
Nampaknya desas-desus ini macam tak masuk akal sebab Forlan dah 32, bukan dalam polisi pengambilan era FSG. Sekalipun yang dikatakan hanya sekadar pinjaman, namun Liverpool takkan membayar gaji tinggi kepada pemain yang dah tak lama bakal pencen. Memang keupayaan beliau sebelum ini nampak memberasangkan dua tiga musim lepas bersama Villareal dan Atletico Madrid, namun musim lepas beliau nampak dah kehilangan kudrat dan hanya mampu membolos 10 gol. Kalau pengambilan ini memang terjadi saya tak nak ulas panjang-panjang kerana keserasian beliau dengan Suarez ada juga nampak positifnya semasa kejohanan Copa Amerika lalu. Cuma peminat Setan Merah pasti terbakar jika Liverpool betul-betul membawa masuk bekas pemain mereka yang tak digunakan sebaiknya dan meletup selepas keluar dari Old Trafford.
Forlan dh brapak kali digossipkan dgn liverpool
ReplyDeletesjak era rafa lagi..mungkin Forlan dh lupa cara bermain ala2 epl!!