya kredit dan gerakan licik Suarez. Saya tak pasti Suarez akan diturunkan sepenuh masa, tapi impak beliau akan menentukan rentak serangan kita. Hebat atau hampeh Suarez akan jadi satu faktor penentuan dalam keputusan itu nanti. Disamping itu Carroll pasti diturunkan sepenuh masa kerana dia perlu diberikan peluang setelah kembali menjaringkan gol sebelum ini.

Saya duga kapten Gerrard akan diberikan peranan utama menentang Man U. Dia dah cukup masa untuk rehat dan mampu bermain baik dalam 2 perlawanan terdahulu walaupun banyak karat yang perlu dibuang. Walaupun serangan perlu diperhebatkan untuk kemenangan namun tempo dan penguasan bola ditengah perlu konsisten dan agresif, dan disinilah betapa pentingnya gandingan Gerrard dan Lucas untuk memandulkan pemain tengah Man U. Pemain sayap seperti Downing dan Kuyt perlu diletakkan kerana mereka cukup luas pengalaman dan konsisten sebelum ini. Lagipun serangan Man U banyak berfokus dibahagian sayap, jadi Kuyt dan Downing dapat turun membantu pertahanan.

Fokus utama bagaimana bek kita bakal menghadapi kelibat Rooney dan Hernandez minggu ini. Carragher dan Skrtel bakal mendapat ujian getir kerana pada perlawanan sebelum ini mereka banyak kali bocor. Pengalaman Carragher dan gaya agresif Skrtel adalah kekuatan kita, namun ketidak pantasan Carragher dan kegopohan Skrtel juga adalah boleh jadi punca pasukan akan mendapat musibat. Hanya satu cara mudah yang dapat menjadikan pertahanan kita kebal ialah tidak membuat kesilapan atau mencari pasal dengan melakukan kesalahan samada memberikan penalti atau sepakan percuma kepada lawan.

Tak perlulah semua peminat nak harap kita boleh ulangi kemenangan 3-1 sebelum ini, kerana Tok Fergie amat licik orangnya. Dia mungkin dah buat kerja rumah sebaik mungkin untuk berikan tentangan hebat minggu ini. Namun diharap Kenny dapat turunkan barisan terbaik dengan taktik mantap untuk memberikan kemenangan dengan sedaya upaya. Mungkin kali ini tiada lagi pesta gol dan perlawnanan lebih berhati-hati, namun pembaca boleh meneka dengan sebaik mungkin untuk memberikan saingan kepada Mat Skema yang tak jauh mana mata dalam carta peraduan teka keputusan. Ayuh laksanakan tugas anda. YNWA





Oct 10, 2011

SUAREZ TERBAIK MINNGU INI



Suarez mencuri tumpuan dengan gol awal Uruguay. Walaupun memang selesa 4-2, tapi permainan tak berapa cun disebabkan padang basah.

Oct 3, 2011

AKSI ENRIQUE LAWAN EVERTON



Akhirnya setelah sekian lama mencari pemain hebat disebelah pertahanan kiri, Liverpool amat bertuah apabila berjaya membeli pemain hebat dengan harga diskaun dari Newcastle. Kita dah buang masa dengan Dossena, Konchesky, Insua, malah Aurelio (kerap cedera walaupun bagus) untuk menjadi bek kiri yang boleh diharap, tapi mereka semua memang tak mencapai tahap yang diinginkan.

Walaupun Lucas Leiva dapat anugerah pemain terbaik semasa lawan Toffees, tapi ramai peminat amat teruja dengan aksi Enrique yang kebal bertahan dan mantap menyerang. Boleh dikatakan dia jaga 2 orang pemain Everton sekaligus. Hibbert dan Coleman tak dapat nak asak disebelah kiri kita yang selalunya jadi lubuk banyak musim sebelum ini. Harap Enrique meneruskan persembahan konsistan dan memberi tunjuk ajar kepada Robinson yang menjadi pembantu beliau musim ini. Layan klip dibawah.


Oct 2, 2011

Dari kaca mata (Kota Mersey)

(Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan ‘Veteran Selangor’ yang mengatasi Veteran Singapura dengan jaringan 3-1. Dollah Salleh, Anuar Abu Bakar, Zainal Abidin Hassan, Shahrin Majid, Azlan Johar, Sanba, P. Maniam dan lagenda lain. Sangat seronok biarpun mereka tidak bermain pantas, namun magik mereka seakan masih ada dengan permainan satu-dua, triangle dan kesefahaman yang menarik. Skill orang lama. Superb.. Selangor + Jason Mcateer vs Singapura - no komen.. good game..)

