May 31, 2009

Kerja Kosong



Home » Executive Opportunities » Opportunity details

Chief Executive
Liverpool Football Club & Athletics Grounds Plc, Liverpool

Significant packageLiverpool Football Club is an iconic Club with over 100 years of footballing success including 5 European Cups, 18 League titles and 7 FA Cups. The Club has a reputation for excellence on and off the pitch and is proud of its heritage and traditions. With a global following and a brand to match, the Club regularly competes for honours in the most popular League in the world. Privately owned and backed by cochairman Tom Hicks and George Gillet since 2007, the Club is in a unique position to leverage its brand and expand its commercial opportunities nationally and internationally.


The Role:

• Give outstanding leadership and clear direction to the club through its next phase of development, ensuring it performs exceptionally both on and off the field.

• Create a culture of excellence and ambition which will drive the commercial side of the club, leveraging the monetary value of the brand and world-wide fan base.

• Ensure the Manager and his support group has the necessary resources and support to enable the team to win European and Domestic Championships.


The Candidate:

• A proven, extraordinarily successful CEO with outstanding commercial acumen and noticeable achievements in developing a global entertainment brand.

• First class leader with stature, flair and steadfast courage in their convictions. Exceptional team-building, communication and presentation skills.

• Empathy with the values and heritage of the most successful football club in the history of English football and a deep-rooted love of the game.

Nota: Kalau anda layak sila hantarkan resume anda kepada saya. :)

May 30, 2009

Wanita Tua cuba pikat Dossena



Juventus are considering a bid for Liverpool full-back Andrea Dossena.

The left-sided defender was included in Marcello Lippi's Italy squad and Sportsmediaset says Juve are now weighing up making an offer to bring him back home.

The full-back struggled to adapt to life on Merseyside, but scored some crucial goals for the Reds as the season progressed.


Macam tak percaya bahawa pasukan elit Serie A seperti AC Milan dan Juventus (Old Lady) sedang mengintip Dossena. Maklumlah yang peranan beliau di Anfield telah digugat oleh Insua, maka peluang kembali ke tanahair beliau pasti tidak akan dilepaskan.Cuma semuanya akan bergantung kepada Rafa, samada kan memberikan peluang terakhir atau tidak kepada Dossena. Ini kerana Rafa pernah berkata yang beliau akan melihat prestasi pemain muda seperti Stephen Kelly dalam perlawanan pra-musim ini.

Hadiah harijadi Buat Kapten LFC



Genap 29 tahun usia Kapten kita ini pada harini. Kesemua piala telah dirasai beliau cuma trofi Kejuraaan Liga yang masih belum dikecapi. mungkin hadiah harijadi yang ke-30 nanti, beliau akan menghadiahkan kita pula dengan kejuaraan yang ke-19.

May 29, 2009

Torres di Anfield sehingga 2013



Torres telah mengakhiri spekulasi masa depan beliau dengan menandatangani kontrak 4 tahun untuk bersama kita. Di fahamkan gaji beliau akan mencecah sehingga 120,000 pund seminggu. dan ini menjadikan beliau antara pemain yang mendapat bayaran tertinggi selepas Kapten Gerrard.

Barca Intip Kereta Kebal LFC


Juara Eropah 2009, Barcelona sedang mengintip Mascherano untuk di bawa ke Nou Camp. Menurut sumber kemungkinan Yaya Toure akan berhijrah ke kelab lain telah menyebabkan Barca terpaksa mencari kereta kebal baru.

Namun dipihak Mascha, beliau telah menolak spekulasi itu. Beliau berkata hanya pasukan merah saja dalam hati beliau, merah belang biru tiada dalam perancangan.

Dan Mascher juga berkata misi kejuaraan Liga EPL mseti beliau sempurnakan sebelum sebarang keputusan untuk berhijrah diambil.

Posisi Masha sekarang hanya diisi oleh Lucas jika Mascher MC atau digantung. Oleh itu keputusan menjual Masha boleh diibaratkan seperti menempah maut.

Lucas sememangnya belum mencapai kriteria sebagai pemecah serangan seperti Masha dan tidak konsisten walaupun ada peningkatan sedikit mutakhir ini.

May 28, 2009

Babel akan dilelong



Kasihan juga dengan berita yang Babel ditunjukkan jalan keluar oleh Rafa. Tetapi apa boleh buat, adat dalam dunia bolasepak, kalau sudah tidak mendapat kepercayaan dari jurulatih, maka jalan yang terbaik adalah mencari halatuju baru.

Dengar saja berita tentang babel akan dilelong berpusu-pusu kelab yang diwar-warkan untuk mendapatkan beliau. Aston Villa, Arsenal, Juventus dan yang terbaru Spurs telah membuat perkiraan untuk menjadikan Bebal dalam skuad mereka. Mungkin mereka nampak kelebihan Babel berbanding Rafa.

Bagi saya jika perpindahan ini terjadi, ini memberikan kebaikan untuk kedua-dua pihak iaitu Babel dan Liverpool sendiri. Ini kerana Babel sudah tidak dapat memuaskan hati Rafa untuk diletakkan sebagai pemain utama. Dan Babel juga hanya kelab yang dapat menawarkan pakej gaji menarik dan memberikan jaminan tempat dalam kesebelasan utama mungkin dapat menjadikan Babel pemain mereka.

May 27, 2009

Torres pilihan Liverpool Echo



Boleh tahan besar juga trofi yang Torres dapat baru-baru ini. Beliau telah dipilih dikalangan pemberita akhbar harian Liverpool Echo sebagai Personaliti Terbaik. Sekurang-kurangnya adalah juga cenderamata untuk musim ini.

Ayuh Barca, lanyak Man U secukupnya.


Selalunya apabila perlawanan lain yang tidak melibatkan pasukan kita, saya kurang berminat menontonnya. Kalau adapun cuma sekadar melepaskan kebosanan. Mungkin ada orang fikir ada unsur jeles dan irihati, tetapi yang sebetulnya saya tiada fokus walaupun perlawanan tersebut dikatakan Perlawanan Terhebat dalam sejarah. Namun jika perlawanan Antarabangsa, pasukan kerdil seperti San Marino pun akan saya tonton.

Tetapi dalam pertembungan kali ini, disebabkan faktor Man U. Saya akan berusaha menonton dan menyokong dalam perlawanan Akhir ini, tetapi bukan kepada Man U.Cuma saya berharap pasukan Pep Guradiola dapat menempelak ego Man U dengan memberikan kekalahan buat pasukan yang menggelarkan diri mereka Syaitan Merah yang hebat. Rata-rata rakan terdekat saya semuanya akan menyokong Barca. Tak kiralah peminat Liverpool, Chelsea, Arsenal ataupun Hull, semuanya seakan terbawa-bawa persengketaan dalam Liga Inggeris untuk dipuaskan oleh kemenangan Barca.

Saya disini tidaklah fikir yang Barca dapat meng"ayam"kan Man U seperti yang selalu diungkapkan blogger Beemer. Ini kerana Chelsea juga walaupun dikerjakan oleh Barca ditengah padang, namun masih mampu mengekang Barca hingga keakhir perlawanan. Tetapi yang penting Barca dapat menang tipis awalaupun dalam sepakan penalti itu sudah memadai.

May 26, 2009

28 Terbaik Musim Ini (sumber Lfc.tv)



1. Kita berjaya mengumpul mata tertinggi 86, mengatasi rekod 82 pada 2005-06.
Merupakan mata tertinggi sejak 1987-88.

2. Jika jumlah 86 diambil kira, maka kita mampu memenangi 12 dari 18 Kejuaraan Liga yang terdahulu.

3. Kita berjaya mengutip 14 mata dari pasukan 4 teratas (Big-4), musim ini. Ini mengatasi jumlah mata untuk 3 musim keseluruhan.

4. Jumlah jaringan 77 musim ini adalah yang terbaik sejak 1990-91, dengan jumlah yang sama dan juga berada di tangga kedua tetapi dibelakang Arsenal.

5. 16 pemain telah berjaya menjaringkan gol dalam liga musim ini. Hanya kurang 1 dari rekod terbanyak musim 1911-12.

6. Dalam kempen ini kita berjaya memperolehi perpezaan gol +50, terbaik sepanjang 21 tahun dengan rekod dipegang ialah +63 pada 1987-88.

