Nasib Rafa selepas lawan Stoke. Betul atau tidak kita boleh tunggu dan lihat. Tiada siapa berani bertaruh. Situasi memang rumit jika hendak memecat Rafa. Kena bayar 20juta Pound. Mana nak korek. Koboi US pun takkan nak buat gila kerana Rafa sedang beri paku buah keras kepada mereka. Nak tak nak mereka kena berusaha memastikan Rafa dapat memulihkan kembali pasukan untuk posisi ke -4. Kalau tidak hutang lapuk akan bertapuk akibat terkantoi ke Saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Saya amat malas nak cerita pasal pasukan kita. Sendiri pun boleh menilai prestasi dan keadaan terkini. Baik kita cerita sedikit info lawan. Stoke bukannya hebat sangat tapi mereka main dengan kemampuan sendiri. Walaupun kerap bermain bola lambung, mereka teramat berbahaya ketika sepakan pecuma dan sudut. Pemain dah tinggi-lampai badan pula macam pemain Ragbi, kalau tak main secara efektif dan berakal maka akan di ayamkan pasukan kita seayamnya.
Kalau dulu dengar saja nak lawan Liverpool, semua Pengurus akan buat kerja-rumah kasi kemas, tonton dvd, pergi merisik masa kita main, masuk forum cari maklumat. Tapi sekarang mereka sudah punyai semacam buku rujukan (template) cara nak bantai pasukan yang pernah menang 5 kali Piala Eropah ini. Tambahan pula dengan cara memberikan tekanan mental dan fizikal (main kasar) mereka akan membuatkan pasukan kita terkapai-kapai tanpa Torres-Gerrard.
Walaupun secara relevannya saya mengganggap urusan Rafa untuk membawa pasukan kembali kematlamat posisi ke -4 bakal ditentukan oleh perlawanan ini bukannya dengan Spurs rabu depan. Kalau terkantoi walaupun seri maka tiada lagi peluang mudah selepas ini. Biarlah saya dikatakan pesimis, kerana untuk mengharapkan Citeh, Spurs, Villa kantoi selepas ini amatlah menyulitkan. Peluang untuk berjaya ada tetapi ianya mesti didimulai dengan 3 mata di Stoke. Tiada kompromi, Maxi mesti turun.
No comments:
Post a Comment