
Dalam senarai pemain muda selain David Ngog, nama Kristian Nemeth sering menjadi bualan kerana dikatakan bakal menggegarkan Anfield pada musim depan. Lebih lebih lagi beliau yang baru pulih dari rehat yang panjang telah beraksi hebat apabila skuad simpanan kita memenangi Piala Senior Liverpool tempohari. Malah Nemeth telah telah dinobatkan pemain terbaik dengan menjaringkan gol kemenangan malam itu. Namun pekembangan beliau terbantut kerana kerap cedera dan ini mengakibatkan peluang beliau untuk bersama skuad utama gagal.
Tetapi saya rasa ada seorang lagi yang bakal menggegarkan Anfield iaitu Lauri Dalle Valle. Bekas pemain remaja Inter Milan ini telah berjaya mebawa pasukan remaja kita ke perlawanan Akhir Piala FA remaja. Bakat beliau telah dipersia-siakan oleh Inter dan Liverpool telah berjaya mengasah bakat beliau. 19 gol bersama skuad bawah-18 merupakan petunjuk bahawa ada yang istimewa tentang budak ini. Rafa juga telah memberikan komen bahawa kedua-duanya (Nemeth dan Laurie) bakal menyinar tidak lama lagi.
Tetapi bagi saya itu semua bergantung kepada nasib dan keadaan. Jika Rafa sudah puashati dengan kebolehan dan rasa masanya sudah tiba untuk menampilkan mereka. Pastinya peluang untuk berjaya akan bergantung diatas kerja keras mereka. Jika mereka inginkan ikon dari segi itu mereka kena melihat bagaimana Owen naik kesebelasan utama tanpa menoleh kebelakang lagi. Apapun masadepan mereka cerah jika Rafa tidak membawa masuk pemain lain untuk posisi mereka.
No comments:
Post a Comment