7. Kita berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di Anfield musim ini yang merupakan yang ke-10 dalam sejarah Liverpool, dan kali pertama sejak 1987-88.

8. Berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah ditempat sendiri sebanyak 30 perlawanan, terbaik sepanjang 28 tahun dan keempat dalam keseluruhan.

9. 7 mata diperolehi musim ini melebihi musim kejuaraan terakhir kita pada 1989-90 (79 mata).

10. Menyamai rekod pada 1904-05 dengan memenangi 13 perlawanan tempat lawan.

11. 43 mata yang dikutip digelanggang lawan merupakan rekod terbaru kita.

12. Purata mata 2.26 dalam satu perlawanan adalah rekod kedua terbaik dalam 94 musim. Rekod adalah 2.33 mata pada 1978-79.

13. Sekurang-kurangnya 3 gol telah dijaringkan dalam 5 perlawanan berturut-turut semenjak 1987.

14. Dan Sekurang-kurangnya 3 gol juga dijaringkan dala 6 perlawanan berturut-turut, yang merupakan pertama kali berlaku dalam kelab kita.

15. hanya 2 kekalahan sahaja musim ini- rekod terbaik sejak 1987-88 yang juga dengan jumlah yang sama. Musim itu walaupun seri 12 perlawanan namun kita berjaya memenagi kejuaraan liga 9 mata mendahului Manchester United.

16. Kita menjadi pasukan pertama yang tewas hanya 2 perlawanan namun gagal menjadi Juara Liga.

17. Rekod kekebalan Chelsea 86 perlawanan di gelangang sendiri musnah oleh jaringan Torres.

18. Chelsea ditundukkan 2 kali buat kali pertama sejak 19 tahun.

19. Kita berjaya menjadi pasukan English kedua berjaya menang di Bernabeu.

20. Dan di Anfield pula Real Madrid menerima kekalahan terbesar 4-0 dalam Liga Juara-Juara Eropah.

21. Keseluruhan Real Madrid dihadiahkan kekalahan terbesar kejuaraan Eropah. Semenjak 20 tahun lalu.

22. Rekod 72 telah dipecahkan di Old Trafford dengan kemangan 4-1. Ianya juga buat kali pertama 4 pemain kita menjaringkan gol dalam satu perlawanan.

23. Rafa Benitez berjaya memecah rekod Bill Shankly dengan memenangi 65 perlawanan eropah.

24. Dan rekod Bob Paisley, menang 40 perlawanan eropah.

25. Rafa merekodkan 100 perlawanan liga dalam 181 perlawanan. Inanya ke-3 terpantas dalam sejarah Pengurus Liverpool dan 50 perlawanan lebih awal dari Alex Ferguson.

26. Liverpool hanya tewas 6 perlawanan keseluruhan dari 2 musim. Dimana Man U dan Arsenal berkongsi 9 perlawanan dan Chlesea 8 perlawanan.

27. Liverpool menjadi pasukan yang menjaringkan gol terbanyak musim ini dengan 77 gol dalam Liga, berbanding Man U, Arsenal dan Chelsea yang setiap pasukan menjaringkan 68 gol.

28. Akhir sekali, Liverpool merupakan pasukan yang memupnyai purata gol tertinggi dalam kesemua 4 Divisyen di England (1.93 gol setiap perlawanan) dalam musim ini kecuali Man U menjaringkan 9 gol menentang Barcelona atau Chelsea menjaringkan 6 gol dalam Final Piala FA.

Mascherano ajak Tevez ke Anfield



LIVERPOOL - Pemain tengah Liverpool, Javier Mascherano mengajak rakan senegaranya dari Argentina, Carlos Tevez (gambar) untuk menyertainya di Anfield.

Tevez sudah bersedia untuk meninggalkan Manchester United pada penghujung musim ini selepas juara Liga Perdana England itu gagal memenuhi tuntutan yuran perpindahan 30 juta pound (RM177.38 juta) yang diminta kumpulan pelabur yang menguruskan penyerang itu.

Laporan media England mendakwa, Liverpool mengetuai saingan untuk mendapatkan Tevez, dan Mascherano amat berharap perjanjian itu akan menjadi kenyataan.

Ketua pasukan Argentina itu bergandingan dengan Tevez dalam skuad kebangsaan negaranya, malah pernah berganding dengan Tevez ketika beraksi bersama West Ham untuk musim 2006-2007.

Justeru, dia sedar sumbangan yang mampu diberikan oleh penyerang itu untuk membantu Liverpool membenam United musim depan.

"Ia sesuatu yang hebat jika Carlos dapat beraksi bersama saya di sini, saya tahu betapa bagusnya dia. Tetapi saya tidak tahu apakah situasi sebenar yang sedang berlaku. Satu-satunya perkara yang saya tahu, dia adalah pemain dan individu yang hebat,'' kata Mascherano.

Mascherano berpeluang untuk memujuk Tevez berpindah ke Liverpool apabila kedua-dua mereka bertemu bulan depan apabila mewakili Argentina dalam kelayakan Piala Dunia menentang Columbia dan Ecuador. - AFP

May 24, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah



Gerrard Houllier telah melepaskan jawatan sebagai Pengurus Liverpool, hari ini pada 2004. Ini merupakan kali pertama pengurus bukan orang British diambil sebagai pengurus Liverpool. Kehadiran beliau mulanya digandingkan dengan Uncle Roy (Roy Evans), tetapi umpama kapal yang mempunyai dua nakhoda, Uncle Roy akhirnya beralah akibat sudah tidak sekepala.

Saya memang tidak menyukai lansung Houllier ini pada mulanya. Ini kerana semasa Liverpool ditangan Uncle Roy, kita masih pencabar utama Man U. Namun apabila masuknya Houllier, beliau telah merombak sistem dan kebanyakan pemain senior tidak menyukainya. Nama seperti Paul Ince, David James, Jason McAteer, Rob Jones, Tony Warner and Steve Harkness semuanya menjadi mangsa cantasan Houllier.

Musim pertama pengambilalihan penuh, kita terjerumus ke tangga ke-7. Ini mungkin kerana ramai kesebelasan utama yang beliau turunkan masih muka baru dalam Liga Perdana. Sami Hyypiä, Vladimir Smicer, Sander Westerveld, Djimi Traore dan Erik Meijer merupakan pembelian Houllier yang mentah tentang EPL. Hanya Dietmar Hammann dan Stephane Henchoz merupakan pemain yang dibeli dari kelab EPL lain.

Pengstrukturan semula pemain nampaknya mengena pada musim 2000/01, apabila kita berjaya menjadi Juara Treble. Habis kesemua piala disapu musim itu antaranya ialah Piala Liga, Pila FA dan Piala UEFA. Malah dua tropi tempelan kita dapati awal musim berikutnya dengan memenangi Piala Sumbangsih dan Trofi Juara antara Juara Eropah.

Namun pisang takkan berbuah dua kali buat Houllier. Karier beliau sebagai jurulatih berakhir apabila pasukan kita gagal mencabar kejuaraan Liga dan terkeluar dari pasukan Empat Teratas (Big-4). Ditambah pula kesihatan beliau yang tidak menentu dan menyebabkan beliau dimasukkan ke wad untuk pembedahan jantung. Maka Houllier sudah semakin tertekan dan membuat keputusan meninggalkan Anfield pada 2004.
Pemergian beliau digantikan oleh Pengurus sekarang, Rafa Benitez.

May 23, 2009

Gerrard buru penamat terhebat



LONDON - Kapten Liverpool, Steven Gerrard mencabar rakan sepasukannya supaya berusaha lebih kuat musim depan untuk membuktikan mereka layak menjadi pencabar utama dalam Liga Perdana England.

Gerrard mahu mengutip tiga mata terakhir apabila berdepan Tottenham Hotspur esok dalam misi mengutip 86 mata, sekali gus menyaksikan The Reds muncul pasukan naib juara paling banyak mengutip mata pada satu musim dalam sejarah Liga Perdana England.

Perancang England itu juga menjelaskan bahawa pasukan mereka perlu mengelak daripada mencatat banyak keputusan seri seperti yang berlaku musim ini.

Gerrard mengakui keputusan seri berturut-turut di gelanggang sendiri ketika berdepan Fulham, West Ham dan Hull pada November dan Disember lalu telah menyekat hajat Liverpool menjulang gelaran juara.

The Reds juga hanya kalah dua perlawanan musim ini berbanding United yang kalah empat perlawanan.

