Enrique goli bidan terjun |
Sebenarnya nak tulis kasi pedas sikit, tapi nak jaga hati PEMINAT SEBENAR takut mereka terasa hati biarlah saya tulis bagi enak sedikit. Sebenarnya musim Liverpool dah berakhir sejak kita menang Piala Donald Duck sebelum ini. Semua pemain dah joli awal sejak kemenangan itu dan setelah nampak peluang ke perlawanan akhir Piala FA , fokus terus kepada perlawanan itu. Al maklumlah tiket automatik ke Piala Europa dah dapat, apa lagi nak heran pasal Liga Perdana pergi mampus lah.
Sebab itulah saya nampak Kenny macam dah tak boleh kawal perasaan sesetengah pemain dalam pelbagai hal. Kesemua penyakit yang boleh merosakkan pasukan dah makin lama makin berkudis. Main sambil tak bersemangat, pandang remeh lawan yang cikai, tak dapat kawal emosi bila tercabar dan paling saya nampak sejak akhir ini adalah main sambil lewa. Itu bab pemain kerana pencapaian buruk pasukan sekarang hampir diletakkan kebahu mereka 100 peratus. Itu yang sebilangan besar peminat nampak padahal sebilangan kecil peminat berhaluan kiri, nampak ada faktor lain yang membuatkan pasukan dalam keadaan lemah sebegini.
Bagi saya kekalahan kepada Newcastle memang boleh dijangka, cuma dalam hati peminat berbelah bagi. Nak cakap pasukan bakal kalah takut peminat lain cakap kita tak setialah, peminat plastiklah, terlalu negatiflah dan macam-macam lagi. Padahal kenyataannya bila kita tengok sendiri tanpa prejudis dan emosi, pasukan kita dah undur kebelakang dengan kesilapan teknikal diawal musim. Nak ulang-ulang nanti orang lain bosan pula, namun sesungguhnya penjualan Meireles dan pembelian Carroll lagi dan lepas tu kemasukan geng British lagi 3 ekor dah makan tuan. Mahu tak mahu, bila bagi mereka main jadi tak menjadi mereka kena terima akibat dari pembelian itu.
Kita tengok pemain Newcastle yang dibawa musim dan sebelumnya ini seperti Tiote, Cabaye, Demba Ba, Ben Arfa, Krul dan paling tak disangka Papis Cisse dibeli dengan harga diskaun tapi berganda bagus dari apa yang kita ada sekarang. Apa barang pemain British, padahal Newcatle tak risau nak bagi pemain akademi main untuk tampung kuota pemain Biritish. Itulah konsep yang betul, bukan beli setakat tengok pencapaian bersama kelab terdahulu, tapi perlukan rombakan drastik dan hancurkan sistem permainan dah Ok dengan skuad musim lepas. Sepatutnya beli pemain yang boleh ikut spesifikasi musim lepas bukannya beli untuk buat eksperimen.
Keputusan 2-0 memang tak terlalu kejam untuk kita hadam. Kalau kita sedar diri dengan keadaan pasukan pasrah mengalah dan tunduk kelu dibuatnya. Memang betul ada pertikaian macam bola kena tangan pemain NUFC yang sepatutnya pengadil wajib bagi penalti, tapi kita bukan Man U yang terlalu dikasihi pengadil. Peluang Carroll untuk bubuh gol terbaik dan dua tiga kali, tapi insiden dia menjatuhkan badan untuk dapat penalti memang tak pro langsung. Mungkin dia tak perati betul-betul teknik C.Ronaldo atau Robben tipu pengadil. Namun Pardew macam pengurus lain rajin buat kerja rumah, dan ambil kesempatan kelemahan Liverpool dengan melakukan serangan kilat dengan memanipulasi serangan udara yang menjadi taboo pasukan kita musim ini.
Banyak sangat dah tulis ini, letih dan masih kecewa nak meluahkan semua kerana memang tak tergambar melalui penulisan. Cuma Liverpool sedang membuat sejarah. Sejarah terburuk hampir 60 tahun bakal dilakar , cuma tunggu dan lihat. Prestasi menjulang Piala Carling tidak menunjukkan KPI sebenar pasukan. Secara konsisten peminat yang berambisi besar macam saya dan sebilangan kecil yang dicop berhaluan kiri, mahukan pasukan kita lebih baik dari musim lepas. Walaupun apa jua alasan pelaburan lebih 100 juta pound mesti ada pulangan, bukan sahaja dari medal tapi kesemua aspek yakini persembahan konsisten bukan flip-flop. Alang-alang nasik dah jadi moi, kita pasrah dan akur dan harapkan sila fokus Piala FA dengan bersungguh-sungguh.
aku suka.jujur.betul2 true.pada yg takleh terima boleh pegi mam....
