Krisis kecederaan pemain kini menghantui pasukan Liverpool menjelang kunjungan ke Sunderland dalam aksi Liga Perdana England hari ini.
Dua tonggak utama kelab itu, Steven Gerrard dan Fernando Torres disahkan masih berada dalam keraguan untuk diturunkan ekoran masalah kecederaan.
Kedua-dua pemain bintang itu mengalami kecederaan ketika membantu negara masing-masing dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 awal minggu ini.
Gerrard terpaksa diketepikan daripada skuad England ketika berdepan Belarus (Rabu lalu), sementara Torres turut menerima nasib yang sama apabila gagal mendapat tempat dalam pasukan Sepanyol pada pertemuan menentang Bosnia.
Baik Gerrard mahupun Torres, kedua-dua pemain itu juga dilaporkan masih belum mengikuti latihan bersama pasukan Liverpool.
Situasi itu sekali gus menimbulkan keraguan mengenai peluang kedua-dua pemain itu untuk diturunkan pada aksi menentang Sunderland.
"Gerrard dan Torres tidak menyertai sesi latihan hari ini (kelmarin), namun tahap kecederaan kedua-dua pemain itu akan terus dipantau.
"Mengenai peluang mereka untuk beraksi, ia bergantung sepenuhnya kepada keputusan pengurus kelab ini, Rafael Benitez," lapor kenyataan kelab Liverpool.
Dalam pada itu, peluang pemain pertahanan, Sotiris Kyrgiakos untuk beraksi juga terancam selepas dia turut mengalami kecederaan ketika mewakili Greece pada aksi kelayakan Piala Dunia. - Agensi
Sotiris Kyrgiakos out untuk 6 bulan kerana kecederaan ligamen.. semua kerana international game.. tanpa gerad n torres, ternyata kapal hilang arah tanpa kapitan.. lihat saja game dengan sunderland..
ReplyDeletekesian liverpool..lps ni lawan Mu plk..CL lg..nasib badan..
ReplyDelete