"Jika lihat kembali kesemua tiga perlawanan ini, ia adalah kunci utama kerana jika kami menang, kami mungkin akan dimahkotakan kejuaraan atau sekurangkurangnya masih dalam persaingan," kata Gerrard.

"Tetapi itu menunjukkan betapa sukarnya untuk memenangi liga ini dan kamu juga perlu beraksi lebih baik di gelanggang sendiri dan memenangi semua perlawanan.

"Jadi, sekiranya kami menewaskan Spurs esok dan mengutip 86 mata, ia masih lagi satu pencapaian yang hebat.

"Saya sangat bangga. Musim ini adalah kali pertama kami terlibat dalam satu persaingan yang sengit merebut kejuaraan ini. dari pandangan peribadi saya, kami semua amat gembira."

- Agensi

Rafa Utus Surat Perdamaian



Rafa Benitez has made peace with Sir Alex Ferguson in a private
letter. The pair have been at loggerheads all year, but the Liverpool boss
wrote to Fergie after the Manchester United manager’s grandson was badly injured
in a car crash. Benitez, a father of two girls, wrote offering his help while
10-year-old Charlie Ferguson is at Alder Hey Children’s Hospital in Liverpool.


Ini merupakan satu kejutan buat kita. Siapa sangka, mati-mati kita ingat Rafa marah sungguh dengan Fergie. Rupa-rupanya segala pertelingkahan melibatkan kedua-dua mereka hanya membabitkan hal dalam padang. Ini barulah dikatakan profesionalisme.

May 22, 2009

Perlawanan Penutup Tirai 2008/09

Perlawanan terakhir kita menentang Spurs di Anfield akan bercampur aduk dengan pelbagai kisah dan cerita menarik yang penuh variasi bagi kedua-dua pasukan.

Liverpool

- Buat kali terakhir , lagenda kita , Sami Hyppia bakal bermain perlawanan terakhir dan akan mengucapkan selamat tinggal kepada kita. Beliau akan diberikan kain lilit kapten untuk perlawanan itu. Walaupun begitu, Hyypia akan kembali sebagai jurulatih setelah menggantungkan butnya.

- Kalau pasukan kita berjaya menghalang dari dibolosi maka Reina bakal menyamakan kedudukan beliau dengan VanderSar dengan 22 tanpa bolos. Sebelum ini Reina telah berjaya memenangi Anugerah Sarung Tangan Emas buat kali ke-3 berturut-turut kerana berjaya mengurangan jumlah bolos pasukan. Insiden Carragher-Arbeloa dikatakan berkaitan dengan situasi ini.

- Steven Gerrard masih berupaya menjadi penjaring terbanyak jika beliau menjaringkan hatrik atau lebih kerana Anelka dan Ronaldo hanya memupunyai kelebihan 2 gol sahaja. Itu juga bergantung kepada Rafa sama ada akan menurunkan Gerrard sepenuh masa atau tidak.

- Rekod terbaru telah dicatat musim ini dengan mengutip 83 mata dan merupakan antara yang terbanyak buat Liverpool dalam format Liga Perdana. Namun 86 mata tetap diidamkan Rafa untuk menyuntik semangat anak buah supaya momentum ini dibawa untuk kejohanan musim depan.

Totenham Hotspurs

- Jika Spurs berjaya menundukkan kita di Anfield, mereka berjaya melakukan hatrik untuk musim ini. Mereka telah berjaya memenagi 2 perlawanan terdahulu di White Hart Lane.

- Spurs perlukan kemenangan untuk melayakkan diri ke kejohanan Eropah musim depan jika seri maka sayonara diucapkan.

- Robbie Keane pasti akan membalas dendam kepada Rafa. Beliau pastinya akan bermain sehabis keringat untuk menunjukkan kehebatan beliau yang belum sempat ditunjukkan di Anfield. Namun saya rasa beliau akan berada dalam poket Hyypia sabtu nanti.

Rafa cuba pikat remaja sensasi

Liverpool are reportedly keeping tabs on Feyenoord striker Luc Castaignos with a view to adding the youngster to the club's ranks.
The 16-year-old was the top scorer at FIFA's last Under-17 Championships and is viewed as being European football's next big thing, likened to Barcelona forward Thierry Henry for his tall stature, pace and power.
Reports in the Netherlands claim that the Reds are preparing to battle it out with two unnamed German clubs for Castaignos' signature, reported to be in the region of £3.5 million, to tempt the forward to leave Rotterdam in favour of a dream move to the English top flight.

Kalau tak silap pemain ini termasuk dalam senarai 10 pemain terbaik kejohanan bawah-17 bersama pemain remaja kita Butchmann. Kalau diikutkan berita yang kita dengar pemain ini telah disamakan dengan Henry.

Tetapi awas, kita pernah sekali terpedaya dengan keadaan ini. Ingat lagi kepada Anthony La Tallec, jelmaan Zidane. Namun seperti kata Rafa, kekuatan sekarang dan masa depan harus setara. Dan beliau juga berjanji yang akan lebih berhati-hati dalam pembelian pemain

Benitez mahu berbelanja besar

LONDON - Rafael Benitez menjelaskan bahawa beliau mungkin akan membuat satu lagi rekod perpindahan termahal di Liverpool pada musim perpindahan ini.

Pada dua musim lepas, pengurus The Reds itu telah berbelanja lebih £20 juta (RM110.5 juta) untuk membawa Fernando Torres dan Robbie Keane.

Meskipun Benitez percaya beliau akan diberi dana £20 juta (RM110.5 juta) untuk berbelanja, namun beliau tetap merancang untuk menjual pemainnya bagi menambah dana tersebut.

Ketika ini, Liverpool hangat dikaitkan dengan penyerang Argentina, Carlos Tevez, namun mereka mengesahkan belum membuat sebarang tawaran kepada ejen pemain itu.

Begitupun, Benitez dipercayai mahu menggandingkan Tevez sekali lagi dengan rakan senegaranya, Javier Mascherano yang menyertai The Reds selepas bermain bersama-samanya di West Ham pada 2006.

"Kami mungkin akan membuat rekod perpindahan baru kelab te tapi sudah pasti tidak sebanyak Manchester United. Namun, harga bukan perkara utama, apa yang penting ialah mencari dan membeli pemain yang betul," kata Benitez yang berminat untuk membawa David Silva, Gareth Barry, Glen Johnson dan Tevez ke Anfield.

Biarpun telah menjamin kedudukan mereka sebagai naib juara Liga Perdana England di belakang United, Benitez juga sedar bahawa beliau perlu berbelanja dengan betul pada musim perpindahan nanti.

"Langkah seterusnya ialah untuk mengatasi Manchester United dan itulah yang paling sukar sekali. Semuanya adalah kerana cara wang yang mereka laburkan, itulah perbezaan utama," kata Benitez.

"Jika mahu mengurangkan jurang ini, kami perlu berbelanja dengan bijak pada musim panas nanti. Ia mampu menjadi perbezaan di antara memenangi lebih dua atau tiga mata di mana amat kami perlukan untuk memenangi kejuaraan.

"Apabila kamu ada wang yang banyak, ia lebih mudah kerana tiada siapa yang akan sedar kesilapan kamu. Bagi kami amat penting untuk memburu pemain yang bagus dan memberikan kami kejayaan." - Agensi

May 20, 2009

Peluang Downing ke Anfield kian samar



Kecederaan kaki bakal membuatkan Stuart Downing boleh melupakan hasrat beliau ke Anfield. Ini kerana setelah menjalani pembedahan beliau mungkin hanya pulih disekitar bulan Ogos depan. Itupun bergantung kepada nasib dan situasi kecederaan beliau juga.

Oleh itu saya sungguh berasa lega dengan berita ini. Saya sedikit pun tidak bersetuju jika Downing dibeli apatah lagi dikaitkan dengan perpindahan sekitar 12juta pound. Tiada apa kelebihan beliau berbanding Riera, cuma hantaran lintang beliau saja yang menjadi aset peribadi.

Jadi lebih baik tambah sedikit lagi dana dan cuba dapatkan Yuri Zhirkoz dari CSKA Moskva. Pemain ini sememangnya lebih berkaliber dan mempunyai skil dan corak permainan yang lebih hebat. Dengar cerita Chelsea akan cuba mendapatkan beliau jika mereka menjual Ashley Cole ke Real Madrid.

Analisis Prestasi Musim 2008/09 Bahagian 1




1 - Man United bermula dengan lembab apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Newcastle.
2 - Liverpool tewaskan Man United 2-1 di Anfield.
3 - Hingga hujungOctober 2008 Liverpool mendahului 8-mata mengatasi Budak2 Fergie
4 - Liverpool tewas buat pertama kali 2-1 kepada Tottenham.
5 - Man United tewas 2-1 dengan Arsenal.
6 - Man United bermula dengan 11 kemenangan berturut2.
7 - Pada penghujung January 2009 Man United memintas Liverpool buat pertama kali.
8 - Liverpool tewas 2-0 kepada Middlesbrough.
9 - Man United berkelebihan 7-mata mengatasi Liverpool.
10 - Liverpool tewaskan Man United 4-1 di Old Trafford.
11 - Man United tweas 2-0 dengan Fulham.
12 - Man United bergelar Juara Liga Perdana Inggeris 2008/09 dengan baki satu perlawanan

Insua bakal terima persaingan baru.


UEFA have named Academy ace Christopher Buchtmann as one of their top 10 stars of the future.
The left-back, who turned 17 last month, was one of the standout performers as Germany clinched the European U17 Championship on Monday.

Buchtmann has also impressed in helping Liverpool Under-18s reach the FA Youth Cup final.

The official UEFA list is as follows:

Patrick ter Mate (Netherlands) - Vitesse/AGOVV Academy Cutodian
Janick Kamber (Switzerland) - FC Basel 1893
Marc Muniesa (Spain) - FC Barcelona
Dennis Appiah (France) - AS Monaco
Marco Fossati (Italy) - FC Internazionale
Deniz Herber (Turkey) - FC St. Pauli
Christopher Buchtmann (Germany) - Liverpool
Jack Wilshere (England) - Arsenal
Lennart Thy (Germany) - Werder Bremen
Luc Castaignos (Netherlands) - Feyenoord

Mungkin dalam dua musim lagi Aurelio bakal kemas bilik kerana seorang lagi pemain muda bakal menggegarkan Anfield.

May 19, 2009

Perjumpaan Julung kali Ahli My-LFC



Walaupun kami Geng My-LFC area Utara kebanyakannya tidak dapat hadir ke sesi pertama Perjumpaan antara geng My-LFC seantero Malaysia, namun diharap segala usaha untuk mengembang My-LFC sebagai Portal Informasi & Bual Bicara Peminat Liverpool akan menjadi nyata.

YNWA
Amberan

May 18, 2009

Carragher dan Arbeloa, apa dah jadi?


Insiden sebegini memang tidak wajar berlaku. Ini akan membuatkan semangat berpasukan menjadi kendur. Tetapi bagi saya Carragher yang memang dikenali sebagai naib Kapten selalunya akan menghambur sesiapa saja yang melakukan kesilapan sebelum ini tetapi belum sampai ketahap mengangkat tangan. Tetapi semua harus faham, yang Carra amat kecewa apabila Man u telah memenangi kejuaraan Liga dan perasaan itu terbawa-bawa kedalam padang. Dan yang menjadi mangsa adalah Arbeloa.

May 17, 2009

Liverpool ada sebab rasa bangga



BIRMINGHAM - Menjelang pertemuan menentang West Bromwich malam ini, pengurus Liverpool, Rafael Benitez percaya skuad kendaliannya telah melakukan yang terbaik sepanjang musim ini.

Walau apa juga keputusan pada baki perlawanan musim ini, Liverpool telah mencatat jumlah pungutan mata paling tinggi yang berjaya diperoleh mereka dalam kempen Liga Perdana England.

Sebelum ini, jumlah terbaik Liverpool adalah 82 mata yang dicatat pada musim 2006, iaitu pada musim kedua The Reds di bawah kendalian Benitez.

Namun, dengan baki dua lagi perlawanan musim ini, Liverpool telah mengumpul 80 mata dan lebih menarik, mereka hanya tewas dua kali sepanjang musim ini.

"Bagi kami, 80 mata adalah cukup baik kerana jumlah 82 mata adalah yang paling baik kami pungut dalam Liga Perdana England.

"Sudah memadai untuk menyamai jumlah 82 mata itu tetapi adalah lebih baik kami dapat mengumpul maksimum 86 mata selepas berakhir musim ini," kata Benitez.

Bertemu West Brom di tempat lawan malam ini, Liverpool bakal diperkuat dengan kehadiran semula Xabi Alonso yang sebelum ini mengalami kecederaan buku lali.

Alonso sendiri mengakui bahawa keputusan tujuh kali seri yang dicatatkan Liverpool di gelanggang sendiri menjadi punca mereka terlepas peluang untuk menguasai liga musim ini.

"Memang sesuatu yang bagus jika kami melakukan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Tapi jika kami tak muncul sebagai juara, kami tak boleh anggap ia sebagai musim terbaik.

"Kami patutnya kecewa dengan diri kami sendiri. Sangat perit untuk melihat dan memikirkan semula tentang tujuh keputusan seri yang kami catatkan itu berserta dua kekalahan tersebut," ujar Alonso. - AFP

May 16, 2009

Arsenal Penentu Harapan Terakhir



Pertembungan Gunners dan Man U telah membayangi minat saya untuk menunmpukan perhatian terhadap perlawanan dengan West Brom. Apa tidaknya didalam hati terdapat seciput harapan supaya Arsenal dan juga Hull dapat memberikan kejutan buat Shayton Merah. Siapa cakap yang perkara itu mustahil. Sebelum wisel penamat berbunyi sehingga itulah masih ada harapan. Rekod Arsenal dengan Man U musim ini memang tidak dinafikan memihak kepada Man U dalam perlawanan terakhir. Tetapi Arsenal pasti ingin membalas dendam dan sekaligus memberikan pukulan balas sekurang-kurangnya dapat memuaskan hati.

Tetapi semua itu takkan bermakna jika West Brom berjaya sekurang-kurangnya mengutip mata. Saya sedikit risau kerana pasukan yang sedang terdesak untuk tercicir pastikan berusaha bersungguh sungguh. Lagipun mutakhir ini pasukan Hawtorn itu, nampak agak garang permainan mereka apabila membelasah Wigan 3-1 di gelanggang sendiri. Jadi kedudukan tercorot bukan penghalang mereka bagi membuat sial kepada kita.

Untuk itu pasukan terkuat mesti diturunkan untuk tidak memberikan ruang kesempatan untuk Mat Broom. Kita mesti bermain Kamikaze ala Pearl Habour untuk menembusi kubu mereka yang pastinya akan dilapisi kesemua permain termasuk penyerang. Tiga mata adalah mandatori untuk dibawa pulang dari sana.

May 15, 2009

Iklan Xabi dengan jersi baru

Isu Kuota pemain tempatan

Liga Perdana Inggeris sedang menimbang menggunakan peraturan pemain tempatan’ yang memperkenalkan kuota terhadap jumlah pemain tempatan untuk sesebuah kelab bagi membantu melonjakkan prestasi pasukan kebangsaan England.

Dalam sebuah dokumen diserahkan kepada Menteri Sukan Britain, kelab terkemuka negara itu, termasuk Manchester United dan Chelsea menyokong peraturan itu yang diguna pakai badan peneraju bola sepak Eropah, Uefa tapi ditolak badan peneraju dunia, Fifa dalam peraturan 6+5 dengan pembabitan berdasarkan kewarganegaraan.

“Dengan mengambil kira perlunya menggalakkan pembangunan bakat tempatan dan bagi memastikan bekalan pemain masa depan England supaya sentiasa berkualiti sekurang-kurangnya seperti sekarang, kelab kami memberi sokongan supaya kuota pemain tempatan digunakan terhadap perlawanan Liga Perdana,” kata dokumen itu.

“Objektif Fifa itu memang disokong, tapi bertentangan dengan Pergerakan Kebebasan Kesatuan Eropah (EU) kerana menghalang pembangunan bakat baru serta menjadi penghalang kepada kejayaan Liga Perdana dan bola sepak Inggeris secara keseluruhan.”

Liga Bola Sepak England yang mengendalikan tiga divisyen di bahagian bawah Liga Perdana, sudah memperkenalkan peraturan baru musim depan manakala sekurang-kurangnya, empat daripada 16 pemain pasukan yang akan beraksi pada hari perlawanan mesti berdaftar dengan sesebuah kelab Inggeris sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum hari jadi mereka yang ke-21.

Peraturan itu bagaimanapun tidak membabitkan had bagi kewarganegaraan seseorang pemain itu. - Agensi


"Patut la Pak Wenger sanggup perabis duit beli pemain muda, rupa-rupanya dia dah khatam peraturan terbaru FIFA ni. Tapi kalau UEFA punya peraturan 6+5 kena pakai mampuih la pasukan yang tak ada pemain England dalam skuad seperti Liverpool,Arsenal, dan Chelsea. Man U selamat sikit sebab dia suka tibai pemain England."

May 14, 2009

REDS mahukan bekas penyerang skuad syaitan!!!


melalui satu laporan yg kurang lebih kesahihan nya, Diego Forlan :bekas penyerang United(kini bersama Atletico Madrid) akan dibawa ke Anfield.

REDS telah meletakkan nilai 15 million pounds sebagai tanda ingin mengambil Forlan sebagai penyerang yg bergandingan dgn Torres.

Forlan yg kurang mendapat perhatian semasa di old trafford, adalah salah seorang dr "most feared striker di spain"... 30 gol dlm 39 games.. dgn 7 assist sepanjang musim... hmm.. best gak tuh... dan dlm 9 perlawanan terdahulu Forlan dpt score 9 goal.. cukup menggambarkan Forlan konsisten dgn prestasi nya..

dalam satu lagi berita ada yg mengaitkan pertukaran di antara Forlan dgn Lucas...(aku xtau samada pertukaran ini berbaloi.. coz dorg dtg dr position yg berbeza...) dan satu lagi berita: REDS boleh mendapatkan Forlan dgn harga 24 million...huh...


persoalan: Forlan skang dah 29 tahun...minggu depan dier 30..berbaloi kah sekiranya Forlan di bawa ke Anfield...kita xmahu cerita lama berulang kembali(merujuk kepada Robbie Keane...)
"InRafaWeTrust...!!!"


"our blood is REDS for big reasons"

YNWA

Encik Duracell patut terima pujian.


"Mr Duracell" gelaran yang cocok buat Kuyt kata Rafa . Sebelum ini Kuyt telah mendapat gelaran "Marathon Man" kerana kerja-keras beliau diatas padang. Apa pun musim ini merupakan musim paling berbaloi untuk kita melihat prestasi Kuyt bukan saja dari kerajinan malah sentuhan pemusnah beliau nampak kian tajam.

Mentaliti dan disiplin dari segi taktikal menyebabkan beliau sering diejek anak emas Rafa. Memang layak beliau di sanjung dan diberi peranan dalam pasukan. Kerapkali tidak menghampakan walaupun tiada sumbangan gol. Tetapi satu sahaja yang saya sukai beliau hingga ke hari ini, TIDAK PUTUS ASA.

Jersi tempat lawan musim 2009/10



Memang mantap dan antara jersi Liverpool yang tercantik. Tidak sabar menunggu versi Padang Besar :)

Kartun Minggu ini

Alonso ke madrid...???

pertama kali aku menulis dlm blog nih, (tq boss a.k.a owner blog..stgi aku belanja ayaq teh...) aku terpanggil utk menulis mengenai Alonso. one of our best general di tgh padang... merupakan one of the first player dlm proses Rafalution dgn £10.5million dr kelab terdahulu...

Position: Midfielder
Date of Birth: 25/11/1981
Height: 6'0
Weight: 12st 6
1st team games: 208
1st team goals: 19
International caps: 56
International goals: 4
Former clubs: Real Sociedad, SD Eibar
Birth Place: Tolosa, Spain





Alonso akan ke Real Madrid... betul ka...? Galacticos mungkin akan mendapatkan khidmat midfield impian dorang...(betul ka impian...ayat pancing kut...) but bukan dengan harga yg murah...


dlm discussion Tom Hicks, George Gillett and Rafa lebih kurang 11 orang akan di jual...(giler betul sampai 11 org...) dan dlm 11 org tuh Alonso tersenarai...(huh...) aku tak nampak lagi apa yg ada dalam kpala & perancangan Rafa... tp aku rasa ini satu plan jangka panjang die... apa2 pun "In Rafa We Trust"...


okey.. berbalik pada Alonso... Galacticos nak dpt kan Alonso... tp harga nak murah...hallo... Alonso equal to Gerrard second best...(korang kalau nak murah korang boleh amik Voronin..bagus dier nih.. hehe...)


Alonso dah ada set price... €30 million... bawah drp tuh mmg Real Madrid xkan dpt...


Alonso pun ada menyimpan hasrat utk pulang ke Spain... dan ke mana pun die pergi aku akan terus ingat dier punyer Long Range Shot... dan aku rasa most of the REDS fanz pun akan ingat...

*persoalan bagi all REDS... adakah Rafa sudah berfikir panjang... & sudah ada kah pengganti Alonso... hmmm..........


"our blood is REDS for big reasons..."
YNWA...

Tevez ke Anfield



LONDON – Penyerang Manchester United, Carlos Tevez memang sudah tawar hati untuk terus kekal di Old Trafford.

Apa yang disumbangkannya untuk United bagaikan tidak dihargai.

Statusnya kini masih kekal sebagai pemain yang dipinjam selain sering memanaskan bangku simpanan.

Keadaan tersebut semakin meresahkan pemain dari Argentina itu yang menganggap kualiti permainannya bukan untuk memanaskan bangku simpanan.

Maka, tidak hairan dia secara terbuka mendedahkan niat untuk meninggalkan Old Trafford.

Destinasi yang menjadi impiannya kini ialah Anfield.

Semalam, Tevez secara terbuka mendedahkan bahawa dia mahu menyertai Liverpool.

“Jika diberi pilihan, saya akan menyertai Liverpool,” katanya.

Berita itu pastinya mengundang kemarahan pengurus United, Alex Ferguson yang sebelum ini enggan melepaskan Tevez ke Anfield.

Kecuali United mengikat Tevez secara tetap, Ferguson tidak boleh menghalang keinginan penyerang kelahiran Argentina itu untuk mengikat kontrak dengan mana-mana pasukan pada musim panas ini.

Liverpool pula dilaporkan telah menghubungi ejen Tevez, Kia Joorabchian untuk menyatakan hasrat mereka, dan penyerang itu nampaknnya menunjukkan minat.

Sekiranya berjaya mencapai kata sepakat, Tevez, 25, dilaporkan akan terus tinggal di Cheshire, kediaman tetap keluarganya ketika ini.

Kini, Ferguson perlu memutuskan sama ada sanggup berbelanja sebanyak £26 juta (RM139.856 juta) ke atas Tevez atau sebaliknya.

Dua tahun lalu, Ferguson pernah menghalang bekas tonggak pertahanannya, Gabriel Heinze menyertai Liverpool sekalipun United telah berhasrat menjual pemain berkenaan. – Agensi

May 13, 2009

Gerrard jadi pilihan wartawan


Setelah menerima anugerah Pemain Terbaik Pilihan Peminat, sekali lagi Kapten fantastik, Gerrard telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan pilihan wartawan sukan pula. Dan sekali lagi saya ulang anugerah PFA Pemain Terbaik Tahunan yang telah diterima Giggs juga sepatutnya disapu oleh Gerrard. Ini kerana peminat dan wartawan adalah pemerhati dan penilai yang tepat bukannya golongan pemain yang kononnya profesional tetapi terlalu bersikap emosional dengan memilih kuda tua yang sudah lesu.

Terkini, 15 gol dalam Liga Perdana dan 23 keseluruhan telah menunjukkan siapa yang lebih layak digelar pemain terbaik. Bukan sahaja gol tetapi dari segi mutu permainan dan keseluruhan persembahan beliau telah menampakkan ciri-ciri seorang pemain hebat. Setiap gerakan dan keputusan beliau amat efektif sehinggakan pemain lain mendapat lorongan dan hantaran yang mudah bagi mereka meledakkan gol. Malah pemain seperti Kuyt dan Benayoun yang sebelum ini malap telah makin mantap dan menjadi. Ini adalah kesan dan pengaruh yang dibawa oleh Kapten Gerrard.

Sami pembantu yang hampir sempurna



Rafa telah melabelkan Sammy Lee sebagai orang kanan yang hampir sempurna. Rafa juga mengakui bahawa skil motivasi Lee telah merupakan pemangkin kepada pemburuan kejuaraan Liga musim ini.

Sami telah disegani oleh pemain kerana pendekatan beliau yang peka dengan keadaan psikologi dan mesra berbanding Rafa yang terlalu tegas. Malah pemain lagenda ini berpengalaman luas di Liga Inggeris dan juga selok-belok tentang kelab.

Walaupun rekod Lee di Bolton merupakan sejarah hitam dalam karier kejurulatihannya, namun beliau merupakan antara jurulatih yang berpengalaman dalam Liga tetapi diperingkat kebangsaan.

Rafa cuma berharap Lee menmperkemaskan Bahasa Inggerisnya. Ini kerana jangan kata Rafa, saya sindiri kurang faham biji butirnya yang disebut oleh Lee kerana bercakap dalam loghat Scouser.

p/s: Carragher lagi teruk, Gerrard Ok lagi.

Gerrard masih belum putus asa


Kapten Liverpool, Steven Gerrard masih mengharapkan tuah pada saat akhir agar Manchester United tewas di tangan Wigan dan Arsenal, sekali gus membolehkan pasukannya mencuri peluang untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris musim ini.
Selepas kemenangan 2-0 United ke atas Manchester City kelmarin, juara bertahan itu hanya perlukan empat mata daripada dua perlawanan yang bakal berlangsung esok dan Sabtu ini untuk menyamai rekod pencapaian 18 gelaran liga pernah dimenangi Liverpool.

The Reds yang ketinggalan tiga mata, bermain lebih satu perlawanan dan mereka tidak akan bermain hingga Ahad depan apabila berkunjung ke West Bromwich Albion.

“Memang sesuatu yang sukar untuk melihat United terutama apabila mereka sedang beraksi cemerlang serta mencatat kemenangan,” kata Gerrard. “Saya akan menyaksikan perlawanan mereka malam esok. Kami mahu menang musim ini.

“Manchester United berada dalam keadaan cukup selesa, mereka adalah pilihan - tetapi kemungkinan untuk kami menang masih ada. Ketika peluang itu masih terbuka, saya akan terus berharap dan berdoa supaya Manchester Untied akan tewas.”

Tekanan serta penantian Liverpool yang cukup lama memberikan pemain tengah England keyakinan bahawa penantian pasukannya yang sudah mencecah 19 tahun, bakal berakhir musim ini.Buat penyokong setia di Anfield, beberapa persoalan berlegar di fikiran mereka.

Apa akan berlaku jika kontrak pengurus, Rafa Benitez ditandatangani serta merta daripada perkara itu tergantung tanpa ada sebarang kata putus.Apa akan berlaku jika pasukan itu tidak seri sepanjang 12 perlawanan dan lebih memilukan mereka turut seri dengan pasukan bawahan seperti Hull dan Stoke.

Apa akan berlaku jika Gerrard dan Fernando Torres tidak kerap cedera dan gandingan mereka hanya dapat bertahan selama 12 perlawanan saja.
Gerrard bagaimanapun tidak mahu menjadikan semua dibangkitkan itu punca mengapa mereka kini dianggap sukar untuk menghalang United daripada memenangi liga musim ini.

“Itu semua adalah kemungkinan dan alasan,” katanya. “Kami sudah membuktikan sepanjang musim ini bahawa kami sudah melakukan kebangkitan yang cukup baik.”

Apa yang mengecewakan Benitez ialah Liverpool dilihat cuma mampu untuk menamatkan musim ini sebagai naib juara walaupun boleh mengatasi rekod pengumpulan mata paling banyak buat kelab itu iaitu 86 mata jika mereka memenangi dua perlawanan terakhir.

“Itu menunjukkan taraf Liga Perdana cukup tinggi dan sukar,” kata jurulatih itu.

“Tiga tahun lalu, kami menamatkan saingan dengan 82 mata dan ia menjadi catatan rekod buat kelab dan kami menamatkan saingan di tempat ketiga.

“Itu membuktikan Liga Perdana memang liga sangat kuat. - AP

Komen: Apa pun boleh terjadi, walaupun begitu kita perlu menang baki perlawanan sebelum harap Man U tercicir.

Pemain Lagenda Turun Padang


Atas: Gary Ablett, Jan Molby, Paul Harrison,Gary Gillespie,Mark Lawrenson
Bawah: Tak kenal,Ronny Whelan,Kenny Dalglish,Ian Rush


Barisan diatas akan diturunkan sempena perlawanan untuk mengenangkan Tragedi Hillborough dan mengutip derma untuk Tabung Kanser Marina Dalglish. Mereka akan bertemu Selebreti All-Star yang diwakili nama seperti Craig David dan Nicky Byrne dari Westlife serta bekas pemain Notingham Forest, Des Walker dan Nigel Clough.

May 12, 2009

Torres dibelenggu kecederaan

LIVERPOOL, England - Penyerang Liverpool, Fernando Torres mengakui masih dibelenggu masalah kecederaan kekejangan otot dan sekali gus membataskan penampilannya untuk membantu Reds memburu kejuaraan Liga Perdana England.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu kembali beraksi Sabtu lalu ketika Liverpool menumpaskan West Ham 3-0, setelah berehat dua minggu.

Biarpun masih bergelut untuk memperoleh kecergasan sepenuhnya, Torres masih mampu mempamerkan aksi baik pada perlawanan tersebut.

"Kekejangan otot adalah masalah buat Fernando (Torres). Dia sudah mula menjalani rawatan fisioterapi minggu ini. Namun dia masih tidak lagi menjalani latihan bersama rakan sepasukan di padang.

"Saya merasakan dia akan hanya kembali berlatih secara normal bersama pasukan pada minggu seterusnya. Saya berharap agar dia kembali cergas pada dua perlawanan akan datang.

"Sejak Fernando dan Steven Gerrard tidak menjalani latihan secara normal minggu ini, mereka mungkin akan menjadi lebih tajam atau cergas.

"Namun begitu, kamu sudah boleh melihat kedua-dua pemain itu mampu memberi ancaman dan menjadi pengaruh yang sangat baik kepada pasukan," kata pengurus Liverpool, Rafa Benitez.

Torres telah menghasilkan 16 gol musim ini, berbanding 33 gol pada penampilan pertamanya bersama Liverpool tahun lalu.

Biarpun masih dibelenggu dengan masalah kecederaan, Torres berazam mewakili juara Eropah, Sepanyol pada persaingan Piala Konfederasi bulan depan. - AP

Dossena jadi sasaran Milan


Milan are preparing a bid to bring Andrea Dossena back to Italy, as Liverpool boss Rafael Benitez looks ready to sell him.
The 27-year-old full-back joined the Reds from Udinese last summer, but has failed to hold down a first team place.

Despite a good performance against Manchester United in March, Dossena has found it hard to impress Benitez. He has made just 13 appearances for Liverpool this season and is said not to figure in the club's long-term plans. Milan would like to give their existing full-backs, Gianluca Zambrotta and Marek Janukolovski, some healthy competition.
Memang bertuah Dossena kerana AC Milan begitu berhajat mendapatkan beliau. Walaupun hanya baru semusim bersama kita tetapi beliau tidak sampai ke standard yang diperlukan. Pranjic yang bakal dibawa masuk merupakan antara nama yang akan mengisi posisi Dossena sekarang.

May 11, 2009

Kartun Minggu ini

Kalau aku jadi Pak Syeikh kat Man City, awal-awal lagi Mark Hughes aku pancung.


Siapa akan keluar jika Pranjic masuk



Liverpool are set to land Croatian international Daniel Pranjic from Herenveen in an £8million deal.The 26-year-old left-sided midfielder, who scored 16 goals in the Dutch League this season to help Herenveen qualify for Europe, sent agent Soren Lerby to Anfield this week to discuss terms.Lerby then flew to Holland on Friday to speak with Heerenveen and club director Yme Kuiper admitted: "We understand Liverpool is the club where Pranjic wants to go."

