JANGAN PENYEGAN LAWAN WIGAN (Alih bahasa: Jangan Ambil mudah lawan Wigan)
Reina
Mash~ Carra~Kyrgiakos~Insua
Maxi~Lucas~Gerrard~Yossi
Kuyt ~Torres
Ini merupakan barisan pilihan saya dengan formasi 4-4-2. Rasanya mungkin berlainan dengan pilihan Rafa tetapi rasanya amat sesuai. Ini kerana Agger dan Skrtel cedera dan Carra akan pasti bergandingan dengan Kyrgiakos. Mascher buat sementara waktu bermain diposisi kanan kerana beliau efektif ketika lawan Blackburn sebelum ini. Kalau nak letak Kelly mungkin sikit berisiko kerana Wigan main agak pantas dan agresif. Lagi bahaya jika Nzogbia yang main kat posisi itu. Insua pasti di kiri kerana Aurelio kembali M.C selama 3 minggu. Lucas dan Gerrard saya suka gandingan mereka. Ini kerana bahagian tengah akan lebih kreatif dan sedikit menyerang berbanding Lucas-Masher. Maxi dan Yossi patut dikekal di bahagian sayap kerana persembahan mereka mantap dan serasi dengan formasi. Saya menyukai Kuyt sebagai penyerang kedua dibelakang Torres kerana adakalanya Kuyt dapat menjadi pemusnah jika Torres ditambat lawan.
FAKTA BUKAN AUTA ( dari Liverpoolfc.tv)
- Musim ni Wigan belum menang dengan kita. Disember lepas Ngog dan Torres (penampilan ke-100)bagi gol dan Nzogbia bubuh gol saguhati cantik.
- Musim lepas seri kat tempat mereka 1-1. Yossi bubuh sebiji dan Mido penalti dan merupakan jaringan dan markah buat pertama kali lawan kita.
- Kalau MENANG konpom nombor 4, potong Man Citeh dan Spurs dengan 2 markah.
- Menang besar dicatatkan di Wigan pada December 2006 , 4-0 , semuanya dalam separuh pertama.
- Kuyt paling banyak hantam Wigan dengan 5 gol.
- Hanya Stauton, penah hatrik dengan Wigan itupu masuk separuh masa tika Piala Liga 1989 ( kalau masuk penuh mahu 6 biji kot).
- Gol sulung Yossi untuk kita ketika menang 1-0 kat Wigan September 2007 .Riera pun sama masa menang 3-2 Oktober 2008 ( perlawanan yang paling sempoi saya tengok).
- Kita telah jaringkan 9 gol semenjak lawan Wigan.
- Dalam semua pertandingan kita tak bolos 7 dari 21 perlawanan
- Torres hanya kureng 1 gol untuk sama dengan musim lepas 14 gol dari 24 penampilan.Kini 13 gol dari 17 penampilan. ( Saya yakin Torres boleh bubuh 18 minimum).
- Kalau menang ini merupakan kali ke -3 berturut-turut semenjak September.
Fakta seterusnya boleh rujuk web Liverpoolfc.tv
Liverpool: Main 28 Men 14 Seri 6 Klh 8 Gol 45 Kena 28 Mata 48 Posisi: 6th
Wigan: Main 27 Men 6 Seri 7 Klh 14 Gol 26 Kena 53 Mata 25 Posisi: 16th
Penjaring:
Liverpool: Torres 13 (13), Kuyt 10 (9), Gerrard 8 (6), Benayoun 7 (5), Ngog 7 (4), Babel 4 (2), Johnson 2 (2), Mascherano 2 (1), Insua 1 (0), Kyrgiakos 1 (1), Skrtel 1 (1), own goals 2 (1).
Wigan: Rodallega 7 (7), N'Zogbia 6 (4), Scharner 4 (4), Boyce 3 (3), McCarthy 2 (1), Sinclair 2 (1), Amaya 1 (0), Bramble 1 (1), Caldwell 1 (1), Diame 1 (1), Figueroa 1 (1), Gomez 1 (1), Koumas 1 (1), Scotland 1 (0), Watson 1 (0).
No comments:
Post a Comment