Tulisan kali ini bukan nak jaga tepi kain orang. Tapi saya sebagai peminat setia Pak Cik Rafa Benitez rasa tersangat meluat dengan gelagat peminat Chelsea yang begitu sombong, bongkak dan perasan bagus. Sepatutnya sesiapa sahaja yang menjadi sebahagian daripada kelab kamu, raikanlah mereka. Tapi Rafa sepanjang semusim bersama kelab Russia London, dia tak pernah diberikan kata-kata semangat selain dari cacian dan hinaan.
Mungkin salah beliau sendiri menerima tugasan pelik menjadi pengurus Chelsea. Belia sendiri mungkin tahu yang peminat Plastik Chelsea amat bencikan Rafa. Kerana pada mereka Rafa adalah Liverpool dan Liverpool adalah Rafa. Ada juga yang merasakan Rafa akan menjadikan Chelsea senasib dengan Inter Milan. Inilah fahaman totok peminat buta hati, kerana mereka tidak memahami erti semangat profesional Rafa yang begitu tinggi.
Sampaikan selepas kemenangan Piala Europa pagi semalam, saya tengok ramai peminat yang tidak pun memberikan kredit untuk Rafa keatas kejayaan pasukan mereka memburu Piala gred 2 Eropah itu. Sekalipun benci tapi tunjukkanlah semangat kesukanan dan berterima kasih kerana tak kerana Rafa, mustahil Chelsea yang dah tak berapa mantap dengan ramai kuda tua mampu menjulang Piala dan masih dalam kelayakan Liga Juara-Juara.
Bagi saya dan kebanyakan peminat Liverpool, setiap kisah kejayaan Rafa kami raikan kerana Rafa ada dalam lipatan sejarah Liverpool selama-lamanya. Selamat berjaya Senor Rafa Benitez. Hola !!!
- Bingkisan kejayaan Rafa Benitez.
- Valencia
- Liverpool
- FA Cup (1): 2005–06
- FA Community Shield (1): 2006
- UEFA Champions League (1): 2004–05
- UEFA Super Cup (1): 2005
- Internazionale
- Supercoppa Italiana (1): 2010
- FIFA Club World Cup (1): 2010
- Chelsea
Individual awards
- Don Balón Award (1): 2002
- UEFA Manager of the Year (2): 2003–04, 2004–05
- Premier League Manager of the Month (6): November 2005, December 2005, January 2007, October 2008, March 2009, April 2013
Taniah rafa! Satu perjalanan kerier yang menarik juga dia ni.... banyak yang dia akan cerita kat anak cucu dia kelak...termasuk cerita penyokong penyokong chelsea ramai yang hampeh ha ha!
ReplyDeleteHabeh musim ni Pakcik Rafa mau blah buang.. Kalau dok tunggu lg mmg tekanan dlm kesabaran tu buleh meletup! Hargai la sikit apa yg dia buat smpi buleh julang cup yg mana bukan tugasan mudah bg coach2 nak perah otak semua tu.. Apa pun, kita tetap respek dia sbgi salah sorg yg pernah menjadi watak penting dlm kenangan2 THE REDS..
ReplyDelete-YNWA-
Walaupun penyokong chelsea tak mahu, rafa benitez sudah pun ada dalam sejarah chelsea
ReplyDeleteApa susah diaorang buat mcm ni jer...
ReplyDelete2012- Champion leugue winer -manager (Roberto di matteo)
2013- europa cup winer- manager (Interim manager )
kui kui...
aku cukup tak puas hati bila peminat chelsea membabi buta salahkan rafa punca chelsea tersingkir uefa champions league,ikut kiraan mata masa chelsea kalah 3-0 dgn juventus tu chelsea dah tersingkir.
ReplyDeletelepas tu ada yang sanggup kata rafa ni bottom 3 manager chelsea,sila menilai pencapaian guna otak dan fakta la bukan guna emosi, rekod 7 bulan Rafa benitez di chelsea lebih baik dari rekod avram grant,AVB,luis felipe scolari,ruud gullit,claudio ranieri,glen hoddle