ReplyDelete-johey
aku pon setuju, tapi nak buat cam ner kita kene stick ngan kayu mati yang ada tu sampai akhir musim ni,
ReplyDeletetang player british tu pon aku setuju, aku rasa team mcm liverpool terlalu memandang rendah keupayaan akademi dia sendiri, padahal koata tu senang senang disisi ngan player muda liverpool, yg sedia ada...dan aku tak risau langsong kalau diaorang diturunkan sebagai kesebelasan utama berbanding bergantong dengan player mcm handerson ngan Carrol lagi heheh
kelly, spearing, sterling, jonjo, flanagan, robinson...apa ni semua bukan player british apa? Aku tgk team lain tak sibuk pon pasai polisi ni...Liverpool ajer yang mengelabah beli player british...hermmmm muskil...
aku rasa nak beli player pon nak tgk tahap IQ dia cam ner...aku sejak tgk voronin aku dah meluat dengan pemain bertocang,dan ternyata Carrol sama bengap dengan Voronin...kalau aku manager dah lama aku suh potong!
buat masa ni aku memang pening dengan formation yang digunakan Dalglish... Dia benar benar ada masalah dengan maxi yang aku kira mungkin sebenarnya jawapan pada masalah Liverpool buat masa ni...
aku nampak keserasian antara suarez, maxi dan bellamy bila bermain bersama, masalahnya mereka tak diturunkan serentak lebih malang maxi yang tak diberi kesempatan langsong sian dia...
lagi satu aku tgk reina dah betul2 mcm tak nak main lagi dah, mungkin dia dah penat asik diturunkan jer..kesilapan Liverpool sedang dihukum satu persatu...kali ni kita dah terpaksa bergantung dengan keeper tangkap muat liverpool,
tapi tak per lah, sebenarnya aku dah lama besabar dengan reina, aku berani kata gol bolos liverpool utk tiga game terdahulu kalau keeper lain senang senang save, apa yang dia fikir sebelum gol tu,mungkin dia harapkan sgt defander fight bola tu...baik bagi skertel jadi keeper jer...kalau perasan tak ada try nak dive pon... betul2 memusykilkan
mungkin doni pon teruk tapi sekurang2nya kita mencuba sesuatu...
pendek kata kalau nak berjaya musim depan, sekali lagi liverpool perlu dirombak secara besar besaran...
ahhh cukuplah tu aku pon tension ni.....
reina mmg hampeh geram aku tgk..buang reina amek vorm free tramsfer
Deletebetul2 sedih skg...aku still percaya kenny...cuma harap2 musim ni berakhir cepat dan dia tuka falsafah dan baiki kesilapan dia...peminat pun ada pendapat masing2 gak...huahuahua...
ReplyDeleteGol Cisse kedua offside teruk kot !
ReplyDeleteDalglish patut mainkan pemain2 muda atau sekurang-kurangnya letak depa di bangku ! Suso dan Sterling memang perlu main atau depa mungkin blah gitu ja ! Aku rela tengok Dalglish blah dari depa .. Musim yg paling terok lbeyh dri 20 tahun
hmmm..salah pmain british yg kita beli. kenny dah beli mengikut statistik permainan mereka tapi mereka tak boleh main ikut kemampuan dahulu. AGGER,LUCAS..manelah korang pergi lame sangat weh.. penat tgk defend tgh wat lawak skg nie..
ReplyDeleteDah agak kalah & dh agak memang kecewa kalo tgk game nih..
ReplyDeleteSiap kene kutuk ngn member lg..
Dah la kalah 2-0, Carrol x perform (Torres pn dh star perform dh), Reina kene kad pastu team liverpool jd bahan lawak sebab dh tukar 3 player and siap kene gunakan 1 of defender jd backup keeper. Tambah teruk, everton dh berada di atas Liverpool tanpa belanja hampir 100juta.
-pokdin