
Kerana mulut santan binasa dan juga kerana mulut habis pulut seperiuk. Itulah bidalan Karam Singh Walia minggu ini kepada Albert Riera. Kerana tak sayang mulut beliau telah memberikan kupasan laser sehingga Rafa amat terasa hati. Jadi Rafa telah meletakkan Riera dalam senarai lelong. Apa lagi pasukan dari Russia berebut-rebut nak dia. Mungkin satu kebetulan yang bini dia Yuliana memang orang Russia. Kira macam balik kerja kat kampung mertua. Mungkin jadi mungkin tidak tetapi dia cakap Spartak Moskow dah hampir dah dapat tapi CSKA Moskow pon cakap diorang belum mahu beralah. Mungkin lepas ini Babel kembali diberi peluang untuk berkongsi tempat dengan Bennayoun.
No comments:
Post a Comment