Terdapat 5 agenda untuk mengembalikan Liverpool dalam kelompok Liga Juara-Juara. Ianya penting disegerakan sekarang dan paling tidak pada perpindahan Januari ini.
1. Permainan Konsisten - Liverpool perlu main dengan corak meyakinkan dan mampu menghasilkan keputusan sebaik mungkin tak kira samada bermain dengan pasukan kuat atau lemah. Bukan setakat kena jaringkan gol banyak-banyak untuk menang tapi pastikan kalau boleh jangan bolos.
2. Gerrard kembali menunjukkan prestasi.- Sebagai Kapten dan Otai dalam pasukan, seharusnya Gerrard jadi contoh teladan atas padang dengan memberikan persembahan mantap macam yang kita tengok dulu. Memandangkan faktor usia dan kecederaan saya rasa Kapteng kita itu kena pandai-pandai mengevolusikan diri dengan keadaan fizikal beliau yang nampak makin lemah dan perlahan.
3. Pemain simpanan mampu menyerlah - Pemain simpanan perlu sedia untuik berkhidmat dan berusaha bersungguh-sungguh walaupun dah diketahui mereka bukan pilihan utama. Selagimana mereka dibayar gaji oleh pihak Liverpool, jika diberi peluang mereka kenalah tunjukkan prestasi walaupun diposisi uyang janggal bagi mereka.
4. Penyerang baru - Memandangkan hanya Suarez penyerang yang sihat serta boleh diharap, namun dia bukanlah penjaring gol prolifik. Seorang atau 2 pemian penyerang yang mantap yang boleh letak bola dalam jaring lawan amat perlu. Tak perlu nak beli pemain yang serba-boleh macam Suarez yang boleh main bahagian saya kerana dah bersepah dalam pasukan.
5. Penjaga gawang baru - Pepe Reina dah kendur sejak 2 musim lalu. Samada faktor pertukaran pengurus atau peribadi itu menjadi misteri. Namun apa yang nampak sangat ialah peranan penjaga gol simpanan yang semuanya lebih teruk dari beliau membuatkan tiada persaingan sengit diposisi no.1 itu.
Kalau 5 kaedah tranformasi ini dapat dilakukan oleh Brendan, disamping dibantu oleh sikap pemain dan bantuan dana yang cukup oleh pemilik FSG, nescaya cerah masa depan Liverpool. Paling tidak kita boleh tukarkan margin seri kepada menang dan bungkus kepada seri. Dah lama tak tengok Liverpool main pagi selasa dan rabu.
Transformasi menjana kejayaan..
ReplyDeleteReformasi pembawa perubahan
ReplyDeletegerrard dah tua bang..muda dulu belakang cerita..sape yg tak rindu gerrard muda..riena dah boleh tuka tu..striker baru wajib beli..tp nk beli sape?kalu setakat striker dr stamford bridge tu..lupakan je..kita tnggu tanduk borini panjang jelah..lepas tu hantar dorang camping kat amazon..bg dorang belajar survive as a team..kenal teammates sendiri..dah teruk sgt chemistry dorang..berapa kerat ntah player boleh klik sesama dorang..kalu teammates sendiri pn tak 'kenal'..susahlah..even 'kenal' lawan sampai dalam seluar..akan jadi tak guna
ReplyDeletebapak panjang aku komen
ReplyDeleteYNWA
nice komen brooo...
ReplyDelete1. Permainan konsisten: Rodgers dah memang set blueprint khas untuk corak permainan Liverpool, memanglah takkan terus berjaya tapi aku tak risau tentang konsistensi. Pasukan masih muda dan melalui fasa pertukaran, biasalah.
ReplyDelete2. Dikhabarkan prestasi Gerrard mungkin kerana dia mahu mejaga fizikal untuk lebih lama beraksi untuk kelab dan negara. Rekod Beckham (untuk England) masih dalam sasaran dan aku rasa selagi Gerrard tak bersara untuk England, dia akan macam ni.
3. Rodgers dah buktikan beberapa kali musim ni yang dia mampu ubah pemain semasa perlawanan sedang berlangsung. Kualiti simpanan yang kita ada cukup bagus, kesebelasan utama yang kadangkala mengecewakan (Gerrard, Allen, Sahin).
4. Memang jelas, terang dan nyata. Tapi perlu diingatkan yang Rodgers menekankan corak permainan yang spesifik. AKu rasa ketibaan penyerang baru juga memerlukan masa untuk disesuaikan dengan corak permainan. Satu lagi, kenapa Assaidi terlalu jarang digunakan?
5. Rekod penjaga gol simpanan teruk? Hahaha cuba tengok rekod Jones dalam tempoh dia ganti Reina. Cukup baik untuk seorang penjaga gol simpanan, namun kelemahan Jones ialah dia tak mampu jadi sweeper macam Reina, mula serangan. Dengan dana terhad, posisi ini belum prioriti, lagipun sebagai contoh, tengok Alonso dulu pun tak perform hampir 2 musim. Tengok musim terakhir dia di Liverpool, dan prestasi dia sekarang...
Harap2 la Rodgers dapatkan Walcott ... dya dah smakin mantap la sejak 2 musim lepas ...
ReplyDeletePenukaran goalie Pepe Reina tu kurang dipersetujui. Dalam mana-mana team, goalie jadi tonggak. Main camana caples di bahagian tengah, maka ada defenders dan goalie sebagai benteng akhir. Psikologi keseluruhan team, dipengaruhi penjaga gawang. Reina bukan calang-calang boleh ditewaskan. Dan seperti kata Patinho, Reina bagaikan satu lagi versatile player: goalie tapi juga initiate serangan berdasarkan tikaman atau sepakan tuju bola yang tepat kepada striker LFC yang paling terkedepan. Perhatikan game lain. Permainan Reina semakin ditiru. At this moment, Reina has got to stay.
ReplyDeleteSangat setuju.
DeleteKalau defender main backpass memang Reina lebih meyakinkan.
Berbanding Jones takut untuk terima hantaran dan juga takut hantar ke side back kalau bola dekat kaki dia, mesti terus pump ke lautlah jadinya.
Reina boleh main diagonal pass.
Cuma perlu tekanan daripada goalie simpanan untuk bagi dia bersungguh sikit. Goalie simpanan diperlukan untuk game FA atau emergency macam Reina injured itu hari.
Tengok macam Apex dengan Farizal.
Lama tak nengok liverpool main selasa & rabu tu yg takleh tahan tu...takpe,masanya akan tiba...
ReplyDeletebyk benda yg kita taktahu apa yg bakal dilakukan oleh Brendan. Samada dia buat benda marbeles atau benda bodo semasa pintu perpindahan buka. Mcm abg Joe tulis dlm utusanlfc, wtf betul kalau amik Sturidge dgn harga 12juta bergaji 80k/week. Dengan nilai sebegitu kita boleh amik pemain yang lebih berkualiti & establish mcm Soldado, Jackon Martinez, Hantulaar dll. Bab Reina sy maksudkan goli muda perlu diberi untuk pressure Reina. Butland & Mac Stergen calon terbaik.
ReplyDelete