May 30, 2013

ULANG TAHUN KE 33, KAPTEN GERRARD


IAGO ASPAS BAKAL MUKA BARU DI ANFIELD



Tak sampai 24 jam, Kolo Toure dah berjanji nak ke Anfield musim depan, lagi seorang pemain pula dah di cop oleh Liverpool. Menurut sumber, pemain tersebut ialah Iago Aspas, pemain Celta Vigo yang berusia 25 tahun. Ada yang bagitau £8M ada yang bagitau £6.6  harga yang dipersetujui oleh Liverpool dan Vigo, namun dua-dua betul kerana klausa kontrak beliau adalah £8M, namun jika Vigo bungkus jatuh ke Segunda Liga, harga diskaun akan dapat.

Walaubagaimanapun tuan punya badan belum menandatangani sebarang persetujuan kontrak dengan Liverpool. Jangan hairan ini kerana Liverpool mengambil langkah pantas untuk elakkan dari pasukan lain terutamanya Spurs yang suka kacau daun. Cuab check dalam wikipedia, kelab terkini beliau apadia. Ramai pemerhati bolasepak dari La Liga menyamakan kesempoian Aspas dengan Suarez. Adakah ini tanda-tandanya masa depan Suarez di Merseyside kian sampai ke penghujung.

"Saya masih pemain Liverpool, namun susah nak kata tidak untuk Real Madrid"
                         Suarez dalam temuramah dengan Radio Uruguay

May 29, 2013

KOLO TOURE SETUJU KE ANFIELD



Liverpool secara asasnya telah mencapai kata sepakat dengan Kolo Toure untuk menjadikan bekas pemain Arsenal dan Man City sebagai pengganti Carragher. Tidak diketahui tentang gaji serta elaun, tapi saya pasti gaji Toure tak selebat seperti di Man City kerana sedia maklum pihak FSG kedekut dan tersangat berkira. Mereka takkan berunding jika jika kontrak yang melampaui kriteria perbelanjaan berhemat mereka.

Pendapat peribadi saya, keputusan ini walaupun ada risiko namun ianya dalam kategori , risiko yang paras rendah. Ini kerana perpindahan percuma satunya dan keduanya Toure bukan kategori pemain yang kurang sihat dan ceroi. Medal yang beliau perolehi bersama Arsenal dan Man City mungkin tak banyak, namun pengalaman beliau dapat memberikan inspirasi kepada pemain muda Liverpool.

Toure mungkin bukan pilihan otomatik untuk bersama Agger untuk menjadi pengemudi bek tengah musim depan. Namun beliau akan menjadi perantara jika pemain baru yang kurang berpengalaman dengan suasana Liga Perdana Inggeris, dibawa masuk bagi menggantikan Skrtel dan Coates yang tak berapa pasti akan kekal atau pergi.

May 28, 2013

BEDAH SIASAT MUSIM 2012/13 SIRI 2

Pra-Musim 2012/13


Kita buka lembaran baru dengan pengurus muda tanpa pengalaman luas. Beliau cuma pernah berguru dengan Mourinho serta mempunyai falsafah pelik daripada kebiasaan doktrin sekolah lama bolasepak Kepulauan British yakni permainan bola tinggi. Kerna itulah pemain bola tinggi macam Carroll dipinjam keluar ke West Ham. Spearing pula mungkin tak gigh kawal bola tersisih ke Bolton.

Saya agak terkezut kerana Kuyt Bellamy,dan Maxi dilepaskan, padahal kuda tua ini bukan jenis kuda pencen tapi masih berguna lagi Buktinya buat masa kini, mereka masih berbisa di Fenerbache, Cardiff dan Newel Old Boy. Bagi kes Aquilani dan Adam saya tiada bantahan kerana mereka tak sesuai dengan citarasa pengurus dan dapat juga memberikan pulangan walaupun tak setara mana. Aurelio dilepaskan buat kali kedua kerana peranan beliau terlalu ciput kerana Enrique tiada saingan.

