Jan 29, 2013

LIVERPOOL LAWAN ARSENAL


Panik dengan tersingkir awal dari saingan awal Piala FA, bukan ceritanya tapi Liverpool masih mempunyai masalah besar dari segi pemain muda dan simpanan. Untuk pemain muda mereka kurang pengalaman walaupun bakat memang terbaik. Namun paling penting ialah apabila mereka dibuli oleh pemain lawan secara fizikal, mental mereka jadi rapuh serapuh biskut Merry.

Macam saya dok ulang dan saya sendiri sampaikan bosan nak ulang lagi lepas ini. Barisan utama kita memang kuat dan mantap kebelakangan ini, tapi seperkara lagi yang lebih penting ialah macam kita tak endahkan kebolehan lawan. Betul kita boleh bantai pasukan lain 3-0 dan 5-0 , namun apakah tahap pasukan yang kita ayamkan itu. rata-rata pasukan cikai sahaja. Namun pasukan 10 teratas Liga semua kita bungkus atau seri sahaja. itu fakta cuba cek kalau tak percaya.

Bercakap mengenai persedian pasukan Liverpool, berita baik saya dengar tentang skuad kita. Pepe, Johnson dan Enrique sedang dalam proses ujian kecergasan, namun belum pasti dapat diturunkan sehingga sebelum hari perlawanan. Rombakan dari perlawanan dengan Odlham perlu tapi kalau boleh kekalkan pemain yang macam perlawanan Norwich tempohari. Bukan nak samakan Norwich dengan Arsenal, tapi formasi, kesebelasan dan semangat ketika main Norwich adalah perlu dijelmakan semula dalam perlawanan di Emerites nanti.

Kalau kita berjaya dengan misi luarbiasa di Emerites, pulang 3 mata. Tempat ke-6 dalam tangan dan mendekati kelompok tangga ke -4. Tapi dengan prestasi Skuad Meriam Buluh yang juga sedang menggganas mengebom lawan-lawan dengan jaringan yang juga banyak, Brendan kena tengok apa kau ada apa aku ada. Kelebihan saya nampak Arsenal main dikampung sendiri dan paling penting pemain mereka dah akil baligh dan tak ramai anak ikan lagi dalam skuad mereka. Maknanya Wenger dah faham yang pasukan terbaik ialah pasukan yang mempunyai pemain tak kira usia tetapi yang penting mantap fizikal dan mental.

Jan 28, 2013

PIALA FA: LIVERPOOL 2-3 OLDHAM

Ujikaji Yang Gagal

Tengah malam tadi kita telah melihat satu Ujikaji dari Profesor Buck Rodgers yang meletakkan formula seperti berikut:

1. Formasi 4-2-4
2 Kesebelasan Pelik
3. Taktik serabut
4. Kesefahaman kurang
5. Lemah Fizikal

Dan hasil ujikaji memang menghasilkan keputusan luar jangka. Bungkus dengan pasukan Cap Burung Hantu yang hanya main untuk maruah depan penonton. Pelbagai alasan macam pengadil berat sebelah, padang macam padang ragut, lawan main kotor dan macam-macam lagi adalah tak boleh pakai. Zaman Kenny Dlaglish walaupun beliau tak bermain dengan corak permainan comel, tapi tiada masa nak buat ujikaji memperjudikan peluang untuk dapat trofi.

Kesilapan mutlak ditangan Brendan. Formasi pelik 4-2-4 lawan dengan pasukan fizikal dari Liga Divisyen bawahan adalah satu kerja gila. Kesebelasan pelik ialah membiarkan Henderson dan Allen bergomol dengan pemain tengah Oldham yang lasak macam Komando. Yang paling tak boleh terima ialah pemain sayap berterbangan diatas tanpa membantu bek tepi yang terkapai-kapai kena serang balas.

Taktik memang serabut kerana pasukan kita main ikut rentak Oldham bukan bagi Oldham yang terikut-ikut rentak pasukan kita. Ditambah pula dengan ketidak sefahaman antara sesama bek menghasilkan 3 gol bangang hasil kealpaan 3 Abdul. Gol Pertama untuk anakanda Abdul Skrtel, gol kedua anakanda Abdul Coates dan Gol ketiga anakanda Abdul Robinson punya habuan. Sebab itulah perlunya Abang Long Carragher untuk memaki rakan bek lain untuk bagi sedar dalam mimpi.