He will become boss Rafa Benitez's first summer signing - and be joined by Gareth Barry, who is refusing to sign a new contract.Aston Villa captain Barry was priced out of a move last year when the Midlands club demanded £18m. However, with Xabi Alonso going to Juventus for £15m, around £10m will be freed up to land Barry.
Siapa yang bakal disingkirkan jika benar Pranjic bakal dibawa masuk. Pemain ini berupaya bermain diposisi Sayap dan juga bek kiri serta merupakan antara penjaring terbanyak di Hereenveen. Rasanya besar kemungkinan Dossena ataupun Aurelio barangkali. Tetapi dengan Insua bakal menjadi pemain utama musim depan bahagian Sayap mungkin menjadi posisi Pranjic.

May 10, 2009

Sokong Manchester Biru malam ini



Kita melakukan apa yang termampu dengan menang dengan West Ham 3-0 pagi tadi. Dan seterusnya kita berharap dan menyokong Man City supaya menafikan musuh sekampung dari melengkapkan kejuaraan musim ini. Lagipun perlawanan kejiranan ini lebih dramatik dan penuh dengan aksi luar biasa. Man City pernah menganiaya Man U pada 1992, setelah menang 2-1 dan mengakibatkan Kejuaraan Liga telah menjadi milik Leeds.

Man City cuba pikat Alonso



Man City telah memberikan umpanan mewah buat Alonso ketika perpindahan Barry ke Liverpool dijangka tiada halangan. Walaupun kelab lain seperti Real Madrid, Arsenal dan Juventus yang sebelum ini telah dikaitkan dengan Xabi masih belum bersuara, namun saya pasti banyak kelab yang akan masuk dalam bidaan jika Rafa secara rasminya meletakkan Xabi dalam rak jualan.

May 9, 2009

Gerrard yakin Reds juara EPL


LONDON - Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard (gambar) masih yakin pasukannya mampu memenangi Liga Perdana England musim ini menjelang pertembungan dengan West Ham dengan harapan untuk merapatkan perbezaan tiga mata dengan pendahulu Manchester United awal pagi esok

Jika menang ia akan membawa pasukan Rafael Benitez di tangga teratas liga berdasarkan perbezaan jaringan gol, untuk sekurang-kurangnya sebelum United berdepan Manchester City dalam perlawanan derby di Old Trafford malam esok.

''Kami terlalu hampir untuk melakukannya musim ini. Secara jujur saya yakin pasukan ini mampu melakukannya.

''Jika saya berkata saya tidak fikir kami akan menang, apa gunanya kami meneruskan saingan?'' kata Gerrard.

Dengan United masih kurang satu perlawanan, yang mana mereka akan beraksi di Wigan Rabu ini, pasukan Sir Alex Ferguson berada pada kedudukan terbaik untuk mengekalkan kejuaraan.

Namun, walaupun Gerrard menerima hakikat bahawa pasukannya adalah pilihan kedua untuk menjulang kejuaraan pertama dalam tempoh 19 tahun, pemain tengah England itu yakin Liverpool akan menamatkan kejuaraan dalam tempoh terdekat.

''Jika kami kalah dan United pula semakin menghampiri kejuaraan, barulah kami memikirkannya (kejuaraan) untuk tempoh tiga, empat atau lima tahun lagi.

''Saya yakin pasukan ini terlalu bagus untuk terlepas kejuaraan. Menang kejuaraan liga amat bermakna bagi saya,'' kata Gerrard.

Liverpool mungkin mampu melakukannya tanpa tonggak berpengaruh, Xabi Alonso apabila beraksi di padang lawan di timur London selepas cedera ketika menang 3-0 ke atas Newcastle minggu lalu.

Namun, seperti mana ketiadaan Alonso, ia dihangatkan lagi dengan berita kecederaan Javier Mascherano (pergelangan kaki) dan penyerang Sepanyol, Fernando Torres (otot).

''Xabi masih diragui untuk beraksi. Saya berharap dia akan bertambah sihat. Memang dia kini semakin pulih namun kami terpaksa menunggu lagi. Kami terpaksa membuat pemeriksaan lanjut kerana kecederaannya lebih teruk berbanding kecederaan yang dialami Mascherano,'' kata Benitez.

Sementara itu, West Ham memulakan perlawanan hujung minggu pada kedudukan ketujuh liga dan mengintai tempat untuk layak ke kejohanan Eropah, namun hanya satu mata mengatasi Manchester City, Fulham dan Tottenham. - AFP

May 7, 2009

Harap Bersabar Torres


Kesian Torres beliau telah ditempelak oleh bekas majikan beliau iaitu Presiden Atletico Madrid semalam. Ini kerana bekas majikan beliau berkata Torres telah memilih jalan yang salah. Sepatutnya katanya lagi Torres perlu bersabar di Calderon dan pasti masa depan beliau akan lebih gemilang dan terbilang. Ini kerana Liverpool dikatakan tidak menjanjikan sebarang kejuaraan musim ini hanya tempat ke Liga Juara-Juara sahaja.

Bagi saya kekecewaan pemilik Atletico itu tidak sama seperti apa yang kita rasakan apabila Steve Macca dan Mickey Owen berhijrah ke Real Madrid. Tunjang harapan kita telah pergi tanpa memberikan kita imbuhan berbaloi . Macca pergi dengan perpindahan Bosman, seciput duit pun kita tak rasa dari pemain sayap yang pernah ditawarkan oleh Barcelona 12 juta pound sebelum itu. Owen pergi Cuma diberikan saguhati 10 juta dengan percuma pemain tempelan, Albert Nunez.

Sekurang-kurangnya pemergian Torres digantikan dengan Garcia, pemain kecil berjiwa besar serta bayaran 20 juta pound. Dan jika diikutkan nilai dan prestasi serta reputasi Garcia saya rasa nilai beliau boleh mencapai harga asal 6.5juta yang di beli dari Barcelona. Malah pemain seperti Garcia amat diperlukan kerana beliau merupakan pemangsa ikan besar. Juventus dan Celsea serta Arsenal telah merasai penangan lil Luis.

Oleh itu saya rasakan Torres mungkin sikit tersinggung dengan komentar itu. Tetapi dengan prestasi terkini rasanya beliau tida perlu gusar yang Rafa akan membawa kelab ini kelaluan yang betul. Walaupun cabaran kita dalam Liga Juara-Juara hanya sampai ke Suku Akhir, namun di peringkat Liga kita masih membuatkan Man U tidak tidur lena. Prestasi kita semakin meningkat. Dari permainan berhati-hati kita telah berubah kepada corak serangan maut Kamikze mutkahir ini. Dengan momentum itu rasanya musim depan bakal memberikan harapan bukan saja kepada Torres tetapi semua peminat Liverpoolfc.

May 6, 2009

Gerrard pilihan peminat 2009


Akhirnya kegagalan untuk mendapatkan anugerah pemain terbaik pilihan juri yang kononnya Pro, terjawap apabila Gerrard dipilih sebagai Pemain Pilihan Peminat 2009. Sokongan peminat bukannya di England tetapi diseantero dunia telah meyakinkan semua bahawa, Gerrard adalah pemain terbaik didunia buat masa ini. Penilaian peminat memang tidak boleh disangkal, apatah lagi Gerrard telah dipuji oleh lagenda seperti Zidane, Barnes, Cascarino dan juga Kaka.

Walaupun musim ini bakal melihat pasukan kita hanya sekadar pencabar, tetapi sekurang-kurangnya kita masih digeruni lawan tiap2 kali nama Gerrard terdapat dalam kesebelasan utama. Dengan 21 gol keseluruhan musim ini, Gerrard merupakan pemangsa yang digeruni bukan sahaja dengan jaringan tetapi dengan semangat juang beliau sebagai Kapten Liverpool Fc.

Alfredo Negredo dalam pemantauan



Barangkali ramai yang tidak mengenali pemain Almeria ini sebelum nama beliau dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield. Dari apa yang dibaca beliau merupakan bekas pemain Real Madrid dan kelab lamanya itu berpontensi mendapatkan kembali Negredo kerana terdapat klausa dalam kontrak beliau.

Mungkin Rafa sedar yang beliau perlu berbelanja di posisi kritikal iaitu dibahagian sayap dan mungkin hanya bermain dengan penyerang solo dengan formasi 4-5-1. Oleh itu dengan nilai dan kebolehan Negredo beliau boleh dijadikan pemain gantian jika Torres tidak dapat beraksi.

Pro:
-Sentuhan mantap, atletik dan pantas.
-Ratio gol 1:2 dalam duam musim bersam Almeria.
-Mudah dan belum terkenal, nilainya pasti tidak mahal.
-Tidak pasti menjadi pemain utama tetapi pemain gantian yang sempurna

Kontra:
-Real Madrid punyai kelebihan untuk membeli beliau.
-Tiada pengalaman luar dan kebolehan untuk adaptasi di Liga Inggeris.

