
Pemergian Otai Liverpool, Sammy Lee memang tak terduga. Namun yang datang dan pergi silih berganti, adat dunia profesional bolasepak. Terkini Liverpool telah mendapatkan seorang jurulatih berpengalaman Liga Inggeris, iaitu Kevin Keen bekas pembantu Avramt Grant di West Ham dulu. Malah beliau sempat diberikan tugasan sebagai pengurus sementara setelah Grant dipecat dari jawatan hujung musim lalu. Entah kriteria apa yang sempoi sangat dengan jurulatih ini saya pun tak pasti, namun Dlaglish memang pandai bab cari jurulatih setelah membawa Steve Clarke yang merupakan satu kejayaan. Dengar kata kemasukan Keen adalah proposal dari Clarke kerana mereka pernah bekerjasama di West Ham semasa Zola menjadi pengurus. Apa pun diharap kemasukan Keen dapat memberikan sumbangan sebagaiman Clarke lakukan sebelum ini.
No comments:
Post a Comment