Ramai yang begitu berharap boleh makan pasukan Serigala sebelum ini tapi sebaliknya yang jadi. Walaupun tidaklah sampai di ngap oleh mereka tapi keptusan seri amatlah merugikan. Kalau dapat 3 mata, maka saingan ke slot liga juara akan lebih mudah. Apakan daya kemasukan semula Kapten Gerrard bukan membantu pasukan, tapi membuatkan pasukan kita tidak keruan. Mungkin Gerrard masih belum pulih sepenuhnya atau beliau seperti cuba melakukan semuanya tanpa memikirkan semangat berpasukan. Contoh ketika lawan Spurs adalah tahap terbaik pasukan bermain dengan semangat berpasukan tanpa terikut rentak individu.
Apapun yang lepas dan terlepas biarkan nak buat apa dah ditakdirkan begitu. Hidup mesti terus. Cabaran Bolton menanti. Dibawah pengurus baru, Owen Coyle mantan pengurus Burnley. Bolton tidak semantap mana, walaupun ketika lawan Arsenal sebelum ini mereka sempat didepan dengan 2 gol tapi akhirnya menghadiahkan Gunners 4 gol. Saya yakin jika pasukan kita kembali bermain dengan semangat yang tinggi untuk menang maka 3 mata akan diperolehi. Tapi jika bermain terlalu berhati-hati, bertahan setelah mendahului, mungkin pisang akan berbuah dua kali seperti lawan Stoke sebelum ini.
Apa pun dah tak banyak perlawanan lagi sebelum bertemu pasukan yang lebih kuat. Kalau dengan Bolton Cap Ayam kali ini tak boleh makan mungkin sekali lagi kita akan harap pasukan pesaing akan mengalami keputusan buruk juga. Ini bukan mentaliti yang sihat buat pemain untuk meredah perlawanan mendatang.
masa lawan spurs.... bukan setakat semangat berpasukan je, semua player main bagus... bersemangat..
ReplyDeletemasa lawan wolves, diorang main macam nak tak nak je... tambah lak si lucas main... midfield mmg hancur sama sekali...
so.. harap lawan bolton ni boleh makan la...
http://liverpool-malaysia.blogspot.com/