Kalau nak tahu Stadium Anfield mulanya berkapasiti 60,000 termasuk teres, tapi dek kerana politik sempena tragedi Hillborough, suruhanjaya Taylor telah memaksa Liverpool menurunkan kapasiti sekadar 45,000 kerana faktor keselamatan. Padahal dah berkurun dok lanyak stadium tu tak jadi apa pun kerana Anfield antara stadium yang mempunyai kawalan keselamatan terbaik di England dan di Eropah amnya walaupun tak sebesar Old Trafford (75,000). Jadi tekanan inilah yang membuatkan ekonomi LFC jadi parah dan kurang 20-25 % dek kerana hasil penjualan tiket. Sebab itu ramai jangan hairan kenapa kelab sehebat ini boleh lenyap dari kuasa besar Eropah sebegitu sahaja.
Yang terbaru kes Suarez-Evra juga adalah konspirasi
Man U - FA. Saya awal-awal lagi dah ulas dalam entri musim lepas yang
Liverpool patut lawan kes ini dengan cara perundangan bukan dengan pakai
t-shirt solidariti sahaja. Lawan tetap lawan kerana Suarez perlu naik
mahkamah luar bukannya mahkamah pondok2 Persatuan Bolasepak Inggeris
yang sebiji macam FAM. Insiden Evra memang berat sebelah kerana FA hanya
dengar sebelah pihak tanpa pembuktian lain selain pembuktian lisan
tertuduh dan penuduh. Ini sarkas punya hakim kerana David Gill selaku
CEO Setan Merah ada dalam Ahli Majlis Tertinggi pembuat keputusan FA.
Walaupun dibuli sekian lama oleh UEFA, FA England,
Liverpool masih berupaya kekal sebagai pasukan yang digeruni lawan
walaupun status dan kehebatan dulu tak mampu dikembalikan sekelip mata
sehinggalah kita kembli menjadi Juara eropah 2005.. Keluarga Moores
melakukan kesilapan besar dengan menjual Liverpool kepada penyangak
Amerika Tom dan Hicks dan revolusi kebangkitan Liverpool selepas era
Rafalution terkubur dek kerana permainan politik dan agenda kapitalis
malaun Ameriak dua ekor itu. Projek Rafa hampir berjaya pada 2008/09.
Tapi kerana kesilapan Rafa ditambah pula kebebalan pemilik ketika itu
yang main wayang janji nak bagi itu ini macam YB sebelum pilihanaraya,
Liverpool pasrah kejuaraan terlepas kepada Setan Merah.
Dengan combo terbaik pemilik yang wasatiyah serta
pengurus muda berbakat diharap Liverpool dapat mengembalikan zaman
kegemilangan dahulu. Biar kita merasa kembali rasanya bagaimana Atok
Shankly dengan susah payah membangunkan LIverpool ditengah padang
disamping pemilik terdahulu Empayar Dinasti Smith. Buat peminat
Liverpool yang otai ataupun baru yang fanatik mahupun plastik, meminati
Liverpool sepatutnya kena menghayati sejarah kerana Liverpool adalah
cerita bolasepak yang penuh suka dan banyak juga duka lara. Malah
berjuang bukan sahaja dalam padang namun solidariti Liverpool menentang
politik yang penuh pembulian, penipuan dan manipulasi sebagaimana
cerekarama Hillborough 23 tahun lampau. Liverpool telah mengajar kita
politik ada dimana-mana.
Semoga The Red akan menemui sentuhan kelab yg digeruni didunia semula.. -Reds Forever-
ReplyDeleteartical ini kembalikan semanagt saya bro. bring back rafa rafa rafa rafa!!!!!!!!
ReplyDeletekumar the reds
tunggu bln januari apa keputusan
ReplyDelete