
LONDON - Penyerang sensasi Liverpool, Fernando Torres berminat untuk bergandingan bersama rakan senegaranya, David Villa di Anfield.
Torres dan Villa berjaya mencipta keserasian luar biasa dalam skuad kebangsaan Sepanyol dan menjadi tonggak utama kepada kejayaan negara itu muncul juara pada Kejuaraan Eropah (Euro) 2008.
Menurut Torres, jika dia diberi kuasa untuk menentukan perpindahan dalam skuad The Reds, maka pemain pertama yang akan dibawanya ke Anfield ialah Villa.
"Sayangnya bukan saya yang menentukan tetapi pengurus kami, Rafael Benitez yang akan melakukan pembelian.
"Namun, untuk membawa David (Villa) ke Anfield bukanlah sesuatu yang mustahil. Kami kerap bermain bersama dalam pasukan kebangsaan yang secara peribadi, saya senang bergandingan bersamanya.
"Saya juga tidak pasti adalah kami gandingan penyerang terbaik di dunia ketika ini tetapi kami adalah juara Eropah dan ia sudah cukup membuktikan kehebatan kami berdua," jelas Torres kepada agensi Daily Star.
Sementara itu, Villa memberitahu kenalan rapatnya bahawa dia hanya akan meninggalkan Sepanyol jika dikaitkan dengan Liverpool.
Bagaimanapun, Liverpool mungkin tidak mampu bersaing dengan Barca yang membuat tawaran £37 juta (RM214 juta) dan juga Real yang menawarkan £35 juta (RM202.3 juta) ke atas Villa. - Agensi
waaaaa... suka giler aku kalau liverpool dpt villa nih.. kan best kalau liverpool betul2 beli villa nih... sure mantap!!!
ReplyDeletegambar atas ney btol kew?
ReplyDelete