Ayoh mula.. Saya percaya para penyokong tegar Liverpool pastinya sudah mengetahui result perlawanan Merseyside Derby yang pertama pada season ini di mana kemenangan berpihak kepada pasukan kesayangan kita dengan jumlah jaringan 2 goal tanpa balas. Pada entri ‘Dari kaca mata’ sebelum ini, begitu ramai pendekar² tanpa nama yang rancak menghunus keluar keris dan pedang kilatan tanda tidak setuju dengan langkah saya yang kononnya mempertahankan tindakan King Kenny yang kononnya seratus peratus SALAH.. Maafkan saya kiranya saya tersilap dalam penulisan saya itu wahai Hang² Pendekar semua.. Bukanlah saja² saya mempertahankan tindakan King Kenny. Namun ianya hanyalah kerana tanda sokongan saya ke atas Liverpool FC. Benar ada juga tanda kecewa atas beberapa tindakan King Kenny yang tidak kena dan mendatangkan rasa hairan saya. Namun mungkin King Kenny dan pihak pengurusan dan kejurulatihan ada sebab ke atas tindakan mereka. Hanya Tuhan dan juga mereka yang tahu. Dan saya hanya berkongsikan perasaan positive dan negative saya sahaja.(Mungkin tidak menjadi isu jika lebih banyak negative.. haha..) Percayalah rakan².. saya lebih suka berfikir lebih positive.. that’s all.. ok.. enough with this…

Review perlawanan telah pun di post pada entry sebelum ini oleh saudara ‘Tokeysiber’. Saya bersetuju dengan beliau bahawa kemenangan tersebut adalah susulan nasib ataupun ‘LUCK’ yang menyebelahi kita. Namun disebalik luck tersebut saya rasa ternyata pasukan kita berhak menang (mengambil kira kemasukan El Capitano-Stevie G dan juga Craig Bellamy) Setelah kemasukan Stevie G dan Bellamy ball control REDS seaakan² berubah mengikut acuan REDS yang sebenar. Stevie G kembali mengawal kawasan tengah padang dan Bellamy bertindak cemerlang membantu barisan serangan di bahagian sebelah kiri. Dan tindakan King Kenny membiarkan kedua² penyerang Suarez dan Carroll di barisan hadapan ternyata berkesan. Alasan saya kerana serangan REDS akan sering bertukar², tidak hanya dengan bola grounder dengan menggunakan Suarez malah bertukar² dengan bola tinggi mencari Andy Carroll sebagai target. Benar, Andy Carroll hanya menunggu hantaran yang kemas tiba pada beliau, Namun pada saya ianya berbaloi dengan jaringan yang pada saya cukup kemas untuk mendahului pasukan Toffees. Saya amat mengharapkan pasukan inilah yang akan menjadi nadi kepada kebangkitan Liverpool pada musim ini.

Untuk kesebelasan utama pula saya rasa Jose Enrique masih lagi pemain terbaik REDS mengenepikan Luis Suarez. Disiplin yang cukup tinggi bertambah dengan skill yang diperolehi beliau mematahkan banyak serangan Toffees yang datang dari arah beliau. Lucas sebagai holding midfielder. Tugas yang diambilalih dari Javier Mascherano semenjak Masch keluar berkelana ke Catalan.one word.Class. Lucas yang dahulunya zero kini menjadi penghuni kekal di posisi tersebut. Kelly ,Carra, dan Skrtel juga tidak banyak diuji berikutan kekurangan pemain “pasukan Biru”. Dan di sebalik penalty yang berjaya ditampan oleh Tim Howard, Kuyt aka Mr.Duracell masih menarik minat saya dengan kerajinan beliau terus berlari mengejar dan meminta bola biarpun mengakui dirinya tampak kekurangan skill yang boleh menewaskan pihak lawan. Namun larian² serta pengalaman beliau amat diperlukan membantu kemenangan REDS.

Beberapa perkara negative dapat juga saya lihat sepanjang perlawanan tersebut sebagai contoh kekurangan kesefahaman pada babak pertama. Sangat tidak tersusun. Seolah² Toffees masih dapat bersaing di kawasan tengah padang biarpun selepas kekurangan seorang pemain. Passing yang kadangkala masih lagi tidak tepat. Afro-Fellaini, Coleman, Osman, Saha dan Tim Cahill masih lagi dapat bermain seperti biasa sedangkan mereka kehilangan seorang pemain dibantu oleh Baines dan Jagielka. Seakan² REDS tidak mengambil kesempatan di atas kelebihan tersebut. Perkara ini perlu dititikberatkan oleh King Kenny dan Jurulatih lain. Kerana kita tidak akan selalu bernasib baik. Kembalinya Stevie G di barisan tengah bagi saya hanya menyuntik semangat para pemain dalam pasukan. Bukanlah berharap kepada Stevie G untuk menyelesaikan semua permasalahan di bahagian yang kini sedang “dilanda derita” itu.

