Perpindahan Daniel Sturridge dan Tom Ince bukannya mudah bagai yang disangka. Persetujuan mulut ke mulut tak jadi benda, yang penting segalanya mesti jelas dalam hitam-putih. Kes Sturridge lain sikit dengan Ince. Bagi Sturridge tuan penasihat 25 persen atau pun agen menjadi dalang kepada ketidakjadian untuk mencapai persetujuan atau kata putus. Bayaran untuk broker jadi tak masuk akal dan wakil Liverpoolfc tak mampu meneruskan persetujuan. Namun perbincangan masih berjalan walaupun pihak Liverpool sedang mencari alternatif lain.
Kes Ince pula menampakkan kebangangan pihak pentadbiran Liverpool ketika melepaskan pemain muda ini. Sepatutnya kena letakkan syarat klausa pembelian semula "buyback clause" untuk setiap penjualan pemain muda yang berpotensi.Ini tak pasal-pasal Liverpool kena pau sampai lebih 5juta pound untuk pemain yang dijual sekadar 250k pound saja. Pihak pengurusan Blackpool sedang memeras ugut Liverpool dengan selicik mungkin dan cuba memancing kelab lain untuk membida anak bekas lejen Man u dan Liverpool, Paul Ince. Potensi Ince memang nampak sempoi dan rasanya sesuai dengan corak permainan Liverpool sekarang ini, tapi kalau mahu belanja dengan harga tak munasabah masih ramai pemain yang berkualiti diluar sana.
Perlawanan yang lepas saya rasa telah menjadi igauan negeri bagi setiap peminat. Ketewasan yang saya rasa hampir sama dengan perlawanan pembukaan dengan WBA. Selagi mana penyudah tumpul, pergi mampuslah dengan penguasaan bola walaupun ketahap 80 persen. Yang menunjukkan tanda aras kemenengan ialah 3 mata dan menjaringkan gol mengatasi pihak lawan. Prestasi pemain boeh dikatakan sangat mengecewakan samada pihak yang menyerang dan bertahan. Banyak faktor penyumbang kekalahan tapi kesilapan pemain kita sendiri yang tiada idea ketika menyerang dan ralit serta membiarkan penyerang lawan mengamok didepan pintu gol.
Semua peminat mahukan kemenangan keatas Fulham. Tapi peminat juga mahukan Liverpool main cantik. Sebagai peminat yang faham dengan realati keadaan pasukan yang masih mencari-cari identiti dan rentak pastinya akur yang kita tak mampu jadi macam Barcelona lagi. Kalau atas kertas Liverpool memang pasukan hebat kerana reputasi masa lampau, tapi Fulham mempunyai reputasi juga sebagai pasukan kacang hantu kepada kita. Kalau kita main cantik sekalipun tapi masih tiada imiginasi dan tiada Plan B, nak dapat 3 mata amat payah kerana Fulham punya bek sangat mantap kalau main berkampung. Saya harap sangat Brendan dan anak buah cuba pelbagaikan corak permainan sikit, sebab lawan dah tahu camna nak ikat Suarez. YNWA
liv 2-1 ful
ReplyDeleteLiverpool 4-0 fulham...
ReplyDeleteSuarez 1 gol, gerrard 2 gol, jonjo 1 gol..
-mr. Shoot-
Yes..kena lg..
Delete-Mr. Shoot-
3 - 0.. LS hatrik.... YWNA...
ReplyDelete"Arai"
liv 2-0 ful
ReplyDeleteTahniah, Mr Shoot peneka tepat kita minggu ni..
ReplyDelete