Kemasukan Gerrard memang sesuai tapi sepatutnya diantara beliau dan Lucas patut ada dalam kesebelasan utama untuk mengimbangi pasukan yang rata-rata hingusan dan berkarat. Brendan macam lupa perihal Stoke, Aston Villa, WBA dan lain-lain cerekarama sedih yang berlaku kerana mengabaikan aspek kekuatan fizikal dibahagian tengah. Falsafah kejayaan Liverpool sejak zaman Almarhum Tok Wan Shankly hinggalah zaman Dalglish hujung 80an ialah mempunyai pemain tengah bertaraf manusia Super Saiya.

Serius saya cakap, kalau Liverpool tak ambil peluang rampas Moussa Sissoko dari  St Ettiene dari tangan Newcastle atau Momo Diame West Ham dari rebutan Spurs, sampai bilapun kita akan  kena getah bila Lucas tiada. Betul juga beli Coutinho untuk nampak lebih kreatif, tapi apa mamat Samba itu boleh buat jika menghadapi lawan yang main ganas di Liga Perdana. Pegang bola lebih sikit macam kat Serie A mesti  putus kaki kalau tak berwaspada.

Akhir kalam, tiada lagi nak dikejar selain Piala Europa. Jadi bolehlah fokus untuk Arsenal Rabu ini pula.

Jan 25, 2013

PEROLEHAN PENDAPATAN



Liverpool masih tak berubah posisi dari musim lepas dalam kelompok 10 terbaik kelab kaya-raya di Eropah. Menurut Delloite, perolehan keseluruhan Liverpool melonjak kepada 230 juta Euro daripada 200 juta Euro musim lepas. Oleh kerana telah keluar dari kelompok Liga Juara-Juara Eropah, pendapatan Liverpool amat tipis dari segi Hak Penyiaran, berbanding kelab EPL yang masuk Liga Juara-Juara. Namun boleh tahan dari segi Komersil walaupun tiada lagi fesyen sukan Adidas, namun kontrak dari Warrior memang berbaloi. Ini kerana kelompok peminat Liverpool seantero dunia akan beli barangan ori Liverpool walaupun sebahagian besar di Malaysia hanya mampu beli versi Pasar Besar.

Nak kejar Man U dari segala segi rasa masih belum terlambat. Yang penting bukan kerana hak penyiaran Siaran lansung semata-mata kerana ada masa bila terkeluar dari kelompok elitis, hampir separuh duit saku lebur. Yang perlu ialah membina Stadium baru adalah perancangan masadepan lebih realtistik untuk menjana pendapatan konsisten. Tak salah tiru Arsenal yang berjaya membina Stadium baru kerana Highbury dah tak mampu nak kekang peminat mereka yang bapak punya ramai di London. Dengan kepala otak geliga kaki bisnes, hampir separuh kos ditanggung Syarikat Penerbangan Arab, Emirates yang hanya letak nama penaja itu sebagai nama stadium. 

Jadi pembinaan Stadium baru adalah agenda wajib FSG kalau mahu setanding dengan Keluarga Yahudi Glazer dari Man U. Bagi saya walaupun pembinaan Anfield baru mungkin memakan belanja mahal dan juga akan memakan dana pembelian pemain, namun masa inilah sesuai kerana Liverpool memang tak ada masalah dengan bersepah-sepah pemain muda yang tunggu masa nak meletop jika diberi peluang. Lagipun jika mahu jimat duit poket, boleh guna taktik Arsenal dengan ajak penaja kongsi duit buat stadium. Mungkin kita takkan dengar nama Anfield lagi tapi  Apple Stadium atau Burger King Stadium mahupun Kebab Melawati Stadium yang bunyi macam tak boleh belah, namun itu pilihan terakhir.

Jan 22, 2013

BARISAN TERKUAT SETAKAT INI


Ilustrasi diatas mungkin pendapat peribadi dan masih boleh didebat . Secara tegas saya rasa kita masih perlukan Bidan Terjun (Super-Sub) dalam posisi serangan. Antara opsyen terbaik ialah Kevin Gameiro kerana beliau sama posisi tapi tak serupa dengan Sturridge, walaupun fizikal sama macam Suarez. Namun apakan daya PSG tak bagi pinjam Gamiero. Jadi dengan kembalinya Borini nampak gayanya tiada lagi pembelian untuk serangan kecuali diakhir pintu perpindahan. Setakat ini saya rasa pemain serangan perlu kualiti bukan kuantiti, kalau boleh beli seorang lagi pemain berkaliber dan sama kualiti dengan Sturridge tapi mana nak dapat bang oi.

 Dibahagian tengah nampak macam cun sangat namun bekap Lucas perlu dicari namun tak terlalu penting sangat walaupun Henderson dan Allen tak mampu main setenang Lucas. Oleh kerana pinjaman Sahin disingkatkan, keperluan membeli pemain tengah berstatus perancang telah menjadi keperluan. Liverpool dah berusaha untuk mendapat pemain impian gem bola PES dan FIFA, Wesley Sneijder tapi ketamakan pemain itu atau kemut duit pihak FSG membuatkan lejen Belanda itu membawa diri ke Turki menyarung jersi Galastasaray. Pilihan untuk mendapatkan alternatif ada tapi mengejar budak lembik Brazil, Coutinho dari Inter buang karan, bukan kerana mahal tapi kita dah ada Suso yang perlu diketengahkan selalu.

Bahagian pertahanan tengah memang mempunyai kepelbagaian dan sangat harmonis dengan kombinasi bek ganas, libero, otai dan anti-pesawat yang ada pada Skrtel, Agger, Carra dan Coates. Bahagian sisi pula dengan ketiadaan Enrique, opsyen Johnson dan Robinson dikiri serta Wisdom dan Flanagan dikanan memuaskan. Namun jika Man City buat gila nak lepaskan Micah Richards, saya rasa kita patut jadi pasukan pertama buru bek idaman pelbagai-guna PES13. Kerana keheroan Jones semalam buat Pepe bangun dari tidur, KIV dulu Marc Stegen sebagai bekap. Tapi kalau bener Barcelona mahukan Pepe untuk ganti Valdes, apakata kita buat M.O.U tukar suka sama suka antara Pepe dan Valdes.

Setakat ini dari segi pemain dah kira Ok. Semua posisi hampir lengkap dengan pemain muda berwawasan dan pemain tua pengalaman melimpah ruah. Reputasi sederhana susah nak tarik pemain bintang macam Holtby dan Villa. Sekarang pemilik LFC dah bantu sekadar mampu (namun masih kemut duit), Brendan kena usaha dengan kombinasi taktikal dan pemain yang ramai sangat muda dari yang berpengalaman. Cabaran ini bakal menentukan jatuh-bangun pasukan sampai akhir musim jika benar sekali tiada pemain lain yang masuk bila pintu perpindahan tamat tengah malam 31 Januari.

Jan 21, 2013

LIVERPOOL 5-0 NORWICH



Akhirnya Brendan Rodgers akur akan faedah main dua penyerang. Kalau seorang tak jadi maka seorang lagi pasti akan menjadi, tapi kalau dua-dua main gila-babi nah ambik 5-0 terus belasah pasukan lawan. Keberkesanan dan telepati Suarez dan Sturridge untuk gol yang dijaringkan oleh Suarez menampakkan bahawa pembelian bekas pemain rejek Chelsea dan Man City amat berbaloi bagi tempoh terdekat. 3 gol dalam 3 penampilan ini nampaknya sudah balik modal kerana sebelum ura-ura pembelian ramai mencemuh dan sangsi dengan apa yang bakal diberikan oleh Sturridge.

Sebenarnya formasi yang digunakan bukan 442, namun ianya lebih kepada 4132 yang lebih dinamik dengan Lucas menawarkan pakej perlindungan komprehensif terhadap 4 bek dibawah. Sebab itulah Gerrard nampak lebih bebas bergerak membantu penyerang dan membiarkan Downing dan Henderson bertukar-tuakr posisi kiri dan kanan sepanjang perlawanan. Kelibat Henderson dan Downing bukan sebagai pemain sayap tetapi lebih kepada pemain tengah yang mobil yang mengambil alih tempat bek kiri dan kanan yang dah nampak macam pemain sayap.

