
Saya rasa amat bertuah kerana ada seorang pembaca tegar blog ini telah menanyakan perihal Downing melalui pembacaan beliau dalam tulisan saya pada hujung musim 08/09. Baiklah mari kita imbas kembali, musim itu Downing masih sebagai pemain Midleborough. Seingat saya tak ada kelab lain selain Aston Villa nak beli pemain ini, kerana pemain ini memang tak ada kehebatan lain selain hantaran lambung yang baik. Wenger pun sebelah mata tak pandang.
Ketika itu pengurus Rafa Benitez, dia bukan suka main cara Inggeris dengan menggunakan pemain sayap ortodok. Malahan itu kita dah punya pemain sayap berkaliber yakni Albert Reira dan Babel yang bermain dibahagian kiri. Jadi saya nampak buat apa nak beli Downing jika pemain seperti Torres boleh bubuh gol tanpa perlu bantuan pemain sayap. Jadi memang saya syorkan Yuri Zhirkov yang nampak lebih meyakinkan selepas pasca Piala Eropah 2008.
Tapi kalau anda baca tulisan saya bertajuk "pelengkap Andy Carroll", disitu saya nukilkan kenapa Dalglish nampak Downing sabagai pemain yang wajib dibeli bukan kerana kempen beli barangan tempatan, tapi kerana beliau mahukan pemain mengikut corak taktikal selain dapat menambahkan bisa peman lain seperti Carroll. Namun terpulanglah kepada untung nasib samada pembelian ini berbaloi walaupun saya nampak bukan nilai pasaran.
gua sangat tegar sama ni blog . YNWA !
ReplyDeletebodek kuat... lol
ReplyDeletejgn risau...ak pun skg dah boleh bukak mata dah pasal downing ni...dia winger sejati..bukan winger menyerang tpi mmbantu striker..dlu ak slalu igt downing ni xleh celen juan mata atau david silva sbb dorg lg laju ngan licik..tpi ak dgr downing ni la pling byk buat hantaran lintang musin lepas...kiri ngan kanan dia pun hidup...juan mata kiri je hidup...YNWA
ReplyDeletebaru aku tahu kenapa rafa tak minat dia. masa dari zaman boro aku suka mainan dia
ReplyDelete