Namun hujung musim lepas Doni telah mengalami serangan jantung selama 30 minit dan nasib baik pulih. Namun pasukan perubatan Liverpool telah melakukan pemeriksaan rapi dan mengesahkan Doni ada risiko serangan masa depan dan mereka menyifatkan bahawa Doni perlu berehat dan pihak pengurusan memberi kebebasan kepada bekas goli Brazil ini untuk gantung but atau meneruskan kerjaya ditempat lain. Ini kes nasib baik Doni main goli, kalau dia main ditengah padang macam Marc-Vivien Foé dah tentu bila-bila masa boleh arwah.
Jadi kawan-kawan diluar saya, walaupun kita kaki bola main futsal sana sini atau main bola petang-petang dengan aktif, namun risiko serangan jantung jangan kita diskaun. Dengan cara hidup tak sihat makan makanan segera, minum air tin dan ditambah dengan isapa rokok kuat dan macam-macam lagi tabiat buruk yang boleh memudaratkan kesihatan, kita kena muhasabah diri demi masa depan yang tersayang. Kita boleh tengok orang yang aktif bersukan pun boleh jalan sebab penyakit yang selalu kena dekat orang yang tak aktif , inikan pula kita yang asyik kerja makan tak tentu siang malam, tanpa beriadah. Jadi amalkan gaya hidup sihat.
No comments:
Post a Comment