Permulaan perlawanan Liga Perdana pada tahun baru 2010 buat Liverpool akan dimulai dengan perlawanan dengan Spurs di Anfield. Keputusan awal musim memihak kepada Spurs dengan kemenangan 2-1 di White Hart Lane. Namun jika diimbas akan perlawanan tersebut pasukan kita baru mencari rentak tanpa Alonso. Pemain utama seperti Torres dan Gerrard belum pulih sepenuhnya dengan itu merencatkan persembahan pada malam itu. Gol mereka pun adalah dari kesilapan pemain kita.
Namun begittu perlawanan kali ini bakal memberikan ujian sebenar kebangkitan pasukan kita. Ujian di Villa Park sebelum ini boleh dianggap Berjaya walaupun agak liat Villa dijinakkan. Torres menjadi wira malam itu dan kali ini diharap beliau akan mejahanamkan kubu Spurs. Kebangkitan pasukan juga ada hubungkait dengan sikap ketua pasukan Gerrard. Jika beliau menjadi dan penuh bersemnagat, perlawanan sukar dan tampak macam memihak lawan boleh dimenangi. Tetapi sebaliknya akan berlaku contoh ketika menentang Pompey.
Benteng pertahanan kita agak goyah walaupun ada peningkatan. Pasukan yang bermain dengan pemain sayap pantas pasti mempunyai kelebihan kerana bek kita agak perlahan walaupun cepat menghidu bahaya. Perlawanan dengan Reading menunjukkan bahawa badi sepakan percuma masih melekat sebagai ingauan buruk musim ini. Pallegrino kena cari jalan untuk selesaikan trauma ini kerana zaman Pako sebelum ini tidak nampak sangat ketara.
Saya bukanlah nak mengata Shebby Singh, tetapi cara beliau puji Spurs musim ini macamlah Spurs terlampau hebat sangat. Reknapp Snr hanya boleh berbangga dengan kejayaan lalu tetapi kali ini nasib mereka mungkin berbeza. Taktik serang-balas mereka takkan Berjaya tanpa tunjang mereka iaitu Aaron Lennon yang cedera. Mungkin buat masa ini Bentley akan menerajui sayap kanan dan bukanlah pilihan utama Arry.
Kombinasi serangan besar-kecil, Crouch-Defoe amat efektif sambil dibantu oleh Keane. Yang ini kita kena berjaga-jaga. Hantu galah ini dulu merupakan bekas hero kita dan kita tahu kekuatannya dan kelemahanya. Defoe walaupun agak suram kebelakangan ini tetapi merupakan penjaring gol berbahaya bukan saja di EPL tetapi juga untuk England. Sampaikan Owen boleh pencen terus dari skuad England. Yang menariknya mereka masih mempunyai penyerang tambahan yang agak berkualiti iaitu Pavlychenko berbanding kita yang hanya mempunyai Mat Tocang.
Jika menang dengan Spurs kali ini, maka peluang untuk ke kempen Liga Juara-Juara Nampak kian mudah. Jika tidak laluan akan menjadi lebih sukar kerana Spurs agak konsisten berbanding Villa dan Man City. Tapi jangan dok harap sangat kerana perlawanan mungkin terganggu oleh ribut salji yang mengganas di serata England. Kalau tak jadi, Nampak gayanya kita boleh layan Liga Super yang baru nak mula. Pulun Kedah Pulun.
Hello friend, I looked at your blog and is very good, greetings and welcome to my sports page
ReplyDelete