Persiapan pra musim kali ini Liverpool berubah angin ke Toronto Kanada. Walaupun Kanada sebuah negara berdaulat dan kaya-raya dengan hasil petroleum, tapi mereka tiada Liga Bolasepak Kanada. Cuma sekadar tumpang sekaki Major League Soccer, Liga Amerika Syarikat. Macam kes Brunei yang dulu-dulu yang main dekat Liga Malaysia. Walaupun main di Kanada, tapi hanya 1 wakil mereka yang cekang, iaitu Toronto FC. Dua lagi jemputan lagi ialah seteru di EPL, Spurs dan wakil Serie-A, AS Roma.


21 July 2012 Toronto FC 1 – 1 Liverpool - (Adam Morgan)
25 July 2012 Roma 2 – 1 Liverpool ( Charlie Adam)
28 July 2012 Tottenham Hotspur 0 – 0 Liverpool
12 August 2012 Liverpool 3 – 1 Bayer Leverkusen (Steling, Lucas & Carroll)

Skuad yang didaftarkan oleh Liverpool awal musim ialah seperti berikut.

1 Brad Jones
2 Glen Johnson
3 Jose Enrique
4 Nuri Sahin ( pinjam dari Real Madrid)
5 Daniel Agger
7 Luis Suarez
8 Steven Gerrard
11 Oussama Assaidi ( beli dari Heerenven)
14 Jordan Henderson
16 Sebastian Coates
19 Stewart Downing
21 Lucas Leiva
23 Jamie Carragher
24 Joe Allen (beli dari Swansea)
25 Pepe Reina
29 Fabio Borini (beli dari AS Roma)
30 Suso
31 Raheem Sterling
32 Alexander Doni
33 Jonjo Shelvey
34 Martin Kelly
35 Conor Coady
36 Samed Yesil (beli dari Leverkusen)
37 Martin Skrtel
38 Jon Flanagan
42 Peter Gulacsi
43 Ryan McLaughlin
44 Jordon Ibe
45 Stephen Sama
47 Andre Wisdom
48 Jerome Sinclair
49 Jack Robinson
50 Adam Morgan
51 Lloyd Jones
52 Danny Ward

May 26, 2013

BEDAH SIASAT MUSIM 2012/13 SIRI 1

Dalglish keluar Rodgers masuk




Pemecatan Kenny Dalglish memang sudah dijangka. Majoriti pembelian beliau tidak memberikan impak serta merta. Sudah jadi lumrah, setiap pengurus akan diadili dan diberi tanggungjawab jika tidak kena sasaran dengan pelaburan yang diberikan. Walaupun pasukan kita mampu menjulang Piala Liga dan tewas pada Final Piala FA, posisi ke-8 Liga Inggeris belum mampu membuatkan sang lagenda tidur lena.

Proses penggantian pengurus dalam Liverpool berjalan dengan pelbagai nama tokoh-tokoh ternama muncul. Dari bekas pengurus Rafa, sehingalah pengurus sedia ada Brendan. Saya tak pasti kenapa FSG memilih Brendan dari Swanselona, kerana masih ramai pengurus diluar sana macam Pellegrini, Laudrup, Ancellotti, Hiddink dan ramai lagi tokoh ternama dengan CV mantap.

Di pihak Liverpoolkita sendiri, ianya menjadi satu tanda-tanya. Kenapa pengurus hingusan diambil, padahal Liverpool bukan pasukan biasa yang hanya mahu main-main dalam Liga Inggeris. Bagi saya Liverpool amat perlukan pengurus yang mempunyai pengalaman bukan sahaja dari segi taktikal namun lebih kepada pengurusan pasukan serta politik boasepak. Namun buat masa itu saya mengambil sikap tunggu dan lihat, setuju pun tidak, tak suka ada juga sikit-sikit.

Macam diketahui stiap pengurus ada citarasa dan corak permainan mereka. Brendan yang terkenal dengan permainan cantik hantaran pendek memang memerlukan pemain yang boleh main dengan corak sedemikian. Sebab itulah awal-awal lagi Adam dan Carroll kena buang dari pasukan. Namun beliau masih kekalkan Henderson dan Downing kerana mamat dua ekor tu memang bagus cuma tag harag yang melampau.

