Ilustrasi diatas mungkin pendapat peribadi dan masih boleh didebat . Secara tegas saya rasa kita masih perlukan Bidan Terjun (Super-Sub) dalam posisi serangan. Antara opsyen terbaik ialah Kevin Gameiro kerana beliau sama posisi tapi tak serupa dengan Sturridge, walaupun fizikal sama macam Suarez. Namun apakan daya PSG tak bagi pinjam Gamiero. Jadi dengan kembalinya Borini nampak gayanya tiada lagi pembelian untuk serangan kecuali diakhir pintu perpindahan. Setakat ini saya rasa pemain serangan perlu kualiti bukan kuantiti, kalau boleh beli seorang lagi pemain berkaliber dan sama kualiti dengan Sturridge tapi mana nak dapat bang oi.
Dibahagian tengah nampak macam cun sangat namun bekap Lucas perlu dicari namun tak terlalu penting sangat walaupun Henderson dan Allen tak mampu main setenang Lucas. Oleh kerana pinjaman Sahin disingkatkan, keperluan membeli pemain tengah berstatus perancang telah menjadi keperluan. Liverpool dah berusaha untuk mendapat pemain impian gem bola PES dan FIFA, Wesley Sneijder tapi ketamakan pemain itu atau kemut duit pihak FSG membuatkan lejen Belanda itu membawa diri ke Turki menyarung jersi Galastasaray. Pilihan untuk mendapatkan alternatif ada tapi mengejar budak lembik Brazil, Coutinho dari Inter buang karan, bukan kerana mahal tapi kita dah ada Suso yang perlu diketengahkan selalu.
Bahagian pertahanan tengah memang mempunyai kepelbagaian dan sangat harmonis dengan kombinasi bek ganas, libero, otai dan anti-pesawat yang ada pada Skrtel, Agger, Carra dan Coates. Bahagian sisi pula dengan ketiadaan Enrique, opsyen Johnson dan Robinson dikiri serta Wisdom dan Flanagan dikanan memuaskan. Namun jika Man City buat gila nak lepaskan Micah Richards, saya rasa kita patut jadi pasukan pertama buru bek idaman pelbagai-guna PES13. Kerana keheroan Jones semalam buat Pepe bangun dari tidur, KIV dulu Marc Stegen sebagai bekap. Tapi kalau bener Barcelona mahukan Pepe untuk ganti Valdes, apakata kita buat M.O.U tukar suka sama suka antara Pepe dan Valdes.
Setakat ini dari segi pemain dah kira Ok. Semua posisi hampir lengkap dengan pemain muda berwawasan dan pemain tua pengalaman melimpah ruah. Reputasi sederhana susah nak tarik pemain bintang macam Holtby dan Villa. Sekarang pemilik LFC dah bantu sekadar mampu (namun masih kemut duit), Brendan kena usaha dengan kombinasi taktikal dan pemain yang ramai sangat muda dari yang berpengalaman. Cabaran ini bakal menentukan jatuh-bangun pasukan sampai akhir musim jika benar sekali tiada pemain lain yang masuk bila pintu perpindahan tamat tengah malam 31 Januari.
Padu..tp yg paling penting konsistensi..
ReplyDeleteKEEP CALM WALK ON...
btol ckp lu bro. . .
ReplyDelete