
Saya amat suka dengan kekalahan ini. Sebab apa, biar Kenny buka mata yang beliau bakal menerima implikasi lebih buruk jika membiarkan pemain yang lembab dalam pasukan. Adam, Carroll dan Skrtel dan juga Carragher telah membuatkan permainan pasukan kita nampak seperti kura-kura berlumba dengan arnab. Membiarkan Skrtel menjaga Bale, macam menunggu bala. Adam yang lebih muda dari Parker, tapi bila main nampak Parker pula 26 dan Adam 31. Nasib baik Gerrard dah pulih sementara Adam jalani penggantungan kad merah. Malah Spearing tak jadi masalah untuk jadi bidan terjun nanti.
Bab Carroll kalau saya bising nanti ramai marah. Mula dulu memang ramai yang teruja, tapi setelah nampak gaya permainan beliau yang tak bagus langsung bila kita nak main bola bawah dan pantas, saya rasa dia adalah pembelian yang bakal tak balik modal. KECUALI, Kenny dapat formula untuk kembalikan fizikal yang ideal untuk pemain renjong itu yang saya nampak macam fizikal pemain Ragbi sahaja. Keseluruhan permainan beliau malam ini nampak serba tak kena dan kurang klik dengan Suarez. Sepatutnya dia keluar lebih awal dengan digantikan Bellamy, tapi Kenny takut Suarez dapat kad merah macam Adam dan Skrtel.
Kesimpulan dari keseluruhan permainan kita malam ini amat membosankan, mengecewakan serta buat peminat meleleh air mata. Saya tak optimis macam peneka kita yang kebanyakan letak harapan yang tinggi kelangit, jadi tak berapa terkejut dengan keputusan yang memalukan ini. Namun Kenny kena buat sesuatu kerana bagi saya nak kejar Man U dan Man City adalah misi mustahil. Namun untuk cilok tempak ke-4 masih ada peluang namun bukan dengan mengharap tuah Suarez semata-mata. Semua pemain harus main sebaik mungkin macam lawan Arsenal tempohari. Biarkan 2 kekalahan lalu menjadi iktibar.
yup memang betul (penulis Liverpool kita)saya sokong sangat dengan pendapat yang bro mengatakan, yg kita memang perlu pemain yang pantas. sbbnya dah diketahui memang BPL ini corak pemainan pantas, manakala mengenai si carroll pulak, bg dia masa untuk berkembang.
ReplyDeleteMidfield cam xgerak ja .. Pastu dah la asyik pas blakang .. yg blakang tu pas Reina , cam kerja cari na'as ja .. xkan nak suruh Suarez wat semua ..
ReplyDeletekomunikasi pemaintengah hancur!!
ReplyDeletedan lagi downing x mampu membuat gerakan sebelah kiri baik letak kuyt!!
Hmm.. Aku mlm tdi tgok bola pkai jc liverpool. Pergh.. Kecohnye fan mu tgok kte kne 4. Aku bgn, aku cium lencane liverpool 2. Heh.. Ape, igt aku mlu ke pkai jc liverpool, aku bangge la wahai fan mu.
ReplyDeleteserius ckp kt kena ade player kulit hitam mcm ashley young nani bosingwa evra defoe dan mcm2 lg. sbb fizikal diorg lebih kuat lasak dan laju. kk tolong. dh bnyk kali aku kena bahan kat ofis.. adoiiiiii...
ReplyDeletei BELIEVE IN REDS! You'll Never Walk Alone!!!!
ReplyDelete