Pembelian utama Brendan ialah Joe Allen dari Swanselona dan Borini dan AS Roma. Sebab pembelian ialah kerana Brendan kenal sangat dengan mereka. Konon-konon mereka dah biasa dengan sistem tiki-taka dan tiada masalah untuk berjaya di Liverpool kelak. Lebur 25juta pound, dengan pembelian itu walaupun ramai yang sangsi kenapa mahal sangat untuk pemain yang masih belum terkenal dan hanya sekara hero kampung di kelab masing-masing.

Memang kalau dengar berita dan lihat statistik OPTA, mulut ternganga air liur meleleh sebab tengok betapa atas kertas Allen merupakan pemain yang sehebat Ineasta dan Xavi. Ya kalau ikut carta Allen sebaris dengan pemain bertaraf dunia kerana dia dah lakukan beribu-ribu hantaran tepat dan hanya kantoi sekali dua sahaja. Malah ditambah lagi nasi tambah dalam youtube, kompilasi kehebatan Allen ketika hantaran bola, perebutan bola dan juga gol beliau.

Jangan kata orang lain saya juga amat teruja dengan semuanya tentang Brendan, pembelian jelmaan Xavi serta falsafah tiki-taka yang bakal diterapkan oleh pengurus muda kelahiran Ireland Utara itu. Saya hampir keluar dari garisan kewarasan normal, terlalu teruja dan yakin bangat Brendan akan membawa Liverpool lebih baik dari Dalglish. Gagasan Brendan nampak begitu sempurna dan namun sekalian lejen Liverpool masih berbelah bagi samada percaya tranformasi Brendan berdaya saing atau sekadar janji di capati.

bersambung dalam episod, Pra-musim 2012/13.

May 24, 2013

PEMENANG PERADUAN TEKA KEPUTUSAN 2012/13


Carta keputusan Teka keputusan Liverpool


Pokdin (9pts) 
Badang (6pts)
mr shoot (6pts)
Rabun (3pts), 
Atan Reds (3pts)
Yohan (3pts)


=======================================================================

Tahniah Pokdin kerana menjadi pemenang musim kedua teka keputusan Liga bagi Liverpool musim 2012/13. Kepada pemenang diharap dapat memberikan alamat email untuk urusan penghantaran hadiah. Namun seperti yang dimaklumkan nilai hadiah bergantung kepada jumlah iklan yang dapat dari Nuffnang yang amat ciput. Namun seperti Mat Skema musim, proses penghatran hadiah mungkin agak memakan masa kerana komitmen peribadi yang tinggi.

Walaupun begitu tahniah diucapkan kepada semua pembaaca yang meneka walaupun ternyata ramai yang gagal kerana teka pasukan kita menang setiap masa, padahal ianya tak seindah yang kita gambarkan. Musim akan datang peraduan tetap diteruskan dan diharap ramai lagi yang turut serta. Jadi diharap semua dapat berikan sumbangan dengan membaca iklan yang tertera dalam blog ini untuk memeriahkan peraduan 

May 21, 2013

LIVERPOOL 1-0 QPR



Berakhirnya sudah musim 2012/13. Kemenangan tipis walaupun Liverpool menguasai permainan. Boleh dikatakan QPR sudah tiada hati nak main dan keghairahan sudah taida dalam sanubari pemain mereka. Liverpool walaupun tanpa 3 pemain utama, Gerrard, Suarez dan Agger tapi masih mampu menguasai keseluruhan permainan. Tapi macam biasa peluang banyak, namun penyudah masih tak kemas lagi.

Sebelum sepak mula para pemainat mempersembahkan mozek berupa hormat kepada Jamie Carragher sempena persaraan belaiu dari Anfield. Hari terakhir buat Carragher sebagai pemian Liverpool namun siapa sangka sudah 737 penampilan sejak 16 tahun lalu. Saya macam tak percaya pemain yang masih bergetah macam Carragher dah mahu bersara tanpa alasan macam kecederaan atau kesihatan yang kronik.

