Persoalan daripada seorang peminat Liverpool. Mengapa Liverpool tak boleh main macam lawan Swansea tiap-tiap minggu?
Ini perlukan jawapan yang khusus serta mendalam dan banyak perincian yang perlu diketengahkan. Namun saya hanya boleh agak yang faktor kelemahan Swansea adalah paling ketara kerana hampir lebih separuh pemain utama direhatkan dan pemain simpanan mereka memang Gred C atau Cap Ayam. Namun tidak boleh dibuang segala kredit penampilan Coutinho yang memberikan dimensi baru dalam serangan kita. Mungkin saya seorang yang perasan, muka beliau nampak macam lejen German, Michael Ballack.
Kita tengok set formasi via kesebelasan utama. 4 pemain serangan mempunyai kredibiliti serta fungsi masing-masing. Sturridge sebagai penyerang utama mempunyai kekuatan dari segi fizikal, boleh pegang bola, gelecek dan tidak statik yakni berada diman-mana sahaja. Suarez adalah poin utama segala serangan dan dialah paling banyak melakukan gerakan merbahaya dan punca kepada penalti yang menjadi Gol semangat dan pembuka selera kepada lauk itik angsa. Downing macam biasa rajin berlari tanpa tujuan tapi beliau banyak membantu Johnson.
Coutinho bagi saya entiti baru evolusi Liverpool. Saya taknak berikan pujian awal sangat, tapi saya rasa dia adalah versi Suso yang dinaiktaraf. Bukan saya cakap Suso tak bagus, namun Coutinho lebih banyak pengalaman dari Suso kerna bermain dalam kesebelsan utama dalam 2 Liga terbaik di Eropah. Gol sulung beliau lebih kurang macam gol Suarez namun beliau menggunakan kepantasan berbanding Suarez yang mengelirukan bek lawan sebelum menghasilkan gol. Yang penting lepas ini saya nak tengok bagaimana beliau nak hadapi Skuad Ragbi Stoke, kalau lulus saya yakin Coutinho pasti lebih mantap dari Oscar.
Perlawanan dengan WBA hampir sama dengan Swansea jika kita bandingkan dengan jumlah serangan, tapi kita harus ingat WBA main huduh, tapi cerdik dan Swansea main cantik tapi bangang. Jadi kita boleh nampak bagaimana permainan hebat kita takkan kemana jika Brendan Rodgers tak ada perancangan alternatif. Kadang-kadang lawan kita yang cerdik, akan buat kerja rumah dan nampak kelemahan kita yakni tiada pemain yang agresif macam Mascherano, serta pemain yang boleh menangkis serangan diudara macam Hyypia. Kehilangan mereka tanpa gantian adalah antara punca kemerosotan melampau . Itu sebabnya bila lawan pasukan agresif walapun tak sehebat mana, macam bertemu Oldham pasukan kita jadi mandul.
Jadi kesimpulannya jawapan untuk kawan saya itu ialah Liverpool takkan boleh main macam lawan Swansea, QPR, Wigan, Norwich, Sunderland untuk lawan WBA, Stoke, Villa, Oldham kerana setiap lawan mempunyai variasi permaian yang berbeza tetapi masalahnya Liverpool main sama untuk setiap pasukan. Bukan saya cakap Brendan tak bagus, tapi dia kena cerdik dan juga licik walaupun kadang-kadang kena buang sikit falsafah bolasepak ala Barcelona. Sebab itulah orang tua nyanyuk macam Ferguson nampak berjaya sebab dia terlalu masak dengan sepak-terajang Liga Inggeris yang perlukan ramuan berupa kekuatan fizikal dan kebolehan individu. Tapi diarena Eropah, sampai ke lubang kubur Ferguson akan cemburukan kejayaan Liverpool.
the third goal was super amazing YNWA
ReplyDeleteYou'll Never Walk Alone..
ReplyDeleteLiverpool kini satu-satunya pasukan yang mempunyai stail hantaran mirip barcelona. Kalau nasib menyebelahi Liverpool, coutinho dan sturridge boleh menyamai nilai pemain spt suarez malah dengan skuad mcm ni, sgt x mustahil liverpool makin digeruni.
ReplyDeletedan CACIAN DAN MAKIAN selepas ini menunjukkan mereka semakin bimbang!
Kerana musuh kita kini terpaksa bersaing dari segi jumlah gol kerana jelas penguasaan & serangan liverpool sgt ketara. Saya amat positif dgn liverpool walaupun kita mudah dikhianati oleh keputusan perlawanan ketika liverpool di puncak.
YNWA!! YOU'LL NEVER WIN AGAIN is only for our rivals!!!
Admin lama menghilang??..
ReplyDelete