Ujikaji Yang Gagal |
Tengah malam tadi kita telah melihat satu Ujikaji dari Profesor Buck Rodgers yang meletakkan formula seperti berikut:
1. Formasi 4-2-4
2 Kesebelasan Pelik
3. Taktik serabut
4. Kesefahaman kurang
5. Lemah Fizikal
Dan hasil ujikaji memang menghasilkan keputusan luar jangka. Bungkus dengan pasukan Cap Burung Hantu yang hanya main untuk maruah depan penonton. Pelbagai alasan macam pengadil berat sebelah, padang macam padang ragut, lawan main kotor dan macam-macam lagi adalah tak boleh pakai. Zaman Kenny Dlaglish walaupun beliau tak bermain dengan corak permainan comel, tapi tiada masa nak buat ujikaji memperjudikan peluang untuk dapat trofi.
Kesilapan mutlak ditangan Brendan. Formasi pelik 4-2-4 lawan dengan pasukan fizikal dari Liga Divisyen bawahan adalah satu kerja gila. Kesebelasan pelik ialah membiarkan Henderson dan Allen bergomol dengan pemain tengah Oldham yang lasak macam Komando. Yang paling tak boleh terima ialah pemain sayap berterbangan diatas tanpa membantu bek tepi yang terkapai-kapai kena serang balas.
Taktik memang serabut kerana pasukan kita main ikut rentak Oldham bukan bagi Oldham yang terikut-ikut rentak pasukan kita. Ditambah pula dengan ketidak sefahaman antara sesama bek menghasilkan 3 gol bangang hasil kealpaan 3 Abdul. Gol Pertama untuk anakanda Abdul Skrtel, gol kedua anakanda Abdul Coates dan Gol ketiga anakanda Abdul Robinson punya habuan. Sebab itulah perlunya Abang Long Carragher untuk memaki rakan bek lain untuk bagi sedar dalam mimpi.
Kemasukan Gerrard memang sesuai tapi sepatutnya diantara beliau dan Lucas patut ada dalam kesebelasan utama untuk mengimbangi pasukan yang rata-rata hingusan dan berkarat. Brendan macam lupa perihal Stoke, Aston Villa, WBA dan lain-lain cerekarama sedih yang berlaku kerana mengabaikan aspek kekuatan fizikal dibahagian tengah. Falsafah kejayaan Liverpool sejak zaman Almarhum Tok Wan Shankly hinggalah zaman Dalglish hujung 80an ialah mempunyai pemain tengah bertaraf manusia Super Saiya.
Serius saya cakap, kalau Liverpool tak ambil peluang rampas Moussa Sissoko dari St Ettiene dari tangan Newcastle atau Momo Diame West Ham dari rebutan Spurs, sampai bilapun kita akan kena getah bila Lucas tiada. Betul juga beli Coutinho untuk nampak lebih kreatif, tapi apa mamat Samba itu boleh buat jika menghadapi lawan yang main ganas di Liga Perdana. Pegang bola lebih sikit macam kat Serie A mesti putus kaki kalau tak berwaspada.
Akhir kalam, tiada lagi nak dikejar selain Piala Europa. Jadi bolehlah fokus untuk Arsenal Rabu ini pula.
Aku tengok game nih sedih.
ReplyDeleteKalo la ade 4/5 team mcm nih kat EPL dan Liverpool plak main mcm nih, buat malu je.
1)Main game nih langsung xtenang. Asyik terikut-ikut rentak lawan. Lawan dpt bola, buat counter-attack, pemain Liverpool pn nak buat jgk. Xder dah nak hold dulu bola bagi lama sket, tengok dulu position player2 lain, terus nk buat counter-attack. Skali passing pun barai, tactical hancusss.
2)Tengah lansung xhidup.Sorang yg suka jalan2 (Hendo) tinggalkan midfield. Walaupun aku suka dienyer work rate tapi bkn mcm nie caranya guna.
Sorang lg kecik, pastu lawan plak yg besar. Yg bear cucuk sket2 jek, bola dah terlepas.
3)Defend mak aih. Coates memang slow.Skrtel pn game nih ntah la. Positioning 2 ekor mamat nih hancuss..
Jack Robinson..sorang lg..mcm xreti lagi je nak defend.Sangat x suka tgk die main game nih.
4)Taktikal mengarut Rodgers bajet semua pemain muda dh phm taktikal beliau & xnak turunkan senior Carra ke, Stevie ker. Alamatnya berterabur, xder komunikasi.
-pokdin-
Mcm biasa..
ReplyDeleteKeep calm..walk on...
terbaik blog ni. :)
ReplyDelete