Disebalik kesedihan ada sinar gembira. Siapa sangka nama yang begitu asing, Jordan Ibe menjadi taruhan untuk perlawanan terakhir ini. sejak awal permainan kelibat lipas kudung pemain ini begitu mengiurkan. Sebiji macam apa yang kita lihat masa Sterling mula-mula tampil dulu juga. Tapi Ibe lebih gempak kerana beliau membantu kepada kemenangan malam tadi dengan hantaran kepada Coutinho untuk gol tunggal.

Ada cerita sensasi seblum perlawanan yang mneyatakan bahawa bukan saja ini perlawanan terakhir bagi Carragher tapi ianya mungkin terakhir buat ramai lagi pemain. Paling heboh diperkatakan ialah Pepe Reina yang bakal balik kampung ke Catalunya untuk bersama kelab lama beliau Barcelona. Tiada angin masakan pohon bergoncang. Berita ini mungkin sahih kerana perbincangan belakang tabir sedang direncanakan menurut sumber yang boleh dipercayai.

Walaupun Liga dah berakhir, namun blog ini akan terus menyajikan berita dan analisa mengenai musim 2012/13 sepanjang cuti Liga Inggeris ini. Mungkin informasi dari blog ini tak sekerap mana tapi versi facebook/Liverpoolkita mungkin akan lebih menyajikan informasi dan lebih interaktif.


May 18, 2013

LIVERPOOL LAWAN QUEENS PARK RANGERS


Liga Perdana Inggeris bakal melabuhkan tirai.  Perlawanan terakhir akan dijalankan serentak disemua gelanggang. Namun tidak seperti musim yang lalu yang mana perlawanan terakhir menentukan selamat atau tidak pasukan untuk turun atau kekal di Liga Perdana. Musim ini perlawanan terakhir hanya pelengkap jadual kerana sudah diketahui pasukan mana yang akan melingkup turun ke Liga Kejuaraan musim depan. Wigan, Reading dan lawan kita nanti QPR sudah menempah tempat ke bawah. Maka perlawanan ini nanti tak berapa rancak seperti yang diharapkan.

Saya teramat dukacita kerana perlawanan ini nanti merupakan perlawanan selamat tinggal untuk lagenda kita Carragher. Beliau sebaya dengan saya dan boleh dikatakan saya mengikuti karier beliau dari seorang pemain mangkaq yang selalu kena ayam dengan Thierry Henry sehinggalah menjadi pemain yang digeruni oleh segenap penyerang terhebat didunia semasa kemuncak karjaya beliau. Ronaldo, Messi, Drogba, RVP, Raul dan ramai lagi penyerang handal  telah merasa bentesan dan terjahan beliau. Dan ramai menyatakan bahawa Carragher adalah yang terbaik dalam kelas yang tersendiri.

Kejayaan Carragher siapa boleh sangkal, kesemua piala dia dah pegang kecuali Kejuaraan Liga Inggeris. Bukan tak mampu tapi dua kali beliau hampir dapat masa Houllier dan Rafa, tapi nasib tak menyebelahi apa nak buat. Diikutkan dengan prestasi semasa dan kesihatan yang terbaik, 1-2 musim lagi Carra masih boleh main walaupun bukan sepenuh masa. Tapi perangai orang yang pandang kedepan, beliau mahu beri peluang kepada anak muda yang sedang naik seperti Kelly dan Wisdom. Tak pasti mereka boleh turuti jejak Carra, tapi harap mereka telah perhati dan belajar sepanjang berada dalam skuad utama dengan Carragher musim ini.

Walaupun tiada sasaran untuk perlawanan ini diharap pemain yang diturunkan nanti memberikan permainan cantik, menarik dan perolehi kemenangan hendaknya. Diharap juga Brendan boleh selit seorang dua pemain muda untuk bermain dalam perlawanan Liga. Tak bagi main terus pun tak apa tapi hujung-hujung perlawanan kasilah peluang sebab ini juga bentuk motivasi yang boleh menggalakkan perkembangan mental pemain muda. Dengar cerita juga jersi baru bakal dipakai oleh pemain untuk tontonan umum dan itu sebabnya nak kena tengok perlawanan nanti.