Setakat ini saya berani cakap kalau Glen Johnson cakap mahu belah dari Liverpool, beratur seantero kelab seluruh dunia termasuk Darul Takzim FC, untuk beli pemain yang menjadi nadi kekuatan dan ketakutan untuk bek lawan. Saya yakin kalau Enrique boleh tiru corak permainan selamba dan egois macam Glen, Liverpool boleh simpan pemain sayap dalam almari. Setakat ini pemain muda macam Wisdom dan Robinson kena berguru dengan Glen J, sebelum mereka berangan-angan nak pintas pemain bek kanan no.1 England itu.

Kalau nak ikut banyak lagi benda nak tulis bukan sebab menang tapi kerana memang banyak benda yang menampakkan tren kebangkitan. Kemenangan dengan membuli pasukan tungau walaupun sebanyak manapun belum boleh membuatkan kita kembali kekelompok 4 terbaik, namun jika pasukan kelompok atas juga buat tahi, dengan perlahan-lahan kita boleh potong mereka macam cerita kanak-kanak Arnab dan Kura-Kura. Selepas ini kita lawan pasukan tak ternama untuk Piala FA, Athletico Oldham. Namun sejurus itu tiada perlawanan cikai lagi dengan 3 pasukan yang kita saya rasa boleh dapat telur ayam saja.

Jan 18, 2013

LIVERPOOL LAWAN NORWICH


Tak sangka Blog Liverpoolkita mempunyai peminat dikalangan Setan Merah. Tahniah sebab mengikuti blog ini dan memberikan traffik percuma dan sekaligus bagi dana untuk iklan sekaligus juga macam tolong bantu saya bayar duit hadiah kepada pemenang peraduan teka keputusan nanti. Bagi sekalian orang luar yang cuba buat kecoh buat lah provokasi macamana sekalipun peminat Liverpool bukan plastik tetapi kami sokong pasukan kerana Liverpool adalah bolasepak kami serta kesemua peminat kami tahu Liverpool adalah semacam lambang kehidupan manusia ada masa manis dan masa resah.

Maaf buat semua, saya baru balik bertapa di sebuah pusat peranginan ditengah-tengah banjaran titiwangsa. Malah perlawanan dengan Man U hanya sempat tengok sekerat itupun sekadar separuh masa pertama kerana tak menyempat nak buat persediaaan. Jadi saya taknak ulang dan segala kekalahan adalah normal kerana faktor-faktor yang bukan mudah untuk kita terima kerana kelebihan pasukan satu lagi yang macam gunakan jentera kerajaan untuk memanipulasi keputusan pemilihan. Bagi pasukan yang menang jangan sombong, mereka umpama Tapir yang berjaya melepasi perangkap dengan bantuan beruk yang bantu berikan panduan dan akan tarik jika tapir hampir masuk lubang, kalau tak mampuslah walaupun dalam hutan permaianan sendiri.

Hidup mesti terus. Keputusan akan datang lebih penting walaupun kita diejek dengan gelaran pembuli pasukan kerdil. Kita boleh bantai QPR, Sunderland tiga biji dan menang guna tangan dengan pasukan tungau Mansfield tapi dengan pasukan besar kita menyerah. Kalau itulah keadaannya saya rasa kita kena teruskan apa yang kita mampu dengan memastikan pasukan macam Norwich nanti kita akan buli sehabis-habisnya. Ini rasanya cara terbaik untuk kita bangun perlahan-lahan untuk mencari konsistensi dalam persembahan. Nak tewaskan pasukan Norwich perkara mudah tapi Brendan Rodgers jangan ambil mudah jika peluang terhidang depan mata. 

Gunakan pemain yang sedia ada sebaik mungkin. Maksud saya kena ambil risiko yang boleh dijangka (calculated risk) untuk memastikan 3 mata, bukan bagi pemain yang masih tak konsisten main dan abaikan pemain yang mampu bermain jika diberi peluang. Saya harap sangat kombinasi Dual-S, Suarez dan Sturridge dapat digandingkan terus menerus. Watak hero tunggal amat memenatkan bagi Suarez. Hero kedua telah muncul dengan penampilan yang osem. 2 penampilan 2 gol. Pemain tengah kena letak yang berani dan lasak sebab Norwich bermain agak agresif. Bek kita harus berhati-hati dengan bola tinggi dan sepakan percuma kerana pasukan itu ada keistimewaan disitu. Yang lain kita tunggu hari perlawanan.

Jan 11, 2013

LIVERPOOL LAWAN MAN U



Old Trafford bakal jadi padang jarak padang tekukur minggu ini. Liverpool bakal datang dengan keyakinan dan perancangan untuk menumpaskan anak buah Pak Alex Cinggam. Ini disebabkan Pihak FA Inggeris telah meletakkan Howard Webb sebagai pengadil diatas permintaan Man U. Itu maknanya pihak Man U dah tahu peluang mereka untuk menapau Liverpool secara anak jantan macam takda maknanya. Sila periksa rekod, jika Webb jadi pengadil di Old Trafford, maka hasilnya sudah diketahui 100 peratus kemenangan buat pasukan Setan Merah.

Persetan dengan Setan Merah. Mereka mungkin merancang tapi Tuhan bakal menentukan. Perancangan licik mreka dah jadi asam garam pasukan kita. Bukan kita tak pernah menang di Old Trafford, dah banyak kali kita menang kat situ malahan sampai 4-1. Perlawanan kali ini mungkin lebih epik kerana mereka akan sedaya upaya akan membuat provokasi kepada Suarez. Menurut Suarez segala cacimaki dah tak jadi kudis buat beliau dan beliau sudah mangli dengan ejekan. Namun aksi panas pertembungan fizikal tak boleh dielak kerana setiap pertembungan secara tradisinya memang memakan korban kad merah.

Kehadiran Sturridge serta penampilan osem beliau ketika Piala FA tempohari, ada sinar kebahagian buat ummah yang menyokong Liverpool. Walaupun gaya permainan beliau tak sama dengan Suarez namun persamaan dari segi percubaan banyak kantoi memang serupa. Saya anggap itu mungkin sebab kekaratan semualjadi kerana lama berteduh dibangku simpanan Chelsea. Jadi untuk lawan Man U kemungkinan besar Sturridge bakal diturunkan dalam kesebelasan utama, paling tidakpun akan masuk sebagai pemain gantian.

Seperti yang dinaytakan dalam awal-awal entri memandangkan pengadil terpilih Man U, Howard Webb mengadili perlawanan amat sukar diduga keputusan. Nak kata menang tak pasti nak kata kalah pun barangkali tidak. Seri adalah opsyen mudah, namun Liverpool selalunya tidak bermain untuk itu tambah pula untuk lawan sekeji Man U. Jadi biar jatuh dan rebah saya rasa pasukan kita akan bermain mati-matian bukan sekadar untuk buat statistik nampak cun, tapi balik 3 mata dari Old Trafford.

Jan 7, 2013

SEMUA SALAH SUAREZ

Curik dari Lfcphoto
Add caption

LIVERPOOL 2-1 MANSFILED

foto curi dari dailymail
Suarez teringat main Bola Baling 
Karekter Sturridge sebagai pelengkap Suarez nampaknya masuk akal. Corak permainan beliau mengiurkan kerana beliau tak sama dengan Suarez dari segi teknik permainan, namun jika mereka bergandingan dalam Formasi yang lebih tersusun macam 4-4-2, mungkin masa depan lebih cerah bagi kita. Kehadiran beliau tak sampai 7 minit telah menghasilkan gol, walaupun lawan tak bagus sangat. Apa yang penting jangan hangat-hangat taik ayam macam Voronin.

Sayang sekali Brendan keluarkan Sturridge ganti Suarez. Kami mahu lihat gandingan merbahaya ini meratah Mansfield. Saya rasa akan lebih huru-hara bek Mansfield untuk jaga 2 pemain lincah, kerana setelah keluarnya Sturridge, Mansfield nampak dari berjiwa Hobbit dah jadi Raksasa Ogre dah. Mansfield telah menukar mode Ragbi Stoke dan melakukan hantaran bola tinggi. Tak cukup itu kembar Rory Delap versi Pak Itam melakukan balingan jauh yang merbahaya. Bermatian-matian Manfield main dapat juga gol saguhati.

Gol terkena tangan Suarez pun nak bising. Pengulas ESPN memang cukup anti dengan Suarez, padahal kalau RVP atau Rooney yang buat mesti diorang cakap tidak disengajakan.Lagi benci orang luar kat dia makin sayang kita kat dia. Setakat ini rekod Suarez telah mejaringkan gol dalam semua pertandingan, samada di Liga, Piala Liga, Liga Europa dan terkini Piala FA. Nasib baik Liverpool bukan dalam kelompok Liga Juara-Juara Eropah lagi, kalau tak jangan harap Messi nak menang Pemain Terbaik Eropah dan Dunia tanpa saingan.

Semangat pemain simpanan dan muda harus dipuji terutamanya goli simpanan yang bagi saya Jones adalah pemain terbaik perlawanan. Kalau tak kerana aksi Superman beliau Silap-silap Mansfield boleh tutuh gol belambak. Macam ini kalu barulah Pepe Reina tak tertidur lagi selepas ini. Selain itu harapnya bagi peluang kepada Coates kerana dia nampak lebih afdal untuk pasukan yang main fizikal dan bola tinggi. Saya masih harap Piala FA medan ujian pemain kelas 2, tapi jika lawan pasukan kuat bubuh saja pemain terkuat kita kerana hanya Trofi Piala saja sasaran realistik musim ini.

Jan 6, 2013

JERSI BARU 2013/2014

Warrior makin mantap
Walaupun Jersi Liverpool jenama Warrior memang ringkat tapi menarik, namun ianya belum membuatkan saya sudi menghabiskan duit untuk membeli versi Butik. Namun jika gambar diatas memang asli bukan dikedaigambarkan oleh pakar tak mustahil pecah tabung musim depan. Merah warna kemegahan Liverpool, namun sedikit putih adalah macam satu skop aiskrim diatas timbunan ais kacang. Tidak seperti Reebok dan Adidas, pengeluaran jersi keluaran Warrior, dengar kata bukan lagi 2 musim sekali, namun ianya bakal melihat perubahan setiap musim. Apapun pihak P.A Warrior, Cik Elizabeth Wu belum emel saya lagi sebarang informasi terkini tentang perkara ini.

Jan 5, 2013

PIALA FA: LIVERPOOL LAWAN MANSFIELD



Kalau takda aral ini bakal merupakan perlawanan ujian bagi pemain baru Sturridge. Kalau buah mempelam walaupun muda kalau diperam lama-lama masak ranum sedap dimakan, tapi kalau pemain bola diperam, walau sehebat manapun potensi mereka, bukan lagi sedap, silap-silap kebolehan mereka jadi berkarat, kikis pun jenuh nak mabil masa nak berkilat.

Seronok juga dapat perlawanan awal dengan kelab kecil. Brendan Rodgers dapat juga bagi peluang pada pemain muda dan pemain simpanan yang dok makan gaji buta selama ni. Mungkin rehat diperlukan oleh sesetengah pemain perlu rehat macam Kapten dan Suarez serta beberapa pemain utama yang tak henti-henti main. Risiko cedera dengan perlawanan tak mencabar ini jangan diambil. Tak berbaloi sebab minggu depan ada perlawanan lagi sempoi yang nak ditunggu.

Piala FA juga berhantu sikit bagi perlawanan pasukan gergasi lawan awang kenit. Sebab pasukan kenit selalunya main dengan semangan 200% kerana ini peluang buat duit bagi mereka untuk melangkah kepusingan seterusnya disamping pemain dan peminat boleh cerita kat cucu-cucit 7 keturunan jika boleh malukan pasukan gergasi. Kira-kira geng Mansfield ni macam Hobbit dari Chesire yang akan melawan gergasi Merseyside walaupun mereka tak dibantu oleh Gandalf.

Jan 3, 2013

LIVERPOOL 3-0 SUNDERLAND


Benda mudah untuk menang ialah jaringkan gol banyak-banyak. Ini yang harus dilakukan oleh pasukan yang mahu jadi juara. Kalau kita bantai 3 biji tapi Sunderland bubuh 2 biji, kita masih dapat 3 mata. Tak rugi kalau tamak daripada nak tunjuk eksyen main cantik tapi poyo bila nak sumbat gol. Kita jangan ingat lawan tak kenai kelemahan, walaupun mereka respek kekuatan kita.

