Saya ada nampak Moyes di Ewood Park ketika lawan Blackburn. Nampaknya dia sedang skodeng pasukan kita dan cari titik kelemahan. Mungkin pada masa sekarang dia sedang bertungkus lumus mencari formula untuk melakukan kejutan setelah pasukan mereka terkulai layu 3-0 sebelum ini ditangan anak buah Kenny. Namun sedikit ambisi buat The Toffees kerana pasukan mereka bermain baik dengan membelasah 4-0 Sunderland.
Dipihak kita saya rasa kembalinya Johnson dan Agger bakal menguatkan kembali benteng pertahanan yang rapuh bak keropok lekor Ganu. Malah paling teruja dengan permainan Agger yang memberikan impak serta-merta untuk pasukan kita beraksi baik melawan Blackburn. Saya nampak Agger ada ciri kepimpinan dan musim depan baik lantik dia sebagai pembantu Kapten. Kerana Flanagan dah jadi biol semenjak dua menjak ini, lega rasanya Johnson kembali bertugas.
Kalau nak menang perlawanan dengan Everton pemain tengah perlu agresif dan jangan biarkan Everton bermaharajalela macam diorang buat kat Sunderland. Saya ingat Trio, Shelvey, Gerrard dan Spearing perlu bermain bersama dan Henderson direhatkan dulu. Dibahagian sayap saya yakin Downing akan bermain dulu dan Maxi simpanan dan pilihan samada Kuyt atau Bellamy dikanan. Tapi kalau ikutkan prestasi saya nak Maxi dan Bellamy main untuk membantu Carroll dan Suarez.
Yang nie kene menang nih.
ReplyDelete---------Jones--------
Glen--Skrtel--Agger--Enrique
-----Gerrard--Spearo-----
Bellamy---Jonjo-----Maximum
------Luis Suarez--------
Harap2 permainan buruk EPL x bawak sampai ke dlm game nih.
-pokdin
setuju ngan pokdin.
ReplyDeletegandingan terkuat pada pandangan aku.
Satu lagi , Raheem mesti ada kat bench !!! Nak tengok lagi dia maen huaaaaaa
ReplyDeleteaku tak tau mcm mana nak susun, tapi dah banyak kali terbukti gandingan antara maxi, belamy, suarez memang handsome walaupon muka tak handsome mcm pencurang jambu....
ReplyDeletemaxi pada aku bukanlah hebat sgt pon...
tapi rasanya dia adalah jigsaw puzzle yang selama ni tertinggal dlm team...fox in the box...ini punya instinct hanya org tertentu saja ada...entah ilmu apa dia pakai padahal dia bukanya striker...gol tak perlu lawa tab bola sudah..ini yang patut suarez belajar cepat cepat sebelum maxi blah atau besara...
cuma masalahnya dia bukan pemain yang bermain 90 minit, satu satu time dia tiba tiba hilang entah kemana, ini yang dalglish kene pandai pandai fikirlah time mana mau letak dia separuh masa pertama atau kedua
atau tak turun langsong untuk game ni.....