Bagi kes Andy Carroll pula saya seakan berada diatas pagar bukanlah permainan beliau tidak menarik langsung. Beliau turut membantu menerima hantaran bola tinggi. Sebagai ‘Target Man’ seterusnya membantu bagi mencipta jaringan. Benar – Beliau perlukan hantaran bola kemas dan tepat ke arah beliau. Tandukan beliau juga semakin menarik. Tepat ke arah gol lawan. Hanya jaringan sahaja masih belum jumpa. Namun di sebaliknya pula. Beliau diharap mampu meningkatkan mutu permainan nya bagi menempuh perlawanan yang pantas. Kerana saya rasa jika hanya disebabkan beliau permainan bertukar menjadi sedikit perlahan pasti barisan pertahanan pihak lawan akan kembali pantas turun untuk berkubu di kawasan pertahanan mereka. Dan juga kiranya beliau berdepan dengan pasukan yang memiliki pertahanan tinggi bersaiz lebih besar darinya beliau mungkin tidak dapat mengatasi asakan jika kurang pantas. Dan di sini saya berharap King Kenny dan Jurulatih lain bijak mengatur strategi bagi menyesuaikan permainan mengikut pasukan yang bakal dilawan. IKKWT...

Akhir kata mengkritik bukan membenci tapi haruslah membina hendaknya… Memuji bukan memuja namun biarlah kena pada caranya… Maki hamun tahap dewa.. hmm.. bukan saya.. sikit² marah jadilah.. Believe…!!!!!


*(My First 11 vs Man U – Reina, Carra, Skrtel, Enrique, Kelly, Lucas, Stevie G, Bellamy , Kuyt, Suarez, Carroll) <---- Hopefully.. King Kenny know the best… =)



masih MERAH dan akan kekal MERAH~~~
YNWA~~~

Oct 1, 2011

LIVERPOOL 2-0 EVERTON



Bagi saya pasukan kita amat bertuah kali ini. Ucapan terima kasih patut diucapkan kepada Encik Artkinson, pengadil malam ini. Jika lihat sepintas lalu mungkin sang pengadil nampak adil, tapi bila ulang tayang gerak perlahan, Rodwell tak patut dibuang padang dan paling berat mungkin kad kuning. Bukan saya simpati kepada mereka, tapi kalau itu terjadi kepada Adam atau Lucas pasti kita pun bising betul tak.

Bermain dengan 10 orang amat menyeksakan buat Everton dan pasukan kita tak ambil kesempatan atas bala yang menimpa Everton itu samapi separuh masa pertama. Suarez yang menjadi duri dalam daging kepada Eveton sekali lagi memberikan paku buah keras apabila beliau dibentes Jagielka dan penalti pun dapat. Tapi sayang Kuyt kurang cermat dan tendangan beliau ditepis Howard. Dah 2 kali musim ini kita kantoi bubuh penalti. Adam nyaris buat gol apabila tembakan beliau terkena palang.

Separuh kedua nampak pasukan kita masih lengai dan ralit. Kenny seakan mendengar bisikan hati saya yang Liverpool perlu suntikan ubat kuat untuk sedarkan pasukan kita yang masih berhati-hati padahal Everton memang dah cacat. Kemasukan Gerrard dan Bellamy menggantikan Adam dan Downing kena pada masanya. Kemasukan Gerrard telah menambah keberkesanan pasukan dengan permainan lebih teratur, dinamik dan kesabaran tanpa terburu-buru nak redah. Pengalaman dan kelicikan Bellamy memang faktor betapa uniknya pemain ketot ini.

Gol pertama bermula dari gerakan Bellamy yang melepaskan hantaran kepada Enrique yang melakukan larian dari bawah. Lorongan Enrique kepada Kuyt disambut dengan tipu muslihat apabila Kuyt membadutkan diri dan Carroll yang berada dibelakang merembat tak ingat untuk gol pertama Liverpool dan gol sulung peribadi beliau musim ini. Gol kedua bagi saya adalah amat bodoh dalam sejarah dan sekali lagi dibantu pengadil. Suarez yang telah terkantoi bola setelah membuat larian dari luar kotak, menolak Baines dan Baines pula merempuh Distin. Dan sambil melatah Distin menyepak bola lemah kearah Suarez. Dan Suarez gembira menyudahkan gol saguhati dengan ucapan terimakasih.

Kedatangan Capello bagi saya bukan nak tengok Carroll, Downing atau Kelly, tapi dia ada niat buruk nak ushar prestasi kapten Gerrard. Pergi mampuslah Capello, selagi Gerarrd tak main 5 perlawanan berturut-turut jangan dok buat memandai nak serap kapten kami dalam skuad England. Dia kerap cedera sebab kem perubatan England tak dengar cakap kem Liverpool, bahawa Gerrard hanya perlu main dalam sihat waal-afiaat, barulah faedah dan manafaat dapat diperolehi dari kederat pemain terhebat Eangland itu.

Kesimpulan malam ini adalah pasukan kita serba mengena dari mutu permainan, bantuan pengadil, taktik dan pertukaran pemain. Kesemua pemain bermain dengan semangat berpasukan yang jitu walaupun agak berhati-hati. Memang kita wajar memang , namun saya harap kita tak alpa dengan kemenangan sensai malam ini. Cabaran getir minggu depan lebih mencabar apabila menunggu kedatangan Syaitan Merah. Harap momentum kemenangan dapat diteruskan untuk merejam Syaitan yang kian tak boleh belah kerana kecederaan Rooney. Tahniah semua. YNWA.


szólj hozzá: E0-2L





Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails