Saya telah menulis yang ”Tragedi Oktober” bakal menimpa pada entri sebelum ini. Tak sangka apa yang saya khuatiri benar-benar berlaku. Kebetulan memang kebetulan. Ini kerana perlawanan antarabangsa sememangnya memberikan implikasi yang tidak enak kepada pasukan kita. Tiga perlawanan selepas ini bakal memberikan lirik penuh tragedi oktober. Selepas dua kekalahan lalu ditangan London Moskow dan Kucing Itam kini saingan Eropah bermula dengan pasukan Lyon. Selepas itu diikuti dengan kunjungan Man U dan lawatan ke Craven Cottage.
Buang yang keruh ambil yang jernih. Rafa pun sudah memaafkan pengadil gabra yang diturun pangkat. Peminat kecil yang membaling bola pon mungkin akan ingat sampai ke liang lahad jasa beliau kepada Sunderland. Jadi harapnya lembaran baru dan semangat baru untuk menang dimulai dengan membenam Lyon. Mustahil. Tidak kot. Kapten Gerrard sudah pulih apa nak hairan. Masa inilah aura kebangkitan akan muncul. Saya yakin Gerrard akan membawa pasukan layak ke peringkat kalah-mati Juara Liga Eropah. Perlawanan Lyon adalah kuncinya.
Walupun begitu cabaran berat akan nampak ringan jika pemain lain turun bangkit. Bukan setakat Lucas sahaja tetapi semua sekali termasuk yang dibangku simpanan. Lyon pon tewas juga minggu ini. Kiranya sama adil. Namun apa yang sedikit saya bimbangi adalah mereka mempunyai barisan pemain serangan mantap. Atas ada Gomis, Lisandro, Govou, Ederson. Tengah pula Bastos, Delgado, Makoun, Kallstrom , Pjanic dan Toulalan. Tetapi mereka mempunyai krisis sedikit dibahagian pertahanan dan inilah yang perlu dieksploitasi. Toulalan telah menjadi bidan terjun bek tengah. Kalaulah Torres pulih, mesti lauk nasi dagang bek Lyon kali ini.
Apa pun jua ketidakadaan Torres bakal menjadikan kita sedikit runsing. Kuyt mungkin main posisi depan secara solo tapi tak semantop Mat Nando.Nak harap Babel, main sebelum ni pun macam bebal. Ngog belum akhil baligh nak terajui barisan depan keseorangan lagi dan rasa Nemeth lagi cun kalau ada.
Dan terakhirnya jangan ada lagi belon-belon merah berterbangan di padang Anfield nanti. Jadi senjata lawan nanti kot. ;P
kalau aku duduk kat liverpool, dah lama aku cari budak tu and pijak2 dia smpai mati...
ReplyDeletehttp://liverpool-malaysia.blogspot.com/
malang berterusan menimpa kem kita.. kapten injured balik, then kita kalah di minit2 akhir dengan lyon... tak tau nak kata apa dah... sokong tetap sokong..YNWA
ReplyDelete