Terus-terang saya cakap yang saya tak pandai bab kewangan dan bisnes. Tapi setakat tengok senarai kewangan kelab-kelab utama EPL yang rasmi dikeluarkan oleh Delloitte musim lepas, saya mungkin ada idea untuk goreng sedikit dan maafkan saya jika tersasar.
Kalau dulu sebelum era Kapitalis menguasai siaran bolasepak, Kelab yang mempunyai stadium yang besar dan sentiasa penuh dengan harga tiket yang tinggi mesti kayaraya. Namun sekarang situasi itu berubah sama sekali dimana 4 pasukan diatas merupakan pasukan yang main dalam Liga Juara-Juara dan bermakna perolehan mereka mesti lebih mewah dari Liverpool, dengan turutan, Man U, Chelsea, Arsenal dan Man City.
Setelah tolak itu tolak ini, kita boleh lihat yang pasukan Arsenal paling mantap dengan perolehan positif maknanya sentiasa untung. Man City paling rugi sampai -98.7juta. Kontras dan perbandingan dua kelab ini ialah bukan Arsenal punya towkey pandai berniaga sangat atau Pak Syeikh Man City tahu joli sahaja. Tetapi hakikatnya Arsenal ialah kilang penjualan pemain dan Man City pembeli yang bijak.
Kalau kita tengok perolahan Liverpool dengan -54.7juta sedih betul kerana pasukan kita banyak hutang yang ditinggalkan oleh pemilik terdahulu ditambah pula banyak buat silap dalam pembelian pemain. Kos penggajian berbanding perolehan memang tak patut dalam keadaan sebegitu. Sudahlah lebur duit beli pemain tak sesuai dengan pasukan, gaji pemain macam tidak mencerminkan kebolehan mereka.
Memang tak boleh lari dari kenyataan jika mahukan yang terbaik kena melabur dan buang duit. Tapi kena pastikan duit yang digunakan tidak lebur begitu sahaja dengan mengulangi sejarah yang lampau. Boleh dikatakan setakat ini pembelian Liverpool tak berlebihan, namun lebih kepada pemain yang berpotensi. Dalam keadaan sekarang tanpa penjanaan wang dari perlawanan Eropah, ada baiknya perbelanjaan berhemah dilakukan, kecuali kita dapat duit dari penjualan Mamat gigi arnab.
No comments:
Post a Comment