May 5, 2009

James Bond di Anfield


DANIEL Craig was spotted in the crowd at Anfield yesterday afternoon and looked to be enjoying Liverpool’s 3-0 win over Newcastle.

The Wirral born star, who is a keen reds fan, was in the VIP box with his Japanese American film producer girlfriend Satsuki Mitchell.

Wearing a black leather jacket and matching black flat cap, the Bond star was sitting inches away from Liverpool FC Chief Executive Rick Parry.

Memang tak sangka, Mat Bond penyokong Liverpool tegar.

Hyypia ucap selamat tinggal



Akhirnya Sami Hyypia telah mengucapkan sayonara kepada semua peminat di Anfied setelah sedekad bersama skuad merah. Beliau telah menandatangi kontrak 2 tahun bersama Bayer Leverkusen. Tahniah buat Sami diatas jasa beliau selama ini.

Benitez hanya tunggu peluang


Rafael Benitez masih lagi berharap agar Manchester United akan tersilap langkah dalam kempen Liga Perdana England selepas Liverpool kembali merapatkan jurang dengan kemenangan 3-0 ke atas Newcastle kelmarin.

Jaringan Yossi Benayoun dan Dirk Kuyt diikuti tandukan pemain gantian, Lucas Leiva menyaksikan The Reds kembali mengekori Red Devils dengan tiga mata di persada liga meskipun anak buah Alex Ferguson itu memiliki kelebihan satu perlawanan.

Benitez juga tetap mahukan anak buahnya bersiap sedia untuk menghukum sebarang kealpaan yang mungkin dilakukan United menjelang baki saingan musim ini.

"Masih ada banyak kesan positif daripada kemenangan ini," kata pengurus Liverpool itu.

"Kami masih menjaringkan banyak gol, kian menghampiri pendahulu liga itu dan masih tetap memberi tekanan ke atas mereka.

"Manchester United adalah sebuah pasukan yang memiliki pemain yang bagus dan mereka perlu melakukan dua kesilapan besar untuk membenarkan kami memintas mereka.

"Saya percaya mereka masih boleh melakukan kesilapan dan akan dipintas oleh kami.

"Apa yang kami boleh lakukan sekarang ialah terus mencatat kemenangan dan lihat bagaimana mereka hadapi tekanan ini. Kami perlu menang semua perlawanan kamu untuk melihat bagaimana ia akan memberi kesan kepada mereka di persada liga."

Begitupun, pada aksi kelmarin, Liverpool menerima tampa- ran hebat apabila Xabi Alonso mengalami lebam pada kakinya berikutan terjahan keras Joey Barton, manakala Javier Mascherano pula terseliuh buku lali- nya.

Namun, Benitez percaya kedua-duanya akan cergas menjelang kunjungan Liverpool ke West Ham.

Pengurus The Reds itu juga menjangkakan Fernando Torres akan diturunkan pada pertemuan dengan West Ham itu. - Agensi

May 3, 2009

Agger masih setia



Ini merupakan berita yang paling menggembirakan buat semua. Liverpool hampir-hampir kehilangan permata berharga yang merupakan pertahanan masa depan yang sekarang pun sudah memang diakui hebat. Sebelum ini ramai peminat yang marah kepada Rafa kononnya tidak bersungguh-sungguh untuk memberikan kepastian kepada Agger tempat dalam kesebelasan utama.

Namun saya rasa Agger bukannya tidak faham situasi tersebut kerana Hyypia sudah mencuci but dan Carragher sedang berjinak-jinak dalam kejurulatihan. Cuma beliau ingin imbuhan yang berbaloi untuk menguji kesungguhan Rafa dan kelab terhadapnya. Mulanya saya turut meragui kesetiannya, kerana media acapkali memberikan gambaran yang beliau tidak berpuashati dan ingin keluar dari Anfield. Tetapi segala prasangka telah berakhir dengan berita yang beliau bakal bersama kita untuk 4 tahun lagi.

Gandingan masa depan Agger=Skrtel adalah pelengkap satu sama lain. Skrtel yang agresif dan berani boleh disamakan dengan Carragher, manakala Agger yang berkebolehan mengawal bola dan membuka permainan amat mirip lagenda 80an Alan Hansen bukannya Hyypia. Pengganti Hyypia belum lagi dapat dicari tetapi Agger dan Skrtel perlu belajar untuk mengatasi lawan dalam pertarungan diudara. Dan jika salah seorang dapat melengkapkan diri dalam disiplin itu maka benteng kita tidak akan tercabar untuk masa kan datang.

Gerrard lonjak semangat Liverpool

LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menganggap kehadiran semula Steven Gerrard tepat pada masanya dalam usaha mereka memusnahkan impian Manchester United mengekalkan kejuaraan Liga Perdana England.

Kapten Liverpool itu bakal kembali membantu Fernando Torres untuk merobek gawang Newcastle United pada aksi malam ini selepas dia terpaksa diketepikan selama empat minggu akibat kecederaan pangkal paha.
Menurut Benitez, penampilan Gerrard serta Torres mampu menghadirkan tekanan kepada pasukan lawan.

"Kadang kala ia lebih kepada unsur psikologi. Apabila pasukan lawan melihat kelibat Gerrard dan Torres, mereka akan ambil pendekatan lebih berhati-hati.

"Pasukan kami telah melakukan yang terbaik sepanjang ketiadaan Gerrard tetapi kami akan lebih kuat dengan kehadirannya. Dia mampu mengubah perlawanan," kata Benitez.

Benitez turut sedar, Liverpool wajib menang semua perlawanan yang diharungi mereka selepas ini memandangkan United masih berkedudukan teratas ketika ini.

"Mereka (United) mempunyai baki perlawanan yang sukar. Harap United akan melakukan kesilapan dan kami pula terus memungut tiga mata pada setiap perlawanan," ujarnya.

Sementara itu, pengurus Newcastle, Alan Shearer berkata, pasukannya bakal turun tanpa dua tonggak, Jose Enrique dan Steven Taylor yang mengalami kecederaan.

"Kami akan tetap berikan yang terbaik. Kami tahu ia sesuatu yang sukar dan kami ke Anfield selaku pasukan underdog.

"Tapi tiada yang mustahil. Pasukan seperti Hull, Stoke dan Fulham juga pergi ke Anfield dan mereka berjaya mencuri satu mata. Kami akan lakukan perkara yang sama," kata Shearer. - Agensi

Edisi Risik: Liverpool lwn Newcastle



Berita gembira kembalinya Steven Gerrard diganti pula dengan kecederaan peha Fernando Torres. Walaupun tidak dipastikan Rafa akan merehatkan terus Torres dalam perlawanan malam ini tetapi khidmatnya amat diperlukan. Dengan Man U terus menggunguli tahkta dengan 6 mata, pastinya tiada ruang untuk kita tercicir mata. Buat kali terakhir hanya perlawanan ini bakal menentukan peluang kita untuk mengejar Man U. Walaupun setipis kulit bawang tapi harapan masih ada.

Alan Shearer dikatakan bakal menggunakan formasi 4-5-1 dengan menyendatkan bahagian tengah. Pastinya Viduka akan digunakan sebagai penyerang solo dan dibantu oleh Alan Smith sebagai pembantunya. Pemain lain sperti Butt dan Barton mungkin digunakan dibahgian tengah. Duff dan Gutierez akan memberikan seranagn dibahagian sayap. Barisan pertahaan pasti tidak berubah dengan gandingan Beye-Collocibi-Bassong-Edgar.
Harper yang telah pernah dicip Alonso, akan bermain digawang.

Diatas kertas skuad Murai nampak kaku dan boleh diratah. Tetapi saya tidak mengharapkan permain selesa seperti di St James park tempohari. Dengan komen Sherear yang mereka akan melakukan apa saja untuk menyekat bahagian serangan kita bermakna corak mereka akan lebih defensif dan keras. Tetapi apa yang merbahaya ialah kuda-tua mereka iaitu Viduka yang amat berbahaya ketika setpis, itu yang patut dijaga. Yang lain tiada masalah kerana skuad kita masih mempunyai kekuatan walaupun Torres tiada dalam kesebelasan utama.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails