Nov 10, 2013

LIVERPOOL 4-0 FULHAM


Selamat tinggal 3-5-2. Kembalinya 4-4-2 , kebetulan dengan kembalinya barisan 4 belakang musim lepas Johnson, Enrique, Skrtel dan Agger dalam pasukan. Liverpool begitu fleksibel dengan pelbagai formasi kerana cukup pemain skuad. Dengan Fulham, Liverpool menurunkan 14 pemain termasuk simpanan dalam 90++ minit perlawanan. Kesebelasan yang diturunkan hampir kepada kekuatan sebenar .

Tabiat suka membantai pasukan lemah sudah jadi tren sejak awal musim. Tetapi yang lebih penting ialah pasukan kita mendominasi perlawanan dengan Fulham sejak awal sepak mula. Fulham musim ini main untuk turun Liga nampaknya, tak bersemangat macam zaman Danny Murphy jadi kapten dulu. Di tambah pula dengan bekas penyerang Man U yang serba pemalas dihadapan, Liverpool memang tak risau nak bertahan langsung.

Dominasi Liverpool bermula seawal minit pertama dari sepakan sudut. Hantaran Gerrard, ditanduk Skrtel, namun Agger yang dapat bola muntah melakukan voli tinggi melepasi palang. Kebolehan Gerrard yang tak pernah hilang adalah sepakan percuma. Dalam gol pembukaan walaupun dihasilkan oleh bek Fulham sebagai gol sendiri, tapi kepaduan dan ketepatan sasaran sampai kekawasan bahaya, amat mudah bagi sesiapa menanduk masuk gol tersebut.

Skrtel jadikan peminat serba-salah begitu juga pengurus malam tadi. Sepakan sudut Gerrard mencari ruang tengah dan Skrtel meluru dan dapat mengelak dari rodblok oleh bek Fulam untuk gol kedua Liverpool. Harga pasaran saham Skrtel telah naik sekali ganda dari 12juta pound menjadi 25juta, nota untuk Benitez dan pemilik Napoli. Sejak dua menjak Skrtel dah macam kembali menjadi Skrtel budak besi, bukan budak pemakan Meggie musim lepas.

Dalam peminat dok kalut dengan lorongan maut Coutinho, Henderson curi tumpuan dan tak mahu kalah sebab ramai dok puji Coutinho . Hantaran halimunan beliau melepasi 3 lapis pertahanan Fulham dan dihidu Suarez yang lama dah bersedia lari masuk ke dalam kawalan ketat kubu Fulham. Liverpool telah menjaringkan gol ke-3 tak sampai 30 minit. Itupun kalau tengok percubaan yang kantoi, silap-silap 5 minit sekali papan skor tak larat nak kemaskini jumlah gol.

Jaringan Suarez untuk gol kedua peribadi, menutup tirai kenduri gol walaupun masih berbaki 30 minit perlawanan. Ia dihasilkan hasil kesilapan Bek lawan yang cuma memegang bola untuk menyerang dari bawah. Henderson dengan pantas mengasak dan menerjah bola dan terkantoilah bola sambil Gerrard meluru dapatkan bola dengan pantas menjolok kearah Suarez yang lari merempit tanpa halangan untuk gol tersebut.
Rekod musim ini Suarez dan Sturridge berkongsi 8 gol dan juga berkongsi gelaran penjaring terbanyak Liga.

Separuh kedua cerita lain sikit, ketamakan dan rasa nak buat gol secara individu melanda Liverpool. Suarez mungkin mahu hatrik dan Sturridge masih mahu gol setiap perlawanan jadi impilkasi ini membuatkan kadang-kala peluang beri gol untuk kawan sudahnya menjadi percubaan sia-sia. Sikap tamak sebegini mungkin baik jika dalam keadaan sekarang dengan mendahului 3 biji, tapi macam kes lawan Arsenal salah satu punca macam inilah.

Apa yang dapat dihuraikan amat mudah dengan mengembalikan sistem 4 dibelakang, 4 ditengah dan 2 menyerang, segalanya kembali kepada versi separuh kedua musim lepas Liverpool. Bahagian tengah nampak kembali tenang dan kembali mendominasi perlawanan. Tapi yang paling menonjol ialah betapa pentingnya Johnson dan Enrique dalam nadi hidup pasukan untuk bermain tanpa pemain sayap ortodok.  Dengan mereka, Coutinho dan Henderson bebas merayau-rayau ditengah dan teapi ikut suka untuk mengelirukan pemain tengah Fulham yang banyak bertahan.

12 comments:

  1. Pada pndgn sy, liverpool akan bercelaru jk pemain tgh & penyerang pskn lawan mmberi tekanan kpd barisan prtahann liverpool. Ini yg berlaku masa lwn arsenal. Pemain arsenal sntiasa menyerang pantas & trsusun. Akibatnya prthnn buat silap dan tengah trcungap2. Lepas 2-0, arsenal mmperlahan rentak serangan. Itu sbb sy buat ramalan betul, livpl kalah 0-2 (rujuk post sblm game). W/pun rata2 memilih livrpl menang. Sbb pemain arsenal ada ramai pemain tgh muda yg pantas & bertenaga.

