Rafa sekali lagi menjadi taruhan kaki ekor sejak tahun lalu dalam senarai Pengurus yang bakal dipecat. Entah macamana diaorang ni buat spekulasi otak singkat beginii, padahal baru 3 perlawanan berlalu. 2 tewas dengan satu saja kemenangan serta dibolosi sebanyak 5 kali mungkin memadai buat orang mengganggap tiada harapan lagi untuk menjadi Juara Liga. Tetapi sebagai peminat apapun berlaku jangan panik dan gusar. Kekalahan yang lalu ada pengajarannya. Rafa mungkin bersedia mengorbankan gandingan Torres-Gerrard bagi mengeluarkan Lucas dalam perlawanan menentang Bolton nanti.
Memang dari pemerhatian saya, pasukan kita sangat mantap dari semua posisi kecuali bahagian tengah. Pedulikan ejekan orang luar tentang ketiadaan Alonso, walaupun sedikit sebanyak beliau adalah faktor penyumbang namun beliau sudah menjadi sejarah. Dan untuk menutup kembali lubuk puaka yang diisi oeh Lucas sekarang ini Gerrard adalah jawapan yang sesuai tetapi bukannya untuk selamanya. Sementara menunggu Aquilani pulih, biarlah sesiapa untuk bergandingan dengan Torres dihadapan atau sedikit dibawah.
Calon sesuai semua orang mungkin Benayoun, tetapi saya punyai idea sedikit merepek iaitu meletakkan Babel untuk sementara. Mungkin untuk perlawanan Bolton sahaja barangkali itupun jika Bolton sedia bermain secara berkubu dikawasan sendiri. Seperti mana yang kita tahu Bolton pasti bermain ala Rugbi dengan melakukan tekanan buat pemain tengah kita. Jadi jika Lucas masih diberi peranan pasti lembik-lunyai dikerjakan oleh Muamba dan McCann. Satu lagi, saya tidak pasti siapa yang bakal diturunkan untuk posisi bek tengah bergandingan dengan Carragher.
Skrtel masih lagi biol dengan kecederaan rahang diwar-warkan akan digantikan oleh Kargiakos. Bagi saya itu pilihan tepat kerana beliau bakal menjadi pendinding Reina yang bakal dihujani serangan udara bertalu-talu. Walaupun begitu tiada jaminan yang beliau akan menjadi wira kita nanti kerana rekod beliau sebagai bek rakus pasti tidak disenangi oleh pengadil. Apa pun begitu peranan beliau amat ditagih takkala musuh menghidu kelemahan dan lubuk gol iaitu sistem menjaga zon ketika sepakan percuma dan sudut. Sistem tidak salah, cuma kita tidak mempunyai ramai pemain yang tinggi dalam kesebelasan utama.
Dan yang terakhir, saya amat khuatir yang Torres pasti akan dikerjakan oleh bek Bolton yang agresif. Tambahan pula beliau masih belum cergas sepenuhnya menurut Rafa. Dan tugas berat Torres kan lebih berat lagi tanpa Gerrard disamping beliau. Nasib baiklah kebolehan dan mobiliti beliau berupaya melakukan serangan dan bertindak secara solo, jika tidak siapa lagi yang boleh diharapkan untuk mengorek kubu Bolton yang agak liat. Dan pemain yang menjadi bakal tumpuan selain Kargiakos adalah Torres. Jika kaku Torres malam ini, maka pada siapa lagi akan menjadi wira. Voronin ? lupakan sahaja.
tak pe..
ReplyDeleteliverpool dah menang...
dan ini permulaan untuk kebangkitan liverpool..
http://liverpool-malaysia.blogspot.com/