Siapa cakap peminat tiada hak untuk kecewa. Apasal nak gembira jika main tak senonoh. Kredit diberikan kepada mereka yang bersungguh malam ini tapi dalam bab bertahan ,saya rasa pertahanan kita memang patut kena bancuh dengan Brendan sebab mudah sangat kena akal dengan Benteke. Sebut pasal Benteke ni saya dah ulas yang Liverpool akan bermasalah dengan abam metalik ini. Kesemua gol yang dihasilkan 2 dari beliau dan satu hasil gerakan liciknya.Bab pengadilan memang tak payah cerita kerana Liverpool adalah mangsa mereka
Jika dilihat dari corak permainan Liverpool untuk merobek kubu Villa dengan cara berselerak. Pasai apa tak main bagi kompak dengan pemain mengumpan bek Villa untuk keluar mengejar bola, bukan menghimpit mereka bagi kawasan gol Villa menjadi macam Sardin Cap Ayam. Kalau saya jadi pengurus Liverpool, saya main hantaran berlegar-legar dari tengah dan biar Sterling dan Suarez bersedia dibahagian tepi untuk membuat larian bila serangan kilat setelah penguasaan bola dipihak kita.
Dengan tewasnya kepada Villa yang semua orang anggap boleh diratah begitu sahaja, perlawanan selepas ini adakah kita perlu rasa terlalu optimis berlebih-lebihan. Saya tahu Brendan pun pening kepala kerana masih ada 2 minggu untuk cari penyelesaian dari luar. Namun beliau harus bagi pemain macam Assaidi, Sahin dan Coates main untuk membekap pemain utama yang nampak keletihan. Nak dekat krismas kita tahu bahwa perlawanan amat padat dan pemain simapan harus digunakan untuk memberi cabaran untuk pemain utama.
Ini pandangan peribadi aku- liverpool tak sesuai dgn sistem 4-3-3. sistem sebegini perlu ada 2 atau 3 player kreatif bertindak sbgai playmaker utk menggerakkan pasukan.Liverpool tidak ada semua ciri2 itu. Yg ada hanyalah player muda yg masih mentah dgn pengalaman liga inggeris tetapi semangat utk bermain.Yes, semua org tau gerrard ialah seorang midfielder bertaraf dunia tetapi faktor usia menjadikan corak permainan beliau lbh perlahan dan x efektif utk dua tiga perlawanan yg lpas. Lihat match mlm tadi rasenye liverpool xde alasan utk tewaskan villa memandangkn pasukan ini ada pasang surutnya lbh2 lagi bermain di tempt sendiri. Tetapi sebaliknya yg berlaku. Liverpool tewas dgn serangan balas pantas villa yg ambil kesempatan keatas kepincangan pertahanan.Lucas yg diharapkan utk backup pertahanan hanya dilihat spt hanya bersiar2 di tgh padang. Langsung tak efektif utk match mlm tadi dan juga ada dua tiga player yg bermain di bawah tahap sebenar.Di zaman rafa,hogdson atau dalglish pun jarang digunakan sistem 4-3-3 kerana semua tahu sistem sebegini hanya akan memberi tekanan kepada midfielder utk cover setiap penjuru padang.Akibatnya pihak lawan mudah utk mendominasi bahagian midfield seterusnya utk serangan balas.Berpjaklah di bumi yg nyata. Liverpool hanya sesuai dgn sistem 4-4-2 atau 4-5-1. Inilah tradisi sistem permainan liverpool. Liverpool bkn seperti chelsea atau barca yg ada ramai player kreatif malah di zaman rafa sekalipun berjaya mmbuktikan bahawa sistem 4-5-1(kdg2 4-4-2)sgt berkesan dgn corak permainan serangan balas. Hasilnya liverpool di tempat kedua pada season 08/09(prestasi terbaik liverpool).Mngkin utk next season peminat liverpool hanya akan menyaksikan liverpool berakhir di pertengahan liga ataupun bermain di uefa cup. Why? di awal musim pemilik FSG mensasarkan utk berada di kedudukan 4 terbaik liga tetapi knpa brendan rodgers dilantik? Apakah rekod terbaik beliau di peringkat eropah? Adakah hanya berjaya membawa pasukan swansea di tempat kesepuluh liga dan seterusnya kekal di liga perdana dianggap berjaya utk menjustifikasikan brendan adalah individu sesuai utk peneraju liverpool? Liverpool perlukan seorang pengurus yg ada pengalaman di peringkat eropah itupun klu ingin merealisasikan impian pemilik FSG.Pemilik FSG seharusnya belajar dari kelab2 lain cnth Man city yg melantik pengurus berprofil tinggi seperti mancini. Walaupun prestasi yg mengecewakan di peringkat eropah sekurang kurangnya gelaran liga perdana menjadi milik mereka dan seterusnya setiap musim kita akan melihat man city mantain di kedudukan 4 terbaik.Kejayaan tdk akn dtg dgn segera. Perlukan dua atau tiga musim utk berjaya. Manalah tau tahun dpn liga juara2 milik man city.Itulah yg perlu liverpool pelajari walaupun pernah mencuba dgn khidmat hogdson dan dalglish tetapi keputusan tidak memihak kpd liverpool.King kenny mmg ada rekod yg bagus semasa di liverpool dulu tetapi sistem permainan yg diterapkan adalah gaya lama bolak sepak inggeris dan mudah dibaca pihak lawan.Ape2pun perlawanan masih panjang lagi utk diharungi dan peminat akan tggu dan lihat pada bln januari ini siapakah yg akan dibawa masuk oleh brendan rodgers. Adakah beliau akn membawa masuk striker tumpul seperti borini atau sebaliknya kita tggu dan lihat. Jika musim ini impian ke 4 teratas tidak berjaya direalisasikan bermakna pemilik FSG harus melakukan satu lagi tindakan drastik.Harap2 ape yg aku cakap ini salah dan liverpool berjaya ke kedudukan 4 teratas.Aku rndu sgt2 utk bangun seawal jam 3 pagi utk lihat liverpool beraksi di pentas tertinggi mcm dulu2. Kita tggu dan lihat..Chow!!
ReplyDeletegeram tgok game ni..liverpool da control game,tp kene bantai 3-1 plak..haiyyaaa..
ReplyDeleteSedih la team kita jadi mcm ni..
ReplyDeleteSusah nk komen..xde rezeki kot..
ReplyDelete