    Berbanding lwn fulham. Tiada tekanan buat pertahanan. Itulah sbb pnyerang livrpl mengamuk sakan.

    Kesimpulannya, liverpool perlu beli seorg lg pemain bertenaga & kreatif mcm coutinho dan henderson. Buat sbg back up. Sbb gerard dh dmamah usia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat bro mmg mantap. Tiada yg benar melainkan benar2 belaka. Tapi sayang kalau letak nickname kt tekaan mesti layak masuk peraduan masa lwn Arsenal.

      Delete
  2. penguasaan liverpool sepenuhnya.. dan xperlu kje lebih utk perthanan liverpool..tHniah.keserasian formasi 4 4 2.. bgitu klihatan..syBasss

    ReplyDelete
  3. tak per biar kita buli team belasahan cukup cukup...kalau kalah dengan team besar pon tak per, nanti biar team besar tu kalah ngan team cikai mcm sunderland newcastle, manchester united( keh kehk keh )... kalau tak minggu ni chelsea pon kalah, celaka punya refree dah start nak buat taik.

    ReplyDelete
  4. 2008 dulu gerrard pernah cakap, kalau tak menang lawan big 4 asalkan lawan team bawah tu menang2 belake tak mustahil liverpool akan menang liga

    ReplyDelete
  5. Masalah liverpool sekarang kemungkinanan dalam diri Suarez & Sturridge masing-masing akan ada sikap tamak / pentingkan diri sendiri untuk menjaringkan gol...yg merisaukan takut kedua2 striker ni tidak akan m'asist untuk jaringkan gol antara sesama mereka berdua...ini di tambah lagi dengan rekod jaringan gol terbanyak adalah milik mereka berdua dan Aguero...Harap-harap Steven Gerarrad & BR memberi kaunseling & panduan kepada mereka supaya terus bersama-sama saling meng"asisst".....(Lihat game Liverpool vs Fulham selepas jaringan gol ke-2 suarez - Panduan/rujukan untuk comment ini )

    ReplyDelete
  6. Sume komen diatas aku nampak sangat berasas. Liverpool mesti kene mng dgn sume team cikai dengan margin gol yang besar sbb sebelum ni Liverpool byk hilang mata dgn team cikai antara penyebab kita xdpt juara tahun 2009. Overall, liverpool nmpak bersmgt nak buat gol sampai ganding SAS byk ambil risiko utk jaringkn gol susah padahal member ad peluang lebih cantik..nasib baik gol jugak.. YNWA

    ReplyDelete
  7. risau aq tngok klau main tamak2 mcm gini. . punce2 the kop jatoh woo. .

    ReplyDelete
  8. bg aku..liverpool kalah dgn arsenal bukan disebabkan arsenal ada player muda tp liverpool tidak mempunyai midfield yang mantap mcm xabi alonso...kena pandai control game dan rileks jerr...tgk man.u lawan arsenal..man.u tgh player badan2 besar2 tp still boleh beat player muda arsenal...yg penting tgh kena rileks..utk control game...apa2..pun ynwa..hihi

    ReplyDelete
  9. dalam pemerhatian saya selepas bbrapa perlawanan mmbabitkan gandingan sturridge dan suarez memang jelas unsur2 ketamakan untuk score.. saya tak tahu adakah ini satu persaingan yang sihat atau tidak... kalau boleh menjejaskan prestasi pasukan BR kena lakukan sesuatu... kemudian sekarang ni banyak fans liv yang tersangat2 yakin liv boleh champ season ni... saya harap mereka tak terlalu mengharap sbb sekarng ni team2 lain tengah dlam mode mengejar pasukan yng diatas terutama setan merah... saya sendri meletak sasaran sehingga habis separuh musim ni untuk melihat dimana kedudukan liv..adakah kita waktu tu kita masih dikedudukan yang sekarang ni? kalau ya maknanya pasukan kita pencabar kejuaraan musim ni... dan jangan lupa target kita musim ni hanya layak ke liga juara2 musim depan... YNWA -Asfardy

    ReplyDelete
  10. It's true...ada lebih baik fans liverpool jangan terlalu mengharap kita dapat champion BPL 2014...Begitu jg dgn BR & owner Liverpool sepatutnya harus hanya buat sasaran top 4...dan sekiranya jadi Champion itu hanya bonus paling berharga utk kop tahun ni...bagi saya kedudukan semasa KOP di tangga ke-2 sangat baik utk pemain / team kerana tekanan adalah kurang berbanding dengan team paling atas (boleh diibaratkan perlumbaan basikal sebelum menuju ke garisan penamat)...dan yang paling penting semua pemain tiada yang cedera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kop perlukan saorang play maker utk lebih kreatif Dan lorongan utk sas selain coutinho utk top 4 saya cadangkan koke antaranya amacam "not quantities but quality

      Delete

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails