Dalglish keluar Rodgers masuk
Pemecatan Kenny Dalglish memang sudah dijangka. Majoriti pembelian beliau tidak memberikan impak serta merta. Sudah jadi lumrah, setiap pengurus akan diadili dan diberi tanggungjawab jika tidak kena sasaran dengan pelaburan yang diberikan. Walaupun pasukan kita mampu menjulang Piala Liga dan tewas pada Final Piala FA, posisi ke-8 Liga Inggeris belum mampu membuatkan sang lagenda tidur lena.
Proses penggantian pengurus dalam Liverpool berjalan dengan pelbagai nama tokoh-tokoh ternama muncul. Dari bekas pengurus Rafa, sehingalah pengurus sedia ada Brendan. Saya tak pasti kenapa FSG memilih Brendan dari Swanselona, kerana masih ramai pengurus diluar sana macam Pellegrini, Laudrup, Ancellotti, Hiddink dan ramai lagi tokoh ternama dengan CV mantap.
Di pihak Liverpoolkita sendiri, ianya menjadi satu tanda-tanya. Kenapa pengurus hingusan diambil, padahal Liverpool bukan pasukan biasa yang hanya mahu main-main dalam Liga Inggeris. Bagi saya Liverpool amat perlukan pengurus yang mempunyai pengalaman bukan sahaja dari segi taktikal namun lebih kepada pengurusan pasukan serta politik boasepak. Namun buat masa itu saya mengambil sikap tunggu dan lihat, setuju pun tidak, tak suka ada juga sikit-sikit.
Macam diketahui stiap pengurus ada citarasa dan corak permainan mereka. Brendan yang terkenal dengan permainan cantik hantaran pendek memang memerlukan pemain yang boleh main dengan corak sedemikian. Sebab itulah awal-awal lagi Adam dan Carroll kena buang dari pasukan. Namun beliau masih kekalkan Henderson dan Downing kerana mamat dua ekor tu memang bagus cuma tag harag yang melampau.
Pembelian utama Brendan ialah Joe Allen dari Swanselona dan Borini dan AS Roma. Sebab pembelian ialah kerana Brendan kenal sangat dengan mereka. Konon-konon mereka dah biasa dengan sistem tiki-taka dan tiada masalah untuk berjaya di Liverpool kelak. Lebur 25juta pound, dengan pembelian itu walaupun ramai yang sangsi kenapa mahal sangat untuk pemain yang masih belum terkenal dan hanya sekara hero kampung di kelab masing-masing.
Memang kalau dengar berita dan lihat statistik OPTA, mulut ternganga air liur meleleh sebab tengok betapa atas kertas Allen merupakan pemain yang sehebat Ineasta dan Xavi. Ya kalau ikut carta Allen sebaris dengan pemain bertaraf dunia kerana dia dah lakukan beribu-ribu hantaran tepat dan hanya kantoi sekali dua sahaja. Malah ditambah lagi nasi tambah dalam youtube, kompilasi kehebatan Allen ketika hantaran bola, perebutan bola dan juga gol beliau.
Jangan kata orang lain saya juga amat teruja dengan semuanya tentang Brendan, pembelian jelmaan Xavi serta falsafah tiki-taka yang bakal diterapkan oleh pengurus muda kelahiran Ireland Utara itu. Saya hampir keluar dari garisan kewarasan normal, terlalu teruja dan yakin bangat Brendan akan membawa Liverpool lebih baik dari Dalglish. Gagasan Brendan nampak begitu sempurna dan namun sekalian lejen Liverpool masih berbelah bagi samada percaya tranformasi Brendan berdaya saing atau sekadar janji di capati.
bersambung dalam episod, Pra-musim 2012/13.
allen lebih bagus dari henderson & downing..
ReplyDeletebile smbgn?
ReplyDeletemcm komik bersiri nih..
ReplyDeletexsabar nk bace episode seterusnya.
-pokdin-
tah bilenya...dala bosan game da tade nih
ReplyDelete