May 16, 2013

BUAT PENYOKONG PLASTIK


Tulisan kali ini bukan nak jaga tepi kain orang. Tapi saya sebagai peminat setia Pak Cik Rafa Benitez rasa tersangat meluat dengan gelagat peminat Chelsea yang begitu sombong, bongkak dan perasan bagus. Sepatutnya sesiapa sahaja yang menjadi sebahagian daripada kelab kamu, raikanlah mereka. Tapi Rafa sepanjang semusim bersama kelab Russia London, dia tak pernah diberikan kata-kata semangat selain dari cacian dan hinaan.

Mungkin salah beliau sendiri menerima tugasan pelik menjadi pengurus Chelsea. Belia sendiri mungkin tahu yang peminat Plastik Chelsea amat bencikan Rafa. Kerana pada mereka Rafa adalah Liverpool dan Liverpool adalah Rafa. Ada juga yang merasakan Rafa akan menjadikan Chelsea senasib dengan Inter Milan. Inilah fahaman totok peminat buta hati, kerana mereka tidak memahami erti semangat profesional Rafa yang begitu tinggi.

Sampaikan selepas kemenangan Piala Europa pagi semalam, saya tengok ramai peminat yang tidak pun memberikan kredit untuk Rafa keatas kejayaan pasukan mereka memburu Piala gred 2 Eropah itu. Sekalipun benci tapi tunjukkanlah semangat kesukanan dan berterima kasih kerana tak kerana Rafa, mustahil Chelsea yang dah tak berapa mantap dengan ramai kuda tua mampu menjulang Piala dan masih dalam kelayakan Liga Juara-Juara.

Bagi saya dan kebanyakan peminat Liverpool, setiap kisah kejayaan Rafa kami raikan kerana Rafa ada dalam lipatan sejarah Liverpool selama-lamanya. Selamat berjaya Senor Rafa Benitez. Hola !!!


Bingkisan kejayaan Rafa Benitez.

Valencia
Liverpool
Internazionale
Chelsea

Individual awards




May 13, 2013

LIVERPOOL 3-1 FULHAM


Dek kerana Skrtel cuti sakit disaat akhir, Liverpool terpaksa mengetengahkan kesebelasan pelik dengan 3 bek di bawah dan 6 pemain tengah yang membantu seorang penyerang solo. Kemasukan Coates dan Wisdom menggantikan Sktel dan Agger, namun mejadi tanda tannya kena Enrique gagal berada dalam kesebelasan utama. Apa yang hendak dipastikan bahawa Liverpool  bereksperimen untuk menyemakkan bahagian tengah dan menggunakan bek sisi yang mneggerakan serangan dari sayap.

Penguasaan bola tak menjamin gol, itulah hakikatnya apabila Brebatov yang memang sangat pemalas tiba-tiba dapat menanduk masuk gol Fulham dari serangan mereka. Walapun bek mereka Reither dah berjarak dalam keadaan curi ayam, tapi penjaga garisan agak pening mungkin kurang tidur agaknya. Nak salahkan bek mungkin juga tapi dengan formasi sebegni tak musathil lawan dapat menggunakan kelemahan dari posisi sayap yang terlopong bila bek sisi tidak berada di posisi pertahanan.

Dalam keadaan Fulham masih berasa ghairah akibat gol pembukaan, pasukan kita tak pernah putus asa dan kali ini Sturridge menjaringkan gol penyamaan. Dalam dok main hantaran demi hantaran, rupa-rupanya gol tak muncul dari gerakan cantik tapi bola lambung Wisdom tepat kepada Sturridge yang melakukan tipu helah mengantoikan bek Fulham dan meledakkan gol pertama beliau. Itulah semangat yang perlu ditunjukkan jangan putus asa dan jangan ikut sangat taktik pengurus nak main cantik padahal jika ada lubuk kosong ambil peluang jangan malu-malu.

