
RUSTENBURG, Afrika Selatan - Penyerang Liverpool, Fernando Torres menyata- kan tiada apa-apa yang mahu dibuktikannya selepas meledak hatrik ketika Sepanyol membelasah New Zealand 5-0 pada saingan Piala Konfederasi 2009 awal pagi semalam.
Torres melengkapkan hatrik tersebut hanya selepas 17 minit perlawanan berlangsung, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah Sepanyol kepada 33 perlawa- nan.
Dua lagi gol Sepanyol dijaringkan Cesc Fabregas pada penghujung separuh masa pertama dan David Villa pada awal babak kedua.
"Saya belum pernah mencatat hatrik sepantas ini dan ia satu kejayaan menarik bersama skuad kebangsaan.
"Saya melunaskan janji kepada rakan sepasukan. Tapi saya memperolehnya hasil kerja keras mereka di belakang saya.
"Saya tak rasa saya perlu buktikan se- suatu. Saya yakin tidak seorang pun bersikap sebegitu. Kami semua beraksi pada peringkat tertinggi," katanya yang kini sudah menjaringkan 22 gol bersama Sepanyol.
Dengan tuan rumah, Afrika Selatan sekadar seri tanpa jaringan dengan Iraq, Sepanyol kini mendahului Kumpulan A dengan tiga mata.
Sepanyol akan bertemu Iraq malam esok, manakala New Zealand perlu memulihkan maruah mereka ketika berdepan tuan rumah, Afrika Selatan pada hari yang sama.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir. - AFP
No comments:
Post a Comment