
Pertembungan Gunners dan Man U telah membayangi minat saya untuk menunmpukan perhatian terhadap perlawanan dengan West Brom. Apa tidaknya didalam hati terdapat seciput harapan supaya Arsenal dan juga Hull dapat memberikan kejutan buat Shayton Merah. Siapa cakap yang perkara itu mustahil. Sebelum wisel penamat berbunyi sehingga itulah masih ada harapan. Rekod Arsenal dengan Man U musim ini memang tidak dinafikan memihak kepada Man U dalam perlawanan terakhir. Tetapi Arsenal pasti ingin membalas dendam dan sekaligus memberikan pukulan balas sekurang-kurangnya dapat memuaskan hati.
Tetapi semua itu takkan bermakna jika West Brom berjaya sekurang-kurangnya mengutip mata. Saya sedikit risau kerana pasukan yang sedang terdesak untuk tercicir pastikan berusaha bersungguh sungguh. Lagipun mutakhir ini pasukan Hawtorn itu, nampak agak garang permainan mereka apabila membelasah Wigan 3-1 di gelanggang sendiri. Jadi kedudukan tercorot bukan penghalang mereka bagi membuat sial kepada kita.
Untuk itu pasukan terkuat mesti diturunkan untuk tidak memberikan ruang kesempatan untuk Mat Broom. Kita mesti bermain Kamikaze ala Pearl Habour untuk menembusi kubu mereka yang pastinya akan dilapisi kesemua permain termasuk penyerang. Tiga mata adalah mandatori untuk dibawa pulang dari sana.
Harap ada peluang.....Hull ngan Arsenal kena menang...
ReplyDeleteLiverpool plak jangan pandah rendah pada WBA...
Liv adalah team terbaik untuk 10 perlawanan terakhir ni..kalau attacking mind-set digunapakai dari awal lagi tentu sudah jadi juara..Sebahagian besar kegagalan patut dipikul oleh rafa benitez kerana turun dengan mentaliti yang salah sehingga kepada perlawanan dengan middlesborough
ReplyDelete