Dalam minggu ini pembelian pemain baru macam dah tamat namun cerita gosip dan sembang tentang perpindahan pemain masuk dan keluar dari Liverpool bertiup kencang dan tersangat deras. Memang selalunya saya malas nak layan cerita perpindahan kerana dah macam sembang kedai kopi ini kerana ramai yang telah tertipu dengan sketsa teater bertajuk "Enchik Mkhitaryan jadi ke Anfield".
Namun dek kerana ada yang nak tahu pendapat saya tentang cerita gosip, saya pun boleh gebang macam kat kedai kopi tapi jika sumber yang saya dapat dalam twitter tak betul jangan salah saya pula. Sebabnya dalam dunia maya ni, ramai yang mengaku tahu segalanya dan rapat dengan sumber sahih, padahal kadang-kadang ejen pemain bolasepak dan wartawan berita sukan macam dah pakat, sorang nak penaik harga pelanggan mereka dan seorang lagi nak bagi laku akhbar mereka.
Dalam lingkungan pasukan Liverpool, boleh dikatakan majoriti pemain dikaitkan dengan pasukan luar kecuali Kapten Gerrard dan pemain yang baru masuk januari macam Coutinho dan Sturridge, yang lain semua dah masuk dalam berita tak kira tua muda samada diintai kelab luar untuk dibeli atau pinjaman sahaja. Bagi saya cerita pemain yang nak masuk boleh diabaikan sangat kerana ulangan berita itu seakan siaran Astro Ceria yang dok ulang 3 kali sehari selama seminggu.
Bagi pemain yang masih berstatus pemain Liverpool dengan kontrak yang sah, kadang-kala teringin juga nak tahu apa cerita mereka jika mereka bukan lagi pemain dalam perancanagn untuk musim mendatang. Paling saya terkilan ialah kenapa Reina masih di Liverpool, padahal Mignolet dah nampak macam Goli utama. Terkini Rafa nak pinjam Pepe selama setahun dengan bayaran gaji bahagi dua dengan Liverpool. Memang betul pinjam keluar tak salah tapi kerugian dipihak kita kerana katalah Napoli tak jadi beli, harga Reina jatuh merudum. Keadaan ini berlaku sebab Valdes buat pusingan -U tak jadi belah dari Barcelona dan Reina masih terkandas di Anfield.
Cerita Downing untuk ke West Ham sunyi sepi mungkin sebab dia bagitahu Brendan yang dia nak kekal bersaing untuk kesebelasan utama kerana peluang nak main Di ropah nampak cerah berbanding West Ham yang tak menjamin piala cuma sekadar pasukan pertengahan liga. Itu reaksi bagus, namun yang tak bagusnya ialah sementara masih laku, dengan nilai yang makin menyusut ditambah lagi gaji 70k seminggu, jika Downing kekal gamaknya tiada pemain saya baru yang masuk. Dan mungkin sebab itulah pemain sensasi Belgium , Nacer Chadli telah melepas ke Spurs denga harga diskaun sebab kita dah tak ada ruang dan uang untuk cabar Spurs dan bagi jaminan posisi itu kepada Nacer.
Saya mungkin nampak begitu sinikal dan macam tak suka Borini di Anfield. Memang betul kerana yang pertama pantang tok nenek jika pemain beli dengan harga tak berbaloi, tidak berikan impak sebagaimana dimahukan.Yang keduanya Kes Borini bukan macam Samed Yesil yang kita boleh bersabar dan tunggu 2-3 musim untuk dia menyesuaikan diri, tapi Borini dah duduk di England dah lebih 5-6 tahun takkan tak fasih lagi dengan sepak terajang bolapsepak England. Dia kena pandai bawa diri dan faham dengan kehendak hiraki bolasepak Liverpool, yakni jika bagus boleh kekal dan jika hancus boleh berambus. Seblum ini bukan taka ada pasukan yang mahu beli tapi Borini telah beliau rijek Fiorentina dan sekarang Lazio cuba ejas Borini untuk bawa balik kampung.
Dan ada lagi pemain lain yang dalam pemerhatian kelab luar selain Suarez. Namun ianya tak sepenting 3 orang pemain yang saya sebut diatas kerana mereka seakan tidak diperlukan dengan kemasukan pengganti atau pesaing mereka yang nampak lebih mabeles dan begitu mengujakan.Bukan jaminan bahwa Mignolet, Alberto dan Iago boleh meletup tapi mereka juga boleh melingkup dan gagal, namun jangan lupa yang sebelum ini Brendan punyai veto untuk beli pemain tanpa merujuk sesiapa tapi musim ini tidak lagi kerana setiap calon akan disaring oleh pihak pemantau dan pencari bakat yang akan bermesyuarat lebih dahulu seblum kata putus di ambil.

No comments:
Post a Comment