Permulaan bagi musim baru dengan sesi perlawanan pemanas badan berikan impak positif. Walaupun baru 2 perlawanan, Liverpool bermain baik dengan 6 gol terhasil dan masih lagi belum bolos. Ini bermakna perlawanan ini bukan sesi main suka-suka tapi pemain mengerti yang setiap persembahan mereka dinilai oleh Brendan Rodgers samada pemain lama atau muka baru serta pemain tua atau pun remaja.
Kesebelasan awal diturunkan untuk sepak mula adalah seperti berikut dengan sedikit pertukaran dari lawan Preston tempohari. Mungkin inilah formasi dan pemain utama barangkali kerana separuh dari mereka telah menjadi tonggak utama musim lepas. Mingnolet ganti Reina, Toure ganti Carragher, Alberto ganti Henderson dan Aspas ganti Sturridge.
Mignolet
Johnson-Toure-Agger-Enrique
Lucas-Gerarrd
Downing-Alberto-Coutinho
Aspas
Stadium Gelora Bung Karno, dibanjiri oleh umat Jawa, Batak, Banjar, Bugis, Aceh, Mat Saleh dan juga Negro yang memenuhkan stadium berkapasitas 90,000 itu. Penonton yang rata-rata berbaju merah dengan bunting dan mafla menyaksikan Liverpool bergaya dengan jersi ketiga. Pasukan ini pernah kena lanyak dengan Arsenal awal minggu lalu 7-0 sudah bersedia zahir batin untuk tidak mengualangi hal yang sama untuk bermain secara terbuka untuk bertemu dengan Liverpool.
Sang Garuda bermain amat baik dengan menyekat peluang serta banyak kali terselamat dengan serangan Liverpool. Gol pembukaan minit ke-9, yang disempurnakan oleh Coutinho mungiin sekadar nasib baik apabila bola melantun kebadan beliau dan tertanpam kedepan dan Coutinho meluru untuk melakukan sepakan santai kecelah ketiak goli Indon. Lepas gol itu peluang bertali arus, namun Downing, Alberto dan Aspas benyak kali terkantoi mungkin masih lagi berkarat.
Mignolet
Johnson-Toure-Agger-Robinson
Lucas-Allen
Downing-Alberto-Coutinho
Aspas
Separuh kedua bermula dengan Kapten Gerrard digantikan dengan Xavi versi Wales, Allen, serta Enrique digantikan denga Robinson. Keadaan masih buntu,namun bagi saya Apas ampak begitu dedikasi dan banyak curi tumpuan. Paling tak boleh belah sekali beliau melepaskan peluang keemasan untuk jaringkan gol apabila gerakan cantik melepasi goli Indon dalam keadaan pintu gol tenganga Aspas menjadi hampas terkantoi dan sepakan terbang melepasi gol terus ke kepulauan Bali.
Tak lama selepas itu Liverpool memborong majoriti pemain separuh pertama dengan Borini masuk untuk membuktikan kejantanan menggantikan Aspas yang masih trauma. Henderson, Skrtel, Wisdom, Ibe, Kelly, Sterling dan Assaidi menggantikan Lucas, Agger, Toure, Downing, Johnson, Alberto dan Coutinho.
Mignolet
Kelly-Wisdom-Skrtel-Robinson
Hendo-Allen
Ibe-Assaidi-Sterling
Borini
Nampak agak pelik kerana bagi saya sepatutnya Kelly main bek tengah dan Wisdom yang lebih pantas main bek sisi. Lagi pelik Assaidi main penyerang pembantu ke pada Borini. Mungkin eksperimen kali ini ada formulasi terbaik untuk kesebelasan Piala Liga, wallahua'lam. Kesebelasan kali ini yang termuda danbegitu bertenaga. Berbanding Countinho hero separuh pertama kali ini Sterling menjadi perbualan ummah kerana beliau pasti akan terbabit dalam setiap serangan. Namun rezeki beliau datang dengan gol mudah apabila menerima hantaran Assaidi.
Hingga tamat perlawanan 2-0 sahaja ole-ole dari Indonesia berbanding 6-3 masa lawan Malaysia tahun sebelum ini. Perlawanan ini memberikan petunjuk yang Liverpool mempunyai bakat serangan yang ramai namun masih kurang pengalaman. Dengan kembalinya Suarez dari cuti panjang dan beliau terus berkumpul di Sydney untuk perlawanan seterusnya di Australia.
Masih nak sebut nama Suarez lagi? Saya rela Suarez berhijrah ke Real Madrid. Dengar khabarnya nak di sistem barterkan dengan Higuan + £20 juta. :YNWA!
ReplyDeletepadang ni dorang bagi lembu makan sebelum game kot...aku pening tengok bola leret tapi gerak macam katak....
ReplyDeletePercayalah... Hati suarez sudah melayang jauh mencari dahan baru untuk berpaut.
ReplyDelete