Belon, lucas, tiada sayap kanan, tiada penyerang kualiti, tiada bek yang ganas diudara, tiada duit, media menyebelahi Man U dan macam-macam lagi. Ini bukanlah reaksi lepas geram akibat kekalahan dengan Man U tempohari. Tetapi adalah sebahagian dari alasan demi alasan tentang prestasi kita musim ini. Tetapi sesungguhnya alasan tersebut tidaklah menjadi kudis bernanah untuk keputusan terkini jika pemain memberikan komitmen 110 % sepanjang masa. Tak dapat setara itu, sebolehnya semacam musim lepas pun kira mantap habis.
Separuh dari kesalahan berpunca dari kita sendiri. Kita mempunyai pemain yang terasa amat selesa bermain dengan kelab besar. Gaji lumayan, peminat memuja mereka tetapi mereka berasa yang bilamana bermain dengan Liverpoolfc adalah kemuncak karier. Padahal sepatutnya dengan gaji berpuluh ribu pound seminggu mereka memberikan terpaling bagus dan berusaha untuk memberikan persembahan terbaik berulang-ulang kali. Lihat bagaimana pasukan kita bila lawan Barcelona berbanding Wigan. Semangat nak balun pasukan hebat membuak-buak, tetapi sambil lewa bila main pasukan kerdil.
Saya mungkin agak cemburu melihat Setan Merah dan takjub dengan tahap keyakinan, keangkuhan, dan degil untuk putus asa dan mahu menang sentiasa. Itu mungkin faktor penymbang untuk mereka berjaya sekurang-kurangnya ditempat kedua sepanjang musim di EPL. Walaupun bintang mereka pergi berambus, tetapi mereka dapat bangkit dan berjaya, buktinya musim lalu. Bermain sehingga 110% kemampuan sebenar setiap masa mungkin hanyalah mitos tetapi hairan bagaimana pasukan Man U tidak tahu penat sehingga akhir musim walaupun mereka bermain dengan rentak yang pantas ,serangan demi serangan hingga wisel penamat.
Itulah perangai dan mentaliti yang pasukan kita amat kurang buat masa kini. Satu lagi contoh adalah ketiadaan faktor tersebut membuatkan Chelsea tidak konsisten seperti mana zaman lepas pecat Mourinho dahulu. Walaupun masuk pengurus hebat macamana pun perangai pemain macam musibat kerana tiada motivasi takkan kemana. Samada perlu Rafa dipecat atau pasukan sedia ada dirombak bukannya penting sehingga akhir musim ini. Tetapi bagaimana gayanya pasukan kita kembali bangkit setelah dibelenggu nasib malang bertimpa. Bermula dengan Sunderland dan berakhir dengan Hull rasanya hanya perlawanan dengan Chelsea adalah paling sukar. Kalau tidak mampu meraih mata maksimum syonara boleh diucapkan kepada Liga Juara-Juara musim depan.
28 Mar 2010 Sunderland H
3 Apr 2010 Birmingham A
11 Apr 2010 Fulham H
17 Apr 2010 West Ham H
24 Apr 2010
1 May 2010
9 May 2010 Hull A
sistem penyerang tunggal tak sesuai kan EPL, kesian aku tengok tores. biasakan antara kuyt atau babel sebagai partner Tores. Mudah saja!
ReplyDeleteBagi player main style dorang sendiri, aku pelik kenapa ramai player yang baru rafa beli, sebelum tu aku tengok kat you tube dasat giler tapi bila dah sampai Liverpool main macam mati pucuk!
Main simple football jer senang, bawak ketepi dan cross bola, walaupun main tak cantik tapi efficient, sebab tu setan merah banyak menang walaupon team dia main tak cantik macam Liverpool he he!
aku tak paham betul hantar kiri, kanan, kiri kanan, belakang, dari purata 20 hantaran sesama sendiri baru sekali hantar bola pada striker! Merugikan betul!!
Beli player england!!mungkin mahal tapi semangat dorang mungkin lain sikit, yang suam suam kuku pon rasanyer ok. Macam Darent Bent misalnyer
Carik didier hamman dan Alonso yang baru untuk Liverpool, Tak ada stopper buat Liverpool merana musim ni, bahagian tengah sangat longar macam zip seluar rafa!
Lucas bukan stoper!! bukan perancang, bukan apa apa!!
Jadi bende pertama yang harus liverpool buat jual makhluk tak senonoh ni kat team lain!
Jangan salahkan pemain, Salahkan Rafa benitez dengan corak yang diamalkan dan pemilihan pemain yang tak masuk akal.
ReplyDeleteanony: dua dua lah salah..kalau nak salahkan rafa jer tak masuk akal gak, pasal yang tendang bola kat tengah padang pemain bola bukan pengurus..
ReplyDeleteOpsss sorry admin aku lak tolong jawab he heee