Adat dalam bolasepak, pasukan yang terbaik akan menang. Itulah lumrah dan tak perlu nak buat kajian ilmiah bedah siasat bagai. Cuma saya sedikit terkilan dengan cara pengendalian Brendan untuk hadapi pasukan hebat macam Arsenal sebelum sepak mula. Memang terkejut dengan ketiadaan Johnson kerana dijangkiti virus, tetapi beliau ambil risiko meletakkan Jon Flanagan dalam perlawanan besar. Saya dok perhatikan lama semenjak dua tahun lalu, perkembangan Flanagan macam terbantut dan dia macam ada sesuatu yang tak kena dengan mentaliti beliau.
Apa yang lebih hancur ialah bahagian tengah Liverpool yang dah tak laju, tetapi lebih menyakitkan hati tidak langsung melakukan tekanan dan asakan. Kapten Gerrard paling lemah-gemalai dan banyak kali naik menyerang bagai Ferrari tapi nak turun bertahan macam bawa beca. Ianya ditambah pula dengan Lucas yang juga keluar dari posisi didepan pertahanan ketika gol pembukaan Carzola. Toure mungkin sedaya upaya turun menghalang lawan, tetapi jika ada pemain tengah hambat Carzola dari awal, sekurang-kurangnya bek akan bersedia untuk menghadap kearah Carzola yang melakukan tandukan terkena palang dan merembat kembali bola muntah.
Bola kedua adalah membunuh keyakinan Liverpool untuk bangkit menyamakan kedudukan. Paling tak boleh terima bila pemain tengah bermesyuarat sesama sendiri sambil lihat Ramsey ambil masa untuk cari sasaran merembat kencang dan Mignolet tak mampu berbuat apa-apa. Macam kes Cabaye, takkan tak tengok keputusan "Football Fantasy", Ramsey adalah pemain tengah paling merbahaya jika tidak dirantai betul-betul. Syukur kalau tak kerna Mignolet, Arsenal mungkin boieh hantam banyak lagi. Saya faham Mignolet ada kekurangan dari segi hantaran bola bawah, tapi pemain pertahanan macam tak ambil peduli kekurangan itu.
Kemasukan Coutinho menambahbaikkan penguasaaan tengah, tetapi Liverpool saat itu dah ibarat harimau yang luka parah, ada kekuatan tetapi tak segarang mana. Saya nampak Coutinho masih kurang sihat dan nampak berkarat, namun sekurang-kurangnya tak seserabut separuh masa pertama tanpa beliau. Begitu juga dengan kemasukan Moses yang lincah dan bermain diposisi kegemaran beliau sayap kanan memang ada petanda positif. Dengan sistem 3-5-2 yang tak menjadi penukaran kepada 4-2-2-2 ketika Moses dimasukkan nampak tersangat positif. Ketika ini pasukan kita kembali mengasak dan banyak peluang dipersiakan majoritinya oleh Suarez.
Bercakap dengan peluang boleh buat gol, sepatutnya Henderson seawal minit ke-10 lagi boleh sumbat gol, tetapi beliau tak mampu buat gila macam lawan Arsenal musim lepas, mungkin terlalu yakin atau gugup. Paling kecewa ialah pengadil perlawanan membatalkan gol penyamaan Henderson kerana dia tidak berikan perlawanan diteruskan kerana kekasaran Sagna keatas Suarez. Macam lupa undang-undang bola pula pengadil yang tak berapa adil tu, sebab ketika Suarez kembali bangun, menghantar bola kepada Sturridge, haram wisel tak dibunyikan, padahal dah Henderson jolok bola baru jumpa wisel kot.
Perlawanan ini sepatutnya mebuka mata Brendan Rodgers yang beliau kena buat penilaian semula tentang pemain tengah kita. Sudah tiba masanya pengganti Gerarrd dicari Januari ini. Saya bukan kritik Gerrrard, tetapi beliau sepatutnya main dibawah macam dia main dengan England. Dua pemain dihadapan beliau bukannya Henderson dan Lucas, tetapi Coutinho dan seorang lagi yang lebih agresif, sedikit kreatif dan juga mempunyai kepantasan, mungkin ala-ala Mascherano kalau jumpa. Untuk jadi pasukan dalam kumpulan 4 terbaik, formulasi mudah ialah bagaimana untuk mengguguli dan menguasai perlawanan dari tengah, bukannya tunggu dan harap lawan buat silap.
Telinga aku bdarah dikutuk si isteri aku pminat setia arsenal...geram btoi...ni la aku dok takot..kes xkosisten mcm ni la...dok peram ctho cari apa..rindu si enrique...cepat la semboh...ctho berfungsi sb enrique byk supports bola kt dya...dh la sakit hati aku...mggu depan n game strusya wajib kna bg mnang..YNWA LUCASdarulaman
ReplyDeleteOk ja game smlm.. xda luck.. kena blajar terima hakikat..
ReplyDeleteMmg bersahaja midfield kita...pakat dok tgh depa dok tolak p tolak mai....defend teruk kn cover sana sini...flanagan outposition, lucas jd slow, gerrard dah koi tua...kn cari midfield hat muda2....
ReplyDeletehendo n copot berpisah tiada..nasik kangkang mari rodgers..kepala bana nye bdk bingai cm2 pun setiap game men 90min
ReplyDeletehaha itu lah yang paling bingai sekali dlm team, yg boleh hanya berlari.. flano has a better basic football than him
Deleteaku pun agak terkejut dgn permainan flanagan yg tak lgsung mampu mmbantu pertahanan dan dibiarkan berlegar begitu lama oleh Brendan.. Kemasukan coutinho terlalu lewat.. Keseluruhan Liverpool selesa menjadi penonton bola sambil berdoa dan berharap kepada Tuhan agar Arsenal terlepas bola.. Anyway dont give up YNWA..
ReplyDeleteuntuk jadi pasukan yang hebat kena ada kekejaman...flano?...kalau wisdom pon tak boleh, maksudnya flano lagi tak bleh... lupakan jer lah....
ReplyDeletecissoko main macam orang bodoh! Mana enrique bila dia nak masuk balik opis eh!?... Toare ada santimantel value kalau aku pengurus aku tak turunkan dia main Arsenal ni...
Handerson... masalah jack all trade... aku tak kata dia bagus...tapi dengan line up liverpool ada sekarang kalau korang pengurus Liverpool, aku rasa korang akan letak jugak Handerson kat mana mana ha ha...
Lucas ngan gerrad... kalau lucas tak main kita teruk....kalau gerrad tak main pon kita teruk jugak.... kalau ada lucas ngan gerrad lawan pasukan main laju pon kita teruk jugak... Awal musim aku pon pelik kenapa BR tak beli CDM tapi beli 10 orang defander? oh lupa lak nak cakap pasal gerrad ngan lucas macam ni ler hendo selalu dapat main...
Aku rasa BR ada masalah besar dalam selection... lebih lebih lagi bila lawan team besar...
Panjang sudah.......
Kalau engkau BR.. ada berani nk bagitahu Gerrard,
Delete"Engkau dh tua jgn pulun sangat, kalau nk rehat cakap jer"
liverpool kne bli diame west ham tu ganti lucas...
ReplyDeletebiar kalah team besar, jgn kalah team belasahan...
ReplyDelete