Separuh kedua Brendan Rodgers telah menjadi Masta Taktikal dengan melakukan pertukaran sekaligus merombak formasi dari 3-6-1 kepada 4-5-1. Enrique dibawa masuk menggantikan Wisdom. Walaupun Wisdom main agak baik tapi perancangan bijak Brendan ada untuk memastikan tiada peluang untuk Fulham mencuri ruang dibahagian tepi serta membolehkan pasukan kita menumpukan usaha menambah jaringan. Ianya membuahkan hasil apabila Sturridge berjaya menjulang hatrik dengan bergaya. Tapi ianya tak terjadi tanpa kecerdikan perancang utama berjersi no. 10. Coutinho telah melakukan hantaran maut dan mengelirukan yang disudahkan oleh Sturridge dengan baik. Boleh dikatakan kesemua gol yang dijaringkan Sturridge sempoi-sempoi belaka.

Nak kata Fulham tak melawan tak juga, banyak peluang mereka dipatahkan oleh bek serta kecekapan Reina yang nampak telah kembali mantap. Sebab itulah Barcelona nampak beria-ia nak jadikan beliau goli utama mereka untuk gantikan Valdes. Saya harap Pepe kekal, tapi jika tawaran luar biasa sampai dan Pepe nak balik kampung, harga minimum 20juta pound tanpa diskaun. Bukan kita tak sayang dengan beliau, tapi dalam situasi pokai dan pemilik teramat kemut, Brendan mungkin akan pilih opsyen menang-menang bagi membawa Liverpool jauh kedepan.

Nampaknya pembelian Januari Brendan memang berbaloi kerana kombinasi mereka telah memberikan kemenangan manis buat peminat. Sturridge talah mencipta rekod sebagai pemain yang terpantas mendapatkan 10 gol cuma dalam 13 perlawanan, mengatasi Fowler dan Torres. Manakala Coutinho pula adalah pembuka peluang dan sumber inspirasi untuk gol Liverpool sejak beliau ke Anfield Januari lalu. Walaupun kemenangankali ini tak dapat merubah kedudukan kita yang kekal di posisi ke-7 liga, tapi yang dicari ialah momentum dan persembahan baik yang bagi membentuk pasukan terhebat untuk musim depan.

May 11, 2013

LIVERPOOL LAWAN FULHAM


Perlawanan ini hanyalah pelengkap jadual bagi Liverpool, tapi sebaliknya buat Fulham. Martin Jol perlu sekurang-kurangnya seri untuk menyelamatkan diri dari masuk kedalam kumpulan terdesak yakni kumpulan yang bakal terjerumus ke Liga Kejuaraan. Keadaan ini mungkin nampak mereka terdesak dan saya rasa mereka bermain dengan sepenuh tenaga dan meletakkan kesebelasan terbaik.

Berbanding dengan pasukan kita, 2 pemain utama telah disahkan terpaksa berehat untuk menjalani pembedahan. 2 pemain tulang belakang yakni Gerrad dan Agger bakal direhatkan dan pengganti beliau mungkin telah sedia maklum Henderson dan Skrtel. Formasi mungkin berubah dengan pasukan kita bakal main 4-4-2 menurut ramalan saya kerana Borini mungkin bakal diturunkan untuk digandingkan dengan Sturridge.

Formasi permata(diamond) lebih baik digunakan daripada dok biar bermain dari tepi dan nampak buang masa dan tenaga. Lucas menjaga kawasan pertahanan untuk mengurangkan bebanan bek tenngah dan Coutinho membantu serangan dan memang cun untuk menjadi perancang utama gerakan. Tugas Henderson dan Downing mudah yakni mereka berlegar-legas atas bawah bantu apa yang patut samada menerang atau bertahan.

Kemasukan Skrtel menggantikan Agger sesuai tapi apakah Skrtel sekarang macam Skrtel musim lepas. Saya harap sangat dia kental semnagat walaupun turun pangkat dan tersisih dari kesebelasan utama. Carragher yang masih bergetah harapnya boleh membantu Skrtel menjadi insan berguna pada perlawanan nanti, kerana Kapten Carragher yang vokal akan dirindui selepas bersara kelak. Enrique dan Johnson mengambil tugas pemain sayap membantu serangan dari  bawah.

Kalau ikut rekod pasukan kita dengan Fulham sebelum ini memang cun, membelasah mereka 4-0. Tapi rekod kita pulak semenjak dua menjak ni pula tak cun lagi dah dok seri memanjang. Mungkin perangai main sambil lewa sebab tiada sasaran macam pasukan lain membuatkan sebegitu, siapa tahu. Perlawanan kali ini saya harap bagilah semnagat sikit penonton nak tengok. Kalau boleh bagi peluang pemain muda yang bersemangat dan mahu tunjukkan kebolehan main sebagai pemain gantian pun jadilah.




May 8, 2013

LIVERPOOL 0-0 EVERTON


Seperti yang sedia maklum bilamana bolasepak bertemu dengan pilihanraya, pastinya pihak bersemangat patriotik akan memenangi kuasa untuk menguasai TV. Sampaikan nak pegang alat kawalan jauh astro pun kena dehem. Jadi saya mengalah demi perpaduan sejagat dan tengok melalui siaran internet yang maha lembab. Namun konsentrasi saya untuk layan perlawanan kejiranan yang dikatakan paling gempak tergangu juga kerana ada juga rakan dan taulan menghujani SMS bertanya khabar pilihanraya.

Tengok keputusan pun dah tahu perlawanan teramat boring kerana pihak kita tak macho macam ada Suarez.   Saya teramat heran kerana perlawanan seperti ini pasukan kita mesti nak tunjuk hero kepada jiran yang bertandang. Bukan saya mahu perlawanan yang berakhir dengan tumpah darah dan beraneka warna warni kad keluar, tapi pasukan kita terlalu berhati-hati dan Everton juga takut untuk buat kesilapan. Adakah kerna Liverpool mahu ke Liga Eropa musim depan melalui pintu belakang, maka pemain disyorkan jadi budak baik dan tidak main kasar.

Dalam tak banyak peluang yang pasukan kita cipta namun kelibat Coutinho cukup memikat hati. Saya nampak beliau adalah pemain yang terlalu konfiden tak padan dengan usia. Ketiadaan Suarez sedikit sebanyak terubat dengan aksi memukau dari beliau. Bagi Carragher perlawanan kejiranan terakhir beliau tidaklah membanggakan namun lebih baik jika kena bolos dek gol Distin yang tidak dikira kerana kekasaran lembut bak sutera. Perlawanan ini juga merupakan perlawanan terakhir Kapten Gerrard bukan kerana beliau bersara tapi kecederaan beliau dah tak mampu dirawat dengan semburan bius.


May 4, 2013

LIVERPOOL LAWAN EVERTON


Kebetulan sekali perlawanan kejiranan Liverpool dengan Everton kena dengan malam pilihanraya. Sudah tu pula kena waktu perdana pukul 8.00 malam tak silap. Pastinya jika tonton dirumah kena bersilat juga dengan orang nak lihat keputusan terkini pilihanraya. Jujur saya cakap yang saya suka ikuti perkembangan politik, jadi kalau boleh tak mahu terlepas kedua-duanya. Tapi kalau dah balik kampung, rumah Bonda Astro tak ada pakej Sukan, maka terpaksa layan menerusi lintas langsung di Internet.

Ingat Everton tak cuak tengok pasukan yang telah dibelasah Liverpool sampai 6 biji. Pasukan mereka mungkin lebih konsisten dari kita tapi jika tengok kedudukan Liga hanya dipisahkan 5 mata. Saya salut David Moyes yang telah lebih sedekad berjaya menjadikan Everton pencabar terhebat kita kerana sebelum ini bila sebut lawan Everton, paling kurang 2-3 biji boleh balun mereka. Itu dulu, sekarang boleh dikatakan nak menang dengan mereka bukan ibarat kacang Ngan Yin, tapi kekacang dalam bearing motor, silap gigit berterabur gigi. Mreka tak hebat mana tapi jangan ambil risiko dengan ambil mudah prestasi mereka

Saya tak berapa risau corak agresif mereka, tapi mentaliti permainan mereka lebih jujur kepada tujuan asal, yakni main kalau boleh nak menang. Apa juga keadaan mereka tak akan pegang bola nak main hantaran pendek sia-sia tapi mereka bermain dengan hantaran pantas dan biasanya menyerang dari sebelah sayap menggunakan kelebihan bek sisi yang laju menggempur dari bawah. Lagi satu liat sangat pasukan ni kita nak tewaskan kerana mereka suka mengSardinkan bahagian tengah. Ini kelebihan mereka untuk menyah-aktifkan kelebihan pasukan kita yang memang hebat dan mantap membuat pergerakan dari tengah.

Formasi macam lawan Newcastle memang cun, dan tak perlu diubah juga kesebelasan utama kerana saya dah tak nampak yang terbaik dari ladang selain dari pasukan lawan Newcastle haritu. Cuma yang perlu tekankan ialah main lebih cerdik dan pelbagaikan corak permainan dan taktikal. Harus diingat pengurus mereka Moyes boleh tahan juga akal dan licik. Dia akan memggunakan apa juga kelebihan dipihak mereka  disamping mencari kelemahan pasukan kita. Jadi jangan joli katak sebagai tuan rumah dengan terlalu seronok nak tunjuk permainan cantik. Main tenang dan biar seimbang antara menyerang dan bertahan.

Apr 30, 2013

LIVERPOOL 6-0 NEWCASTLE


9 perlawanan lagi tanpa Suarez, namun pasukan kita tidak menunjukkan sebarang alasan untuk putus asa. Maka betullah bahawa Suarez cuma salah seorang dari watak dalam kumpulan wirawan Merseyside Merah. Liverpool masih mempunyai pemain berkaliber lain yang mampu terus membawa cabaran. Pihak FA Inggeris belum mampu melumpuhkan Liverpool dengan ketiadaan Suarez kerana bagi saya pasukan kita sudah menyediakan platfom taktikal tidak tertumpu kepada seorang dua pemain sahaja, macam dulu-dulu.

Pujian kepada Brendan kerana beliau telah faham bahawa pemain no. 10 kita amat membazir diletakkan di bahagian sayap kiri. Posisi beliau dibawah sedikit dari penyerang utama adalah posisi feberet Coutinho kerana disitulah tempatnya pemain cilik dari Brazil itu menjahanamkan bek Newcastle dengan hantran maut yang memudahkan kerja Sturridge dan penjaring gol lain meledakkan gol sampai melambak-lambak. Saya cukup hairan bekas pemain SeriA ini dapat sulam dengan mudah dalam Liga Inggeris. Padahal pemain perancang macam Aquilani, Veron, Diamneti dll banyak yang kecundang padahal mereka begitu marbeles di Serie A.

Liverpool perlukan permainan secara berpasukan macam lawan Newcastle. Semasa ada Suarez semua mengharap beliau dan tidak cuba menggunakan opsyen lain. Sebab itulah bilamana Suarez kantoi banyak peluang mungkin kerana gerakan beliau sudah difahami bek lawan atau terlalu tamak untuk hasilkan gol tanpa hiraukan kawan-kawan lain, Liverpool memang nampak terlalu buntu. Kita boleh tengok yang pemain macam Henderson boleh jaringkan gol kerana pemainan kita tidak tertumpu kepada Sturridge sahaja. Malah paling membanggakan Borini yang dah berbulan MC pun masuk saja terus bubuh sebiji.

Saya rasa pasukan kita dalam landasan yang betul untuk kembali dalam golongan pasukan elit, cuma kena pastikan kesebelasan utama dikekalkan. Serius saya cakap kita amat perlu mengekalkan Suarez walaupun ketiadaan beliau pasukan kiita masih mampu menang besar. Sebagai pengurus, Brendan perlu lebih tegas dan buat pemain respek kepada beliau. Keupayaan Suarez dari segi fizikal dah OK tapi kekuatan mental perlu diperbaiki kerana semangat beliau terlalu membuak-buak dan terkadang tidak terkawal. Buatlah apa yang patut untuk kekalkan belia kerana kita takkan dapat pemain sehebat beliau untuk tahun-tahun mendatang dengan mudah.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails