Satu ungkapan yang menjadi paradigma pasukan kita musim ini adalah ”Adakah pasukan kita terlalu menyerang?”. Mungkin terlalu awal untuk membuat kesimpulan, tetapi semenjak tranformasi taktikal Rafa dipenghujung musim lalu, 17 perlawanan kita harungi dengan 50 gol. Dengan pukul rata 3 gol setiap perlawanan ini merupakan sesuatu yang mengujakan.
Ini mungkin amat menakjubkan bagi semua yang beranggapan Rafa merupakan pengurus yang terlalu menitikberatkan konsep bertahan. Bermain dengan dua pemain tengah bertahan dalam formasi 4-5-1 atau 4-4-1-1 , ramai tidak percaya kita dapat merobek kubu lawan dengan formasi ala bertahan itu. Inilah sentuhan unik Rafa, seorang pengurus yang mempunyai kepakaran taktikal untuk mengolah sistem mengikut kesesuaian pemain dan lawan.
Apa yang saya nampak, sentuhan barisan depan yang diketuai Torres dan Gerrard masih sebisa musim lalu. Dengan dibantu Kuyt dan Benayoun serta Johnson, kebarangkalian untuk menjadi pasukan yang mengungguli jaringan terbanyak seperti musim lalu amat cerah. Dan yang pasti menarik adalah apabila Aqualani pulih, nescaya beliau akan turut menyumbangkan impak serangan buat kita.
Saya berharap keadaan ini berterusan kerana terdapat satu ungkapan dalam bolasepak iaitu, ” Cara terbaik untuk bertahan ialah menyerang”. Jika lawan terpaksa bertahan dan berhati-hati menyerang kerana diasak bertubi-tubi, maka pemain pertahanan boleh bermain agak kedepan dan membantu serangan bila diperlukan. Tetapi harus diingat pertahanan tidak harus alpa seperti yang berlaku awal musim ini. Jika berterusan tiada guna gol banyak jika kesudahannya bolos membuatkan kita seri atau tewas.
No comments:
Post a Comment