Epilog 1 : Sebelum ke Reebok
Rafa mengunci dirinya dalam bilik pejabat yang berhawa dingin sedingin cuaca Merseyside yang damai. Terus sahaja laptop Sony Vaio pemberian Monste sempena hari lahir ke 48 dibuka. Seperti biasa blog Liverpoolkita akan menjadi tatapan beliau sbelum membaca Harakahdaily. Selesai merayau-rayau di alam maya, Rafa bangun sebentar membancuh Kopi Radix yang berupaya memberikan ketenangan jiwa buat dirinya yang senantiasa perlu melalui hari-hari yang penuh liku-liku dan cabaran.
Sambil membaca laporan kesihatan pemain beliau sempat juga Rafa teringat cabaran beliau kepada Gerrard sebelum ini. Oleh kerana tatabahsa Inggeris beliau agak kurang baik, media telah cuba menjadikan seakaan beliau bersengketa dengan pemain senior seperti Gerrard dan Carragher. Seakan menyesal beliau memberikan komentar tersebut. Tetapi apakan daya, semangat Gerrard mesti dibangkitkan untuk membawa kembali rakan sepasukan ke mentaliti sebenar. Jika Gerrard hebat dan berkeyakinan tinggi pasti pemain lain akan terangsang jua.
Setelah membaca laporan kesihatan seorang demi seorang pemain hingga tiba kepada Skrtel, Rafa hampir bingung. Arghhh. Keluh beliau. Sekali lagi Radix dihirup dan diteguk dalam-dalam. Tiada pilhan lagi buat Rafa. Kargiakos terpaksa diturun jua. 45 minit ketika menentang simpanan Blackburn sudah boleh meyakin, dan merupakan calon terbaik berbanding Ayala. Ayala belum matang namun punyai jiwa besar. Tapi apakan daya Rafa akur yang tragedi Hobbs mungkin berulang. Jadi usah terburu nafsu. Dan tanpa berfikir panjang lagi Kargiakos Rafa letakkan dalam kolum bek tengah.
Lucas? Hmmm .. apa yang tidak kena dengan beliau. Ketika perlawanan di sesi latihan nampak beliau amat cemerlang. Iras-iras dunga pun ada. Namun sekali sekala kelibat Kleberson muncul jua. Pening lah macam ni dengus Rafa. Sudah lah bertalu-talu panggilan dari wartawan bertanyakan situasi lhabar angin yang beliau akan membawa diri. Entah apa-apa mereka ini. Cari makan pun tulis lah elok-elok. Berbalik kepada Lucas, Rafa sedang mencongak-congak formasi yang sesuai untuk Bolton esoknya. Risau juga kerana Bolton agakk agresif dan suka bermain kotor. Apatah lagi di Reebok yang memang agak berhantu buat Rafa. Biarlah apa oran nak cakap, Lucas mesti main kerana beliau antara yang paling susah cedera. Mungkin berkat doa bondanya.
Bersambung ...
bukan rafa suka minum kopi janda ke..??
ReplyDeletemmg lucas susah nak cedera men x semangat..
pstu takut nk challenge..nnti kene tackle
bro.. bila nak sambung? x sabar nak baca
ReplyDelete