Peminat sudah menjadi dua puak yang besar. Penyokong Rafa dan pembangkang sudah setara. Ada yang mahukan beliau melepaskan jawatan dan ada yang masih bersabar dan mahu tunggu dan lihat. Ini terjadi setelah buat kali ke-4 Liverpool tewas dari 9 perlawanan. Malah lawan kali ini bukannya penyandang juara atau pasukan elit tetapi pasukan yang hanya sekadar bersaing untuk elak tercicir musim lalu. Malah saya sudah muak membaca berita sensasi yang seakan-akan memberikan tekanan kepada pasukan dan juga peminat amnya .Lantaran keputusan lalu, saya telah tanya oleh sesetengah peminat muda dengan soalan-soalan cepu emas. Sebagai peminat yang setia kepada kelab (baca Liverpool Fc) saya tidak sekali-kali akan memberikan kenyataan dan tulisan provokasi mengenai pengurus. Bukannya saya sengaja menjadi peminat setia kepada kelab ini walaupun sudah sekian lama pasukan kita tidak menjadi benar-benar kuasa bolasepak. Tetapi sebagai peminat sesuatu benda adakalanya apa yang kita minat tak selalunya bagus dimata orang lain.
Rafa kalau mengikut pandangan saya bukanya pengurus yang mengharapkan tuah diri sendiri atau kerja-keras pemain ternama yang berlaku kepada Ferguson dan Mourinho juga Wenger era 90an. Beliau unik dan tersendiri. Walaupun boleh dikatakan sejarah di Valencia amat hebat tetapi yang hebatnya siapa beliau atau kelab itu. Lihat sekarang dimana Valencia berada, walaupun dengan pemain hebat seperti Villa, Silva, Jouquin, Albeda mereka masih tidak mampu berdiri seperti mana era Rafa. Jadi pengurus hebat juga perlu sokongan. Maourinho juga kalau ditempat Rafa dalam situasi pemilik kemut, mesti angkat kaki awal lagi. Masalah demi masalah menjadikan musim ini lebih tekanan buat beliau. Pemilik kedekut, Alonso pergi, Carragher makin longlai dan lain-lain lagi. Malah beliau sering ditempelkan sebagai pengurus yang telah membazirkan duit membeli pemain tah apa-apa. Kalau saya dipihak dia mau sakit mental masuk tanjung rambutan.
Jadi untuk memuaskan hati sipetanya, saya telah memberikan ayat penyedap bahwa masalah akan selesai jika pemilik berjiwa Abramovich datang membeli keseluruhan stok saham, malah bersedia memberikan peminat Stadium baru. Masalah bukannya menjadi masalah jika penyelesaiannya nampak mudah. Tetapi sekarang Putera Faizal bukannya peminat bolasepak, apatah lagi peminat Liverpool. Seperti kebanyakan Pak Syeikh, mereka suka sukan lumba kuda. Takpun Bot laju. Sebab itulah perbincangan untuk membeli kelab masih dalam perbincangan. Mungkin niat mahu membeli kelab bolasepak lebih kepada cemburu melihat Keluaga Fahim, Syeikh Mansour, Fayed ada koleksi kelab bola masing-masing. Cuma DIC sahaja dimata saya calon sesuai kerana keluarga Al Maktoum kebanyakannya peminat pasukan Liverpool. Apakan daya mereka sudah jemu dengan kernah birokrasi pemilik sekarang, kalau tidak lain jadinya sekarang.
Dengan itu jika tidak cukup bersabar dengan situasi sekarang baik pergi menyokong Man U, Chelsea, Arsenal ataupun mungkin kelab lain yang lebih selesa tanpa sebarang tekanan. Selepas itu jika Liverpool kembali menjadi pasukan kuat, hebat, mantap silalah bersama-sama kami kembali. Peminat datang dan pergi, tetapi bagi saya ,cinta pandang pertama dengan kelab ini 20 tahun lalu sukar saya kikis, aptah lagi buang. Biarlah secorot manapun pasukan ini akan disokong walaupun dalam kecewa.
kalau liverpool main liga malaysia skali pun, aku tetap akan sokong liverpool...
ReplyDeletecuma masalah liverpool dah smpai ke tahap kritikal smpai semua lagend anfield boleh buat kenyataan kat paper...
masalah dalaman, mmg racun la beb...
http://liverpool-malaysia.blogspot.com/
aku risau keadaan skarg akan membuat kan pemain homegrown mcm gerrard dan carragher akan beralih arah ke kelab lain...
mmg gerrard dan carra penah menyatakan kesetiaan mereka pd kelab. tp duit merajai bola sepak skang... tak mustahil mereka boleh blah...
kita perlukan penyelamat skang. pemain baru, pengurus baru, pemilik baru.... aku tak kisah... janji liv terselamat.