
Gerrard Houllier telah melepaskan jawatan sebagai Pengurus Liverpool, hari ini pada 2004. Ini merupakan kali pertama pengurus bukan orang British diambil sebagai pengurus Liverpool. Kehadiran beliau mulanya digandingkan dengan Uncle Roy (Roy Evans), tetapi umpama kapal yang mempunyai dua nakhoda, Uncle Roy akhirnya beralah akibat sudah tidak sekepala.
Saya memang tidak menyukai lansung Houllier ini pada mulanya. Ini kerana semasa Liverpool ditangan Uncle Roy, kita masih pencabar utama Man U. Namun apabila masuknya Houllier, beliau telah merombak sistem dan kebanyakan pemain senior tidak menyukainya. Nama seperti Paul Ince, David James, Jason McAteer, Rob Jones, Tony Warner and Steve Harkness semuanya menjadi mangsa cantasan Houllier.
Musim pertama pengambilalihan penuh, kita terjerumus ke tangga ke-7. Ini mungkin kerana ramai kesebelasan utama yang beliau turunkan masih muka baru dalam Liga Perdana. Sami Hyypiä, Vladimir Smicer, Sander Westerveld, Djimi Traore dan Erik Meijer merupakan pembelian Houllier yang mentah tentang EPL. Hanya Dietmar Hammann dan Stephane Henchoz merupakan pemain yang dibeli dari kelab EPL lain.
Pengstrukturan semula pemain nampaknya mengena pada musim 2000/01, apabila kita berjaya menjadi Juara Treble. Habis kesemua piala disapu musim itu antaranya ialah Piala Liga, Pila FA dan Piala UEFA. Malah dua tropi tempelan kita dapati awal musim berikutnya dengan memenangi Piala Sumbangsih dan Trofi Juara antara Juara Eropah.
Namun pisang takkan berbuah dua kali buat Houllier. Karier beliau sebagai jurulatih berakhir apabila pasukan kita gagal mencabar kejuaraan Liga dan terkeluar dari pasukan Empat Teratas (Big-4). Ditambah pula kesihatan beliau yang tidak menentu dan menyebabkan beliau dimasukkan ke wad untuk pembedahan jantung. Maka Houllier sudah semakin tertekan dan membuat keputusan meninggalkan Anfield pada 2004.
Pemergian beliau digantikan oleh Pengurus sekarang, Rafa Benitez.
No comments:
Post a Comment