
Nampak macam tema politik, namun itulah luahan hati Craig Bellamy setelah diberi peluang kedua ke Anfield. Perjuangan beliau untuk membantu Liverpool menjadi pasukan terhebat semasa era Benitez lunyai separuh jalan. Salah satu asbab beliau disingkirkan adalah sikap dan perangai samseng tak bertempat. Insiden membalun Riise dengan batang golf musim terakhir beliau di Anfield takkan dilupa oleh peminat bolasepak semua.
Rafa tiada jalan lain dengan menjual Bellamy ke West Ham. Penjualan ini semamangnya salah satu asbab juga kerana mana nak sumbat beliau dalam pasukan setelah pembelian penyerang tak berapa hebat Sepanyol, Fernando Torres. Kemasukan Torres macam bawa sial kepada Liverpool hingga kesangapan piala selepas itu. Masa Bellamy dulu dapat jugak Piala Sumbangsih dan naib juara Juara-Juara Eropah.
Kini kembalinya Bellamy bukan sebagai watak utama. Beliau seakan watak sampingan , namun bukan pak pacak macam Ngog dalam skuad kita. Kemasukan beliau sebagai pengganti Ngog memang dialu-alukan kerana beliau memang sudah masak dan banyak makan asam garam dalam Liga Perdana Inggeris. Kelebihan itu memang satu keperluan utama kerana berjanggut nak tunggu Ngog mengelupas jadi Theirry Henry.
Jika pasukan terbaik lain punyai 4 penyerang utama, pasukan kita musim ini apa kurangnya dengan gandingan Suarez, Carroll, Kuyt dan Bellamy. Kesemua pemain mempunyai personaliti dan karektor yang berbeza disamping kebolehan dan kehebatan masing-masing. Cuma saya harap kesemua rakan pembaca jangan terlalu menaruh harapan yang tinggi kepada Bellamy supaya jadi macam Ole Solkjaer di Man U. Saya yakin dia akan beri sumbangan, paling tidak 6-7 gol dan pembantu gol sebiji dua.
No comments:
Post a Comment