Epilog 3 : Perlawanan di Reebok
Bas yang membawa pasukan Liverpool ke Bolton telah sampai di Melwood. Kesemua pemain dan staf memasuki bas tersebut. Orang yang terakhir masuk ialah Sammy Lee. Beliaulah yang akan menyemak kehadiran semua pemain. Dan apabila sudah cukup korum maka bas akan meninggalkan melwood dan bergerak ke Bolton. Perjalanan sejauh 41.78 kilometer akan melalui Wigan terlebih dahulu dan mengambil masa lebih kurang 45 minit.
Rafa tidak banyak menuturkan kata-kata. Hanya komputer riba kesayangan menjadi teman dikala itu. Sekali sekala beliau memanggil staf-staf beliau untuk menanyakan maklumat tentang latihan pasukan. Sambil itu beliau sempat membuat catatan dan mengolah taktik diatas secebis kertas. Pallegrino dan Sammy Lee hanya menggangguk setuju. Pemain-pemain sedang berborak-borak sesama sendiri bagaikan tiada perasaan gentar akan pasukan yang bakal mereka tentang nanti.
Setibanya dibilik persalinan di Stadium Reebok, semua pemain mengambil kesempatan untuk menyegarkanbadan dengan mandi. Kedengaran suara suara sumbang pemain-pemain yang menyanyikan lagu kegemaran masing masing. Ada yang lupa lirik ada yang sumbang dan ada juga yang macam Jason Mraz. Pemain yang paling lama mandi adalah pemain baru dari Greek, Kargiakos. Ini kerana tahap penjagaan rambut amat penting katanya. Manakala Dossena paling awal kerana rambut pun kurang.
Setelah semua menyalin jersi masing-masing yang disediakan oleh Pak Cik Graham Carter, pemain pemain dipanggil oleh Rafa untuk mendengar amanat terakhir. Kesemua pemain yang termasuk simpanan khusyuk mendengar ulasan, komen, arahan taktikal Rafa dan disulami oleh Sammy Lee yang akan mencelah sekali-sekala. Masing-masing mengangguk-angguk semacam faham. Namun Kargiakos yang baru seminggu tiba seminggu di Liverpool semacam berkerut dahi dan mungkin berhempas pulas memahami tutur ayat Rafa yang masih pelat Sepanyol.
Sesi itu selesai sebaik sahaja pegawai pertandingan memaklumkan bahwa pasukan mesti bersedia untuk masuk kepadang. Gerrard mendahului pemain semua dengan memimpin maskot Liverpool, yang tidak pasti berumur berapa tahun tetapi kecil sangat fizikalnya. Setelah diperkenalkan dengan pegawai pengadilan yang diketuai oleh, Alan Wiley. Kevis Davies (peminat setia Liverpool) telah diberi penghormatan melambung duit untuk penentuan sepak mula. Davies kelihatan amat teruja apabila memilih untuk melakukan sepak mula.
Bersambung lagi ....
sungguh detail ulasan kau ni?
ReplyDeletebila nak smbung lagi ni?
tak sabar dah..
http://liverpool-malaysia.blogspot.com/
sibok gila skrg mirol
ReplyDeletenanti ada masa aku cont..
stay tune