Saya dah rasa Brendan  bukan sahaja dah dapat idea untuk formasi sesuai dan barisan terkuat. Formasi atau taktikal pemain tengah banyak menjadikan jatuh bangun pasukan kita. Masa main 1 bertahan 2 menyerang, memang pasukan kita nampak gah menguasai bola tapi mudah dibolosi bila diserang. Namun dengan aplikasi 2 bertahan dan 1 menyerang, nampak lebih stabil kesinambungan rentak permainan.

Budak jahat EPL, Suarez dah mangli dengan segaala kutukan dan hinaan. Makin dihina makin bagus prestasi beliau. Nah sekarang 15 biji gol dijaringkan dengan kederat sendiri tanpa bantuan pengadil. Saya tak rasa dengan permainan begini Suarez akan menjadi pemain sayap untuk memberikan slot penyerang utama kepada bekas pemain Chelsea itu. Tapi mereka mungkin akan cuma bertukar posisi dalam permainan. Kita boleh tengok bagaimana Saurez mampu kencing bek Sunderland yang gagah perkasa untuk gol ke-2.

Liverpool musim ini macam enjin agak lambat panas. Namun kita bernasib baik yang pasukan lain juga tidak konsisten. Kalau tak permulaan lembab dengan enjin yang sederhana mungkin mengakibatkan pasukan kita kena tinggal bertiang-tiang. Barang Racing jenama Sturridge bakal jadi alat ganti pertama untuk ganti gear buruk jenama Cole yang mahal tapi tak berkuasa. Banyak lagi alat-ganti baru mungkin jenama yang tak diketahui keberkesanan macam Ince akan dibawa masuk. Jadi lepas ini dengan alat ganti baru diharap pasukan kita boleh memecut mendaki kedudukan terbaik walaupun tak mampu naik podium.

Raheem lob 1st Goal

Suarez make it 2

Suarez his 15 goal this season

Jan 1, 2013

LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND



Sebagai peminat Liverpool sejak awal 90an hingga kini saya rasa, tahun lepas adalah tahun mencabar kerana Liverpool tidak seteruk sekarang samada dari segi kedudukan posisi dan mata. Namun yang berlalu biarkan berlalu, itu adalah cabaran sebagai peminat setia. 2012 dah jadi kenangan dan 2013 pula akan bermula sejarah baru. Penutup 2012 dengan kemenangan dan harapnya permulaan bagi Liverpool yang terbaik.

Perlawanan di Kota Anfield akan menemukan pasukan yang bermain ala Villa dan Stoke. Fizikal dan bola tinggi disamping permainan pantas. Seingat saya Sunderland antara pasukan bogey atau berhantu dan membuatkan pasukan kita susah nak kutip mata dengan mereka. Jadi Sunderland akan sentiasa beri kejutan demi kejutan. Lagi satu jangan lupa pasukan ini mempunyai penyerang efektik yang mampu menjaringkan gol jika ada peluang yakni Steven Flecther.

Dipihak kita saya mahu Brendan atau Prescoe cuba lebih kreatif dan inovatif skit nak letak pemain untuk hadapi Sunderland. Cuba cari lubuk mereka dan selidik kekuatan mereka macam yang pernah dilakukan zaman Pakcik Rafa dulu. Zaman sekarang ini bukan macam era 90an dulu siapa ada pemain hebat2 pasukan mereka boleh bantai pasukan lain. Ini zaman Youtube dan Opta, segala macam mak nenek kita boleh risik dan pasukan kecik pon boleh tahu kelemahan taktikal dan pemain kita.

Saya tak mahu pasukan kita meneruskan keputusan ikut pola terdahulu. Menang dan kalah berulang-ulang. Liverpool mesti pastikan kemenangan bagi menghakhiri sumpahan yang melekat sejak lawan Aston Villa. Buatlah bagaimanapun janji pastikan sepak masuk gol jangan terlebih eksyen macam lawan QPR hari tu. Ingat Sunderland bukan lubuk mata seperti QPR, jadi kena pastikan setiap peluang adalah gol.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails