Mar 17, 2014

LIVERPOOL 3-0 MANCHESTER UNITED


Korang perasan tak yang peminat Menyu dah tak periang macam dulu-dulu. Ramai yang macam dah tak minat sukan bolasepak dan kalau ajak bersembang pasal bola, cuba alih tajuk kepada cerita kapal terbang. Saya juga dengar ramai Doktor mengadu yang ramai sangat ambil cuti sakit sebab kemurungan, ada yang tak cukup tidur dan ada juga yang saja nak ambil cuti elak dibahan.Itulah musim-musim sebelum ni korang suka sangat menganjingkan orang, sekarang sapa yang malu. Ada satu blog yang nama soker apa ntah, sekarang suram gila, mungkin blogger anti-LFC masuk gua kot.

Satu lagi misteri, yang korang perasan kot. Pemain yang hampir majoriti sama msuim lepas di Old Trafford, boleh menang 2-1 dengan pasukan kita, tetapi tukar pengurus saja terus melingkup teruk. Padahal mereka tu semua bekas-bekas alumni Juara Liga Perdana baru saja semusim, bukan 24 tahun macam kita. Kenyataannya ialah dibawah pengurusan Ferguson, dasar diktator atau layanan "Hair Dryer" adalah benda yang ditakuti sebab itu semua pemain boleh main kerana takut kena leteran dari Fergie. Namun Moyes tidak mampu nak buat apa yang Fergie buat sebab itulah pemain naik tocang.

Apa pun tak kisahlah pasal Menyu dan Moyes, biar lah mereka melingkup. Yang pasti Liverpool telah berada di landasan yang tepat bersama pengurus yang bijak. Brendan Rodgers telah berjaya membawa pasukan yang dilabel separuh masak musim lepas, kepada pencabar Liga musim ini. Salah satu kejayaan mutlak ialah berjaya mengekalkan Suarez dan memujuk beliau dengan kontrak luamayan. Selain itu tiada apa yang istimewa kecuali kemampuan Brendan mengubah sikap pemain mejadi begitu bersemangat musim ini.

Mari kita terus kepada perlawanan semalam. Formasi yang sama semasa lawan Soton, tetapi benda pelik yang dilakukan ialah bagi Sterling main di posisi tengah menyerang, dalam formasi "Diamond". Ramai pasti merungut kenapa Coutinho tidak dimasukkan padal itulah posisi feberet beliau. Apa yang saya nampak ialah ini cara Brenda untuk menguji pasangan Carrick dan Fellaini, dan ianya untuk meletihkan mereka yang terpaksa mengejar Steling yang selalu buat perkara yang tak disangka seperti memegang bola persis Coutinho.

Taktikal Liverpool berjaya sebab taktik Menyu juga yang sengal. Mereka bermain dengan 4 orang pemain serangan dan membiarkan Carrik dan Fellaini yang lembab di tengah. Jadi penguasaan bola memanglah mereka kantoi kerana tiap-tiap kali nak pegang bola, bukan takat nak buat nak buat hantaran kedepan, nak buat hantaran belakang pun tak menyempat. Dibahagian sayap Suarez dan Sturridge sama-sama membuatkan Rafael dan Evra, tak punyai masa nak bantu serangan. Flanagan dan Johnson tak punyai tugas berat kerana Mata dan Januzaj,  selalu sangat masuk ketengah.

Seperuh pertama  bermula memang rancak, tak silap minit awal lagi Liverpool dah punyai peluang melalui Sturridge namun sepakan beliau tersasar. Begitu juga dengan Glen Johnson yang melakukan percubaan lemah gemalai terus kedakapan De Gea. tapi satu lagi peluang Sturridge yang terkantoi, sebab dia tamak nak buat gol sendiri, padahal dia boleh lorongkan bola balik kepada Sterling yang berada diposisi terbaik untuk buat gol. Allen juga ada peluang namun rembatan tepat kepada De Gea. Akhirnya rezeki datang pada minit ke-33, apabila Sturridge melorongkan bola litang kepada Saurez. Suarez melakukan trik tap bola cuba melepasi Rafael. Dan Rafael dengan sengaja menepis bola dan menghadiahkan penalti yang disudahkan oleh Abang Long Gerrard untuk gol pembukaan. 0-1, Old Trafford bergema dengan sorakan peminat Liverpool.

