Ini merupakan andaian, dan imiginasi. Diharap pembaca tidak menyalahkan saya jika apa yang ditulis tidak kena dengan apa yang berlaku musim depan. Pembelian Henderson, Adam dan juga keinginan untuk mendapatkan Downing adalah taktikal Dalglish untuk mendapatkan impak maksimum dari pembelian termahal kita, Carroll. Dari segi permainan terbuka, Carroll Nampak seakan masih kaku, namun dari segi umpanan bola lambung, memang beliau juara. Gol tandukan ketika lawan Man City adalah yang terbaik pernah saya saksikan melalui tandukan, bukan kerana ketepatan sahaja tapi cara ianya dibelai oleh kepala Carroll.
Jadi statistik menunjukkan 3 pemain diatas mempunyai ketepatan melakuan umpanan bola lambung. Mulanya saya sangka Adam yang paling klaseman, namun ianya diatasi oleh Downing. Patutlah Dlaglish menyasarkan Downing mengatasi Mata, N’Zogbia atau Messi. Kita tak boleh nafikan bahawa Downing seorang pemain sayap ortodok, ketinggalan zaman, namun bagi saya gol sebegitu amat berkesan untuk lawan pasukan kuat jika pasukan kita buntu untuk merobek gawang dari permainan terbuka. Saya yakin kemasukan Downing akan lebih mendisiplinkan pertahanan kita yang asyik cari kepala Carroll padahal umpanan tepat dari bawah tidak berbahaya dari pada lencongan dari bahagian tepi penjuru padang.
sy skong cdgan penulis...
ReplyDelete