
Mungkin betul cakap Capello yang Carroll perlu jauhkan diri dari suka mabuk. Impak mental dan fizikal akan membuatkan pemain yang dikatakan punyai masa depan yang cerah bagi Liverpool dan England mungkin tak kemana. Tengok permainan Carroll musim ini berbanding ketika beliau di Newcastle dulu, memang jauh berubah. Dari seorang pemain penyerang yang lincah, walaupun tinggi lampai namun sekarang nampak berat sangat pergerakan beliau. Ditambah pula nampak tersangat berisi sesiapa lihat pun pasti akur yang Carroll perlu kurangkan berat badan.
Bagi Liverpool pula, memang bersyukur jika Capello kurang berminat ambil Carroll dalam skuad England. Namun jika lihat untuk pembangunan modal insan buat Carroll tenyata ianya akan memberikan impak negetif kerana pemilihan kedalam pasukan kebangsaan bermakna pemain itu memang tengah menjadi dan konsisten. Walaupun benar Capello bergantung harapan dengan sistem 4231 dengan Rooney sebagai penyerang tunggal, namun amat rugi jika Rooney cedera dan Carroll tidak jadi pengganti beliau.
Tersangat mengharap Dalglish dapat membimbing Carroll dan memberi nasihat supaya menjauhi air kencing setan itu. Contoh terbaik pemain yang berbakat tapi suka mabuk hingga menjejaskan karier bolasepak ialah Paul Cascoigne atau panggilan mesra sebagai Gazza. Pemain satu kampung dengan Carroll itu (Kg Gateshead) memang berbakat dan hampir jadi pemain Liverpool namun kerana tabiat kaki minum dan sikap panas baran membuatkan beliau tak konsisten dimana sahaja beliau bermain samada di England, Scotland atau Itali. Jadi kita tak mahu kisah Abang Gazza terjadi kepada adik Carroll.
No comments:
Post a Comment