Separuh kedua bemula dengan tempo yang sama bagi Liverpool. Menyu juga masih belum panik, tapi tunggu saja sekejap tak lama lepas sepak mula keadaan panik bakal berlaku. Henderson dapat bola dari Sturridge dan melakukan cip kepada Allen yang menyelinap dalam kawasan penalti Menyu dan tetiba dalam tak disangka-sangka Jones telah menolak Allen yang sedang mendada bola. Keadaan itu tak bahaya langsung kalau Jones tunggu Allen bawa bola sebab saya sendiri tak yakin Allen mampu buat macam Suarez, medada bola dan rembat terus kedalam gol. Namun nak jadi rezeki, penalti kedua diberikan dan Gerrard meledakkan gol kedua beliau sama macam gol pertama tapi tak dapat diagak oleh De Gea. 2-0, sekali lagi peminat Menyu terdiam tak terkata.

Selepas gol kedua, pihak Menyu ada juga buat serangan, tetapi setakat acah-acah saja. Saya tengok Januzaj  dan Rooney saja yang pulun gila-gila dan pemain lain masih tiada mod bermain. Sehinggalah kemasukan Coutinho pada minit ke-72, Liverpool nampak semakin merbahaya dengan membuli Menyu depan kiri dan kanan tanpa belas kasihan. Kontroversi memang takkan sunyi dalam perlawanan hebat sebegini. Saya dah cakap Mark Clattenburg jenis tak konsisten, Saya akui Sturridge melakukan simulasi dan sengaja menjatuhkan badan untuk penalti ke-3. Namun paling parah ialah kad merah kepada Vidic dan saya simpati kepada nasib malang mereka. Namun macam dapat rezeki tak berkat, penalti ke-3 tak berjaya disempurnakan oleh Abang Long dan terkena palang.

Suarez haritu pakai but kain guni, Adikat Primekit. Memang but baru ni bawak ong dan rezeki beliau untuk menambah gol peribadi musim ini kepada 25 gol. Gol hadir pada minit 83 tak silap, bila dalam keadaan kucar kacir, Sturridge yang macam nak rembat atau hantar bola terus kepada Suarez yang berkaya melepasi perangkap curi ayam Menyu dan melepaskan rembatan padu kedalam gawang Menyu yang bocor buat kali ke-3 malam itu. Kemasukan Lucas dan Aspas menggantikan Gerrard dan Sturridge adalah petanda bahawa Liverpool dah tak berselera malukan Menyu lagi.

Apa yang boleh diperhatikan keputusan penting yang dibuat Brendan ialah meletakkan komposisi pemain tengah begitu ngam dengan tektik zaman batu Moyes. Henderson dan Allen telah menjadi nadi penggerak taktik permata itu, dengan  elakukan larian dan mengasak lawak sampai tak kasi can. Sebab itulah kemasukan Coutinho menampakkan Liverpool makin terserlah kerana pemain tengah mereka telah diletihkan oleh Sterling sejak sepak mula. Lepas ini dengan dengan adanya Lucas, pasukan kita akan lebih mempunyai pilihan ddari segi variasi taktikal.

Selepas perlawanan tamat, Kapten Gerrard dengan tak disangka-sangka menyatakan bahawa Liverpool sedang mencabar kejuaraan Liga. Itulah ayat yang bakal membuatkan seantero seteru kita yang juga nak merebut kejuaraan makin panas jubur. Saya yakin Liverpool mampu, namun ianya boleh direalisasikan jika permainan yang konsisten dapat dikekalkan dalam 9 perlawanan mendatang. Dan macam diramalkan bahawa Kejuaraan Liga kali ini sangat sengit dan ianya bakal diketahui sehingga perlawanan ke-38.

Nota kaki: Maaf untuk sekalian pembaca lambat siar ulasan sebab laptop buat hal .

14 comments:

  1. Admin kena cari penulis upahan. Kasi lebih meriah blog ni... #YNWA!

    ReplyDelete
  2. ya.. patut admin tambah 2 atau 3 org penulis tmbhan... barulah brtmbah meriah..

    ReplyDelete
  3. ya.. patut admin tambah 2 atau 3 org penulis tmbhan... barulah brtmbah meriah..

    ReplyDelete
  4. Admin jgn la cakap 'abg long buat hal lagi'.. biar la dia berbahagia mengecapi nikmat kemenangan kemenangan dgn m.u. itu mungkin satu kepuasan yang amat mendalam bagi dia..mana tau rezeki dia menang EPL tahun ni..

    ReplyDelete
  5. Da lama tnggu result dgn M.U kat old trafford mcm ni..hhahha puas hati..tp nasib baik xkene 5-0.

    ReplyDelete
  6. Rse admin xprlu kn pnulis uphn coz biase ayt2 dh ckup power haha...xsbr nk tgu ulasan tokeysiber ttg match 3-0 lwn setan ni, ynwa

    ReplyDelete
  7. saya pun x sabar tgu ulasan 3-0 ni.. admin tlg bt panjang ckit.. biar senyum je kita lame2..

    ReplyDelete
  8. rasanya perlu kot 2 atau 3 orang penulis tambahan.. selain memeriahkan blog ni boleh juga mempromosi kpada seluruh kopites nusantara yang belum mengetahui kewujudan blog ni.. serius saya katakan saya lebih suka baca blog liverpoolkita drpada baca kat status fb YNWA

    Asfardy Sanusi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..btul tu..blog ni sgt best..kdg2 kat opis sy refresh 2kali pg n ptg utk tgk kalau2 ada lg post tbaru..hehe..susunan bahasa mmg kdg2 gelak sorg2..kehkehkeh..anda mmg best.

      Delete
  9. allo..gerrard..anda belum jadi lagenda sebenar..selagi piala EPL belum dalam dakapan ....go for it.king kenny,rush,barnes,toshack,groobelaar,Tomo...semua dah jadi legenda.tahun inilah kami harap kemarau liga akan berakhir.

    ReplyDelete
  10. haha..zaman batu..moyes mmg spesis zaman batu..tu pasal menyu skrg semua nk masuk gua,sbb zaman batu xde rumah..ekekekke..thoorrrbaikkqqq...

    ReplyDelete
  11. "David Moyes is a football genius" haha. . .benar benar pertandingan yang fantastis. Liverpool sekarang ada dalam title race. YNWA

    ReplyDelete
  12. "Ada satu blog yang nama soker apa ntah, sekarang suram gila, mungkin blogger anti-LFC masuk gua kot.."
    Blog sokernet dah jd SOKONEK dah bro.. Post artikel pun 2 bln sekali dah skang,itupun post pasal liga super jer..Tu la KARMA namanyer..
    YNWA..

    ReplyDelete
  13. sokernet ni aku saja je bukak..dulu kemain cite pasal MU and kutuk Liverpool.. sgt x adil gune nama sokernet.. Buat la MUnet ke kan adil kalau nak cite pasal MU..aku xmarah pun..
    PM kite pun dah diam x cite pasal MU lg..hehe kalau korang prasan la..
    Inilah akibat pasukan dimomokkan dengan GLORY, GLORY..
    Liverpool tetap dengan You'll Never Walk Alone.. Apapun terjadi, menang ke kalah ke tetap sokong..dan tak pernah malu utk